Khamis, 31 Mac 2011

PADA TIKA INI

Cari punya cari... Belek punya belek.. terjumpa pula dengan puisi lama aku... hahahaa.. jiwang gak kan aku nie.. memang aku minah jiwang.. dulu masa di U ..kekawan semua gelarkan aku minah jiwang.. aku suka sangat dengar radio muzik time tuh... duk tepi tingkap dengan buku kat tangan dan mengelamun duk layan lagu jiwang karat... tapi time tuh belum ada pakwe lagi ...Ops.. terlebih lak... :D 

nie aku share dengan korang puisi aku.. puisi nie pernah masuk kat majalah remaja.. nukilan zie.. aku ler tuh... 

PADA TIKA INI….

AKU MASIH LAGI MENCARI
JAWAPAN BAGI SETIAP PERSOALAN
YANG MENGELIRUKKAN

PADA TIKA INI….
AKU CUBA MEMAHAMI
TENTANG HATI YANG KU MILIKI 
DAN INGIN KU MILIKI
BERFIKIR TENTANG ERTI
KEHIDUPAN,CINTA DAN PENGORBANAN
SUDAH MATANGKAH AKU UNTUK BERFIKIR TENTANG ITU ?
SUDAH KUATKAH AKU UNTUK MENEMPUHINYA ?

PADA TIKA INI….
AKU MASIH LAGI INSAN YANG KAU KENALI
SEORANG GADIS
YANG TIADA KEISTIMEWAANNYA
YANG BODOH TENTANG CINTA
YANG KERDIL TENTANG  DUNIA

PADA TIKA INI….
AKU SEPERTI BUDAK KECIL
TAKUT AKAN KEHILANGANMU
INGIN AKU MILIKIMU
TAPI AKU SEDAR SIAPA AKU
KAN AKU KALAH DI TANGAN GADIS PUJAANMU

PADA TIKA INI….
AIR MATA MENGALIR SEPI
BODOHKAH AKU
KERANA TERLALU IKHLAS MENYAYANGIMU
KERANA TERLALU MENGHARAP DENGANMU
WALHAL KU TAHU IMPIANKU ITU
IBARAT MIMPI DI MALAM HARI

PADA TIKA INI….
HATI KELIRU
SAMAADA INGIN KEKAL DISINI
SETIA MENGHARAP PADAMU
ATAU LARI MENINGGALKANMU

PADA TIKA INI….
AKU INGIN CARI KETENANGAN
LARI DARI RIBUAN PERSOALAN
MUNGKIN AKU MASIH MENTAH
UNTUK MEMIKIRKAN TENTANG CINTA
AKU TAK MAHU
DILUKAKAN DAN MELUKAKAN
DIPERMAINKAN DAN MEMPERMAINKAN
OLEH INSAN YANG BERGELAR LELAKI
MUNGKIN SUDAH TAKDIR HIDUPKU BEGINI
SEPI DENGAN CINTA
AKU PASRAH

PADA TIKA INI….
AKU CUBA LUPAKAN CERITA CINTA KITA
MUNGKIN SUDAH DI TAKDIRKAN
ANTARA KITA HANYA  TEMAN BIASA
NAMUN AKU GEMBIRA
KERANA KAULAH GURU YANG MENGAJAR SEGALA-GALANYA
TENTANG CINTA,RINDU DAN BENCI.


Selasa, 29 Mac 2011

Kelas Blog di Ildas...

28 & 29 Mac 2011..
ILDAS Sabak Bernam..

Akhirnya.. aku telah berjaya menghabiskan tanggungjawab aku sebagai Cikgu... hehe Cikgu Blog.. tapi aku rasa aku tak layak lagi di panggil Cikgu Blog sebabnya banyak lagi yang perlu aku pelajari.. ilmu di dada masih lagi kurang.. tapi ada hati gak nak mengajar yer... kesian kat anak-anak murid aku heheheh.... jangan mare yer anak-anak murid...

Aku terima sahutan untuk mengajar blog ini untuk dapatkan pengalaman dan untuk perbaiki kelemahan diri aku dalam dunia blogger ini... di samping untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan semua.

Kepada semua para peserta.. semoga anda semua berjaya menjadi seorang penulis BLOGGER. Apa-apapun memang korang semua happening dan sempoi....hilang stress kat sana hehhee... Lastly ... Saya ingin Mohon maaf jika ada tersalah bicara atau perbuatan selama menjadi cikgu 2 hari ini....... Jumpa lagi....

Ahad, 27 Mac 2011

Tahniah...

Keputusan SPM dan keluar ... Ada yang gembira dan ada juga yang bersedih. Apa-apapun tahniah kepada yang berjaya dan untuk yang tidak berjaya , jangan putus asa. Bukan bermakna gagal SPM, hidup kita juga akan gagal. Ramai yang membuktikan walaupun gagal dalam SPM tapi dia berjaya dalam hidup. Yang penting kita perlu bangun dari kegagalan dan memulakan langkah baru untuk mencapai kejayaan baru.

Buat adik aku Zaki.. Tahniah aku ucapkan.. Tak sangka dapat 2B,3C,1D,1E dan 1G... ok apa tuh.. berbaloi kan dengan usaha.. cuma mungkin sedikit terkilan kerana boleh dapat E & G kerana aku tahu kalau perkara itu tidak berlaku mungkin E & G akan Jadi B atau C... apapun dik bersabar yer... ada sebab kenapa kita diuji begini... Jangan salahkan perkara itu berlaku.

Apa-apapun Tahniah.. Semoga berjaya dalam perjuangan seterusnya. Amin. :D




Ahad, 20 Mac 2011

Berpiknik Di Sg Tekala..

13.3.2011
Hutan Lipur Sg Tekala.

Seronok dapat berpiknik ramai-ramai ... Walaupun Tuan Yang Empunya diri yang mencadangkan piknik ini tidak hadir , namun ianya tetap berjalan seperti yang dirancangkan..cumanya tiada lah acara bakar membakar , pangang memangang...

Seperti yang bidadari rindu katakan dah lama dah plan nak buat ..tapi macam-macam halangan.. tuhlah org kata , jangan plan lama-lama takut tak jadi.. nie plan 2 minggu jer ...terus jadi hehee
Akim nie penakut betul dengan air... tgk tuh.. ayah dia letak kat dalam air dan tinggalkan dia..mana tak melalak budak tuh..ishhh nanti ayah nak kena cubit yer...


seronoknya anak-anak main air.. lagi seronok bapak2 yg jaga anak .. mak-mak terpaksa jaga makanan... almaklumlah banyak betul monyet menunggu peluang..dengkilah tue..tak dapat makan..dapat cium bau jer hahaha...





nie rehat untuk kali ke berapa tah.. naik darat je makan.. naik darat je makan.. tuh yang bila timbang semua naik hehehhe...

nak balik dah... kelemahan akim bukan sahaja pada air tapi pada awek-aweks comel dan cantik hehehe.. tuh pasallah dia malu2 aje bila kena cium tangan dek anak zue ..hahahah leh jadi bakal menantu nie zue ..gerenti bukan hantu ... hehehhee...