Selasa, 14 Jun 2011

Cerpen : Bidadari (Part 3&4)

sambungan bidadari...layannnnnnnnnn

Ajed duduk melunjurkan kakinya di serambi rumah. Pandangannya di halakan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang baru saja pulang dari sekolah mengaji. Tiba–tiba kerinduannya hadir. Rindu pada zaman persekolahan. Zaman di mana dia dimertabatkan sebagai ‘gadis mafia’ di sekolahnya.
‘Gadis mafia’. Dia rindu dengan nama itu. Nama yang mengubah pandangan  orang terhadap dirinya. Dari budak ingusan yang pendiam  berubah kepada gadis yang ganas dan garang. Semua ini kerana Faiz. Faiz yang membawanya ke dunia  Mafia.  Kerana Faiz, dia masuk persatuan silat gayung. Kerana Faiz, dia sanggup belajar tekwando. Kerana Faiz juga dia sanggup tinggalkan dunianya yang sebenar. Ini semua kerana dendamnya dengan Faiz.
Dendam yang merubah kehidupannya. Dendam yang menyiksa hatinya. Tapi itu dulu. Dah hampir lima tahun ianya berlalu. Dendam itu seolah–olah sudah terkubur bersama lukanya. Malas untuk diungkitkan lagi. Biarlah dia kini sendiri. Sekurang-kurangnya dia masih ada nenek, Arissa dan Hariz.
Hariz ? emm.. dari kecil lagi mereka sudah menjadi kawan rapat. Ke mana Ajed ada, di situlah Hariz berada. Mereka bagaikan adik beradik kembar yang sukar untuk di pisahkan. Sehinggalah Hariz melanjutkan  pelajaran ke salah sebuah  Universiti terkemuka di  Kuala Lumpur, mereka terpaksa berpisah. Dengan keputusan Ajed yang tak seberapa, dia terpaksa merempat di kampung. Lagipun keadaan keluarganya yang tak stabil, telah mematikan niatnya untuk belajar.
Dan kini, setelah lima tahun berlalu, Hariz telah kembali semula ke kampung. Kembali membawa segulung ijazah. Sebagai seorang sahabat, Ajed turut gembira dengan kejayaan Hariz. Walaupun jauh disudut hatinya, dia cemburu.
Hariz. Emm .. dia tetap seperti dulu. Tidak berubah. Aku ingat  jarak masa lima tahun, akan mengubah sikapnya tetapi sikapnya masih seperti dulu. Malah dia lebih kacak daripada dulu. Emm … mungkin ramai gadis minat padanya. Dia saja yang tak mengaku tapi  di hati tak siapa yang tahu. Lagi-lagi di Kuala Lumpur. Beratus-ratus gadis yang cantik jelita.Tak logiklah kalau tiada perempuan yang hendakkannya kecuali dia yang tak nak. Tapi mana ada lelaki yang tak nak perempuan cantik-cantik. Fikir Ajed sambil mengigit jari.
Atiqah. Emm… nampak gayanya. Hariz macam dah jatuh cinta pada bidadari itu. Betul ke Atiqah wujud ? atau saja-saja di reka oleh Hariz  untuk menipuku.Tapi untuk apa Hariz perlu menipu aku? Apa faedahnya. Ajed kerut seribu.

          *    *    *    *

Atiqah! Atiqah! Atiqah!…. asyik-asyik Atiqah, macam dah takde nama lain di dunia nie yang nak disebut. Ingat nama Atiqah itu best sangat ke?. Banyak lagi nama lain yang best. Kalau susah sangat nak fikir, hah…biar aku tolong. Ini tidak. Sikit-sikit Atiqah. Jumpa sana cerita pasal Atiqah, jumpa sini cerita pasal Atiqah, cubalah cerita pasal orang lain. Banyak lagi orang kampung ini yang namanya sebaris dengan artis glamour. Cerita  pasal Erma Fatimah ke, Erra Fazirah ke.. kalau malas nak fikir, cerita je pasal Risa…bolehlah aku join sekali..kan .,” runggut Ajed tak henti-henti sambil duduk bersandar di bawah pokok. Arrisa sibuk mengunyah makanan yang terhidang di depannya dan sesekali dia mengembek.
“Mafia .,”serentak itu Ajed tersentak. Siapa pulak yang tegur aku dengan nama Mafia. Seingat aku, sudah lama aku kuburkan gelaran itu. Semenjak ibubapaku meningal dunia.
“Woi...aku kat sinilah,”suara itu menegurnya lagi. Dan kini suara itu betul-betul kedengaran dibelakangnya. Dia bingkas bangun dan menoleh ke belakang pokok.
“Faiz ?,”soal Ajed gugup. Debaran jantungnya kencang. Sekencang ribut taufan. Entah tiba-tiba hatinya tidak menentu bila memandang wajah lelaki di hadapannya.
Faiz Amril. Sudah lama dia tidak bersemuka dengan pemuda itu. Hampir lima tahun. Dia betul-betul tak sangka akan bertemu dengan Faiz hari ini. Faiz, lelaki pertama yang mengajarnya erti sebuah percintaan dan juga lelaki yang bertanggungjawab membawanya mengenali erti penderitaan.
    “Kau belajar lagi ke?,” soal Ajed setelah mereka melabuhkan punggung di atas pasir berhadapan dengan pemandangan pantai.
“Tak. Aku baru saja habis study kat U.S.A,”jawab Faiz pendek.
     “ooooo…”
     “Kau buat apa sekarang nie?. Still lagi jadi gadis Mafia ke?,” soal Faiz pula cuba menghidupkan suasana yang sepi itu.
     “Emm.. sudah lama aku kuburkan nama itu. Nama tu tak bagi apa-apa kebaikan pada aku. Cuma mendatangkan masalah pada keluarga aku saja. Lagipun kerana nama itu jugalah, aku masih lagi setia menjadi penunggu kat kampung nie,” jawab Ajed sambil melepaskan keluhan kecil. Faiz diam. Dia sedar semua ini kerananya. Dia yang bertanggungjawab menyebabkan hidup Ajed seperti ini.
 “Haa… kau datang sini buat apa ?. Dah boring ke merantau ?.”
      “Cis! soalan. Ini kampung akulah. Takkan tak boleh datang kampung sendiri kot?.” Ajed ketawa, terlupa pula yang Faiz sekampung dengannya. Faiz turut ketawa.
      “Tapi kau macam dulu lagi. Sedikit pun tak berubah. Aku ingat dalam masa lima tahun nie, kau sudah berubah… tapi…”
     “Tapi aku macam nie jugakkan. Asyik bergelumang dengan lumpur, berkawan dengan kambing, bertapa di dalam hutan nie kan. Aku tetap gadis kampung yang kau kenali dulu,” pantas Ajed mencelah. Dia dah agak, persoalan ini akan di cetuskan oleh Faiz.
      “Kau masih marahkan aku lagi?.” Faiz memandang tepat ke wajah Ajed. Mengharapkan jawapan dari mulut Ajed sendiri. Kalau dulu jawapannya diperolehi daripada Hariz, kawan rapat Ajed. Biarlah kini jawapan itu didengarinya daripada mulut Ajed sendiri. Sekurang-kurangnya dia akan puas hati.
     “Err..emm sudah lama aku maafkan kau. Sejak kau tinggalkan kampung nie lagi.”
     “Betul nie? Ikhlas?,” duga Faiz masih tidak percaya dengan jawapan dari Ajed. Ajed pandang tepat ke wajah Faiz dan kemudian dilemparkan pandangannya ke pantai.
     “Sanggup ke dengar kalau aku cakap perkara yang sebenar-benarnya?,” soal Ajed pula. Faiz angguk perlahan. Seolah-olah sudah bersedia untuk menghadapi segala hukuman yang bakal ditentukan oleh Ajed.
     “Emm..” Ajed berdehem dua tiga kali dan menarik nafas panjang.
     “Mula-mula masa aku tahu kau ada affair dengan Tiara, aku rasa nak terajang kau. Nak campak kau ke laut. Nak ikat kau kat pokok yang penuh dengan kerengga!. Biar padan muka kau. Tapi bila aku fikir balik, siapa aku pada kau? Dan apa hubungan aku dengan kau? Kalau setakat kau ucapkan kata-kata cinta dan kita bercinta, itu tidak boleh buat apa-apa. Kita tiada apa-apa ikatan dan lumrah percintaan bersifat sementara. Jadi aku lupakan kau. Maafkan kau. Lagipun aku suka dengan kehidupan aku sekarang nie,” luah Ajed panjang lebar. Meluahkan segala apa yang terbuku dihatinya selama lima tahun ini.
     Faiz terdiam, tiada bersuara. Baru dia tahu bagaimana perasan Ajed selama ini. Dia yang bersalah. Dia meminta perpisahan itu atas alasan Ajed berlaku curang terhadapnya, padahal dialah yang berlaku curang. Mempermainkan kejujuran dan kesetiaan Ajed terhadapnya. Dia tahu, malah rasa bersalah itu telah lama tumbuh disudut hatinya tapi kerana Tiara, dia lupa tentang janji dah rasa bersalah terhadap Ajed.
     Banyak perbezaan di antara Ajed dengan Tiara. Ajed tidak seperti gadis lain yang pernah di temuinya. Ajed hidup di dunianya sendiri. Di dunia ciptaannya sendiri, yang penuh dengan rahsia dan misteri. Dia tidak peduli apa orang kata, asalkan apa yang di ingininya akan tercapai. Walaupun begitu, tak pernah sekalipun dia menghampakan permintaan orang terhadapnya walaupun kadang-kadang dirinya bagaikan di asing oleh pelajar-pelajar lain.
     Dia jatuh cinta kepada Ajed pun bukan kerana paras rupa tetapi kerana sikap Ajed itu sendiri. Sikap kesederhanaan yang di miliki oleh Ajed dan kehidupannya yang penuh rahsia, membuatkan dia tertarik untuk mendekati Ajed. Baginya Ajed adalah gadis unik dan lelaki yang berjaya memilikinya adalah lelaki yang beruntung. Beruntung  kerana  berjaya memiliki sekeping hati yang mulia. Dia mengeluh panjang. Menyesal di atas perbuatannya. Oleh kerana cemburu persahabatan di antara Ajed dengan Hariz, dia cuba mendekati Tiara. Tujuannya satu, untuk membuat Ajed cemburu, sekaligus lebih mengambil berat terhadap dirinya. Tapi sangkaannya meleset. Ajed lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan. Sikap Ajed itulah membuatnya rasa tersisih dan tanpa di sedarinya perhubungannya dengan Tiara semakin mesra. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Ajed dan mengahwini Tiara.
     “Kau buat apa sekarang nie?,” soal Ajed cuba mengalihkan topik perbualan. Malas untuk dikenang perkara yang sudah bertahun lama berlalu. Biarlah tragedi itu berakhir di sini bersama luka di hati.
     “Aku sibuk uruskan perniagaan ayah aku di Kuala Lumpur. Aku datang sini pun kerana ada hal sikit, sambil itu nak jenguk kau. Manalah tahu kot-kot kau sudah berkahwin ke?.”
     “Kahwin?!..emmm aku?. Siapa pun tak nak dekat aku nie. Dahlah tiada rupa, education pun kurang. Ada yang kita suka pun , tak suka dekat kita. Entahlah ..leceh-leceh sangat aku tunggu jer orang datang meminang. Habis cerita,” keluh Ajed sambil tersenyum paksa.
     “Kau dan Tiara macam mana?.”
     “Dah bercerai,” pantas Faiz menjawab. Ajed diam.
     “Maaf.”
     “Tak mengapa. Kami bercerai kerana tiada persefahaman. Lagipun aku kesiankan Dira tu. Ada emak macam tiada emak. Itulah, aku ingat nak cari pengganti. Biar Dira tak keseorangan di rumah. Err..kau rasa macam mana?.” Ajed kerut dahi.
     “Emm..pengganti?. Betul ke kau nak cari pengganti Tiara?. Aku rasa lebih baik kau fikir masak-masak dulu. Soal rumahtangga jangan buat main-main. Lagipun, biasalah manusia, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku rasa, lebih baik kau bawa berbincang dengan Tiara. Mungkin masih ada jalan penyelesaian selain daripada bercerai. Apa-apapun kau kena fikirkan masa depan Dira, takkan kau nak biarkan dia hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.” Nasihat Ajed panjang lebar. Bukan dia nak masuk campur dalam urusan rumahtangga Faiz dan Tiara tapi dia tak mahu melihat Dira yang tak tahu apa-apa itu menjadi mangsa penceraian ibu-bapanya. Lagipun sebagai kawan, dia tak mahu melihat rumahtangga kawannya hancur musnah begitu saja.
     “ Kami memang dah tak boleh bersama lagi.” Ajed diam. Dia tidak mampu kata apa-apa lagi kalau itu keputusan Faiz.
“ Emm.. aku dah ada calon. Dira pun suka.” Aku dah agak dah. Lelaki. Pantang jumpa yang baru, yang lama di lupakan. Dia orang ingat perempuan nie macam baju yang boleh ditukar ganti sesuka hati. Perempuan  pun ada perasaan juga.
“Siapa?,”soal Ajed sekadar ingin tahu.
“ Orang kampung nie juga. Atiqah. Tapi aku rasa mungkin dia dah ada yang punya.”
“ Atiqah?.” Lagi-lagi Atiqah. Hebat sangat  ke Atiqah tu, sampai ramai orang minat dekat dia? Macam dah takde perempuan lain di kampung nie yang nak di buat isteri.
“Atiqah… emm. Dia dah ada Hariz,” jawab Ajed antara sedar atau tidak. Dia mengeluh panjang.

Tiada ulasan: