Isnin, 3 September 2012

Akhirnya ~ Open Kedai Raya Selesai~


Alhamdulillah..segala telah selesai dan berjalan lancar..walaupun mula-mula agak kelam kabut sebabnya sebelum kul 2 petang dah ada tetamu yang datang.... orang kampung mak.. dengan kawan suamiku..polis lagi tuh hehhe... nasib aaaa ada kak zie , kak raihan , kak ros pekerja kedai mak... yang banyak menolong... lauk pauk kebanyakkan kak ros yang buat dan di bantu yang lelain-lain... memang sedap ... dapat pujian ramai lagi tuh :D..

memang penat giler.. tapi sangat-sangat puas hati....kesian kat mak yang sampai skrg kaki kejang-kejang..penat ke hulu hilir... itupun mak ada hati nak buat lagi tahun depan Insya-Allah.. dan nak jemput sanak saudara mak ayah lak... harap-harap lah termakbul...

Antara menu yang dihidangkan adalah Laksa, Lontong , Rendang Ayam , Kuah Londeh , Kuah Kacang , Soto , Mee Kari , Nasi Putih , kuih muih , jeli kelapa , dan agar-agar…. Otak-otak , keropok lekor , Pau semuanya panas-panas lagi dari dapur…
Memang macam pisang goreng panas.. pantang letak..habisss…. seronok…

Adik-adik pun sama-sama tolong-menolong.. yang takde cuma adik yang kat kedah tuh jer…tuh aaa jauh… dapat dengar citer jer aa.. sabar yer dik hehhee…
Harap2 tahun depan boleh join sekali…amin… Paling ketara sibuknya adalah suami aku.. menjadi penyambut tetamu ….dari satu meja ke satu meja nak layan..mana taknya semua member dia hehehe…ialah orang glamour katakan.. sapa tak kenal encik aziz ( jangan marah yer suami ku)…. Itu pun suami aku kata , dia x jemput kawan SCS nya.. kalau tak mahu lagi ramai… tuh pun dlm kul 8.30 ada lagi kawan suami yang datang… makanan pun dah habis.. rezeki dia orang aa dapat makan sandwich sardin dengan air kotak soya jer.. nasib badan aaa…sapa suruh datang lambat kan hehehe….

Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang hadir, maaf di atas kekurangan di dalam majlis yang tak seberapa itu… hmm kalau nak makan otak-otak dan pau free lagi.. jemput datang ke majlis perkahwinan adik saya ..Insya-Allah dijadualkan dalam bulan 3 tahun depan… so sekarang nie saya dah sibuk dengan persiapan untuk majlis perkahwinan adik.. harap2 semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang….amin…

Gambar x dapat nak upload lagi.. maklumlah sibuk kan.. x sempat nak ambik gambar.. harap ihsan orang jer untuk bagi gambo...(mana atie gambonya..cepat2x..nak upload kat sini )….

Selamat Hari Raya .. Maaf zahir batin…

p/s : nak order otak-otak atau pau untuk majlis kenduri kawin..atau catering.. bleh aa contact saya :D…