Jumaat, 18 Februari 2011

Utraman Datang Menyerang


Assalamualaikum semua..

Akhirnya aku berjaya menyiapkan order dari Asfaziahtun ... member ofis aku... Dua utraman untuk dua heronya... yang sekecik tak bleh belikan lagi coz nak letak kat mana...betul gak katanya kan.. so abang-abangnya lah yang akan memperagakan utraman keychain nie hehhee..
harap asfa berpuas hati dengan hasil kraf aku nie...


alhamdulillah ..percubaan yang ketiga utraman nie.. bleh lah kan??... untuk aku yang baru berjinak2 dengan dunia jahit menjahit nie... ( tengah order kain felt hitam lagi dr sus.. untuk buat akim yer cosmos besar cam asfa nie... yelah dia ingat aku buat untuk dia..sorry akim.. nanti ibu buatkan yang lagi big yer heheh)

So korang semua doakanlah kejayaan aku yer... kalau nak order dialu-alukan...

Rabu, 16 Februari 2011

Berkelah di Pantai Remis , Jeram

Hari cuti Maulidur Rasul baru nie , aku ke Pantai Remis , Jeram K.Sel. Dekat jer.. tak jalan kemana pun.. mula asalnya nak gie berkelah dan mandi manda kat port biasa kita orang kat temple park rawang... tapi alih2 mood malas datang..so tak jadi.. tapi oleh kerana atas desakan dan ingatan yang kuat si Aina.. maka terpaksa juga dikotakan janji tersebut..akhirnya terdampar aku disini ...
Seronok juga , dah lama benar tak berkelah.. aku pun masak simple jer.. telur goreng , sayur kangkung , rendang kerang (nie aku beli dari kawan office aku..sedap giler) . Ayam kepak madu aku beli kat pantai remis tuh..mmg sedap aduhai lama tak makan.. tak cukup satu... buah-buahan beli kat sg buluh tadi.. dan di sulami dgn air milo.. hahahah mmg ngam lah..

So.. bila tanya dia org..semua kata Puas hati...oklah tuh... ucapan terima kasih tak putus2 dari anak-anak aku pada ayahnya (sebab bawa berkelah) dan aku (sebab masak) hehe ok lah tuh..

Dikesempatan aku menulis nie juga , aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada semua kaum muslimin dan muslimat... Sama-samalah kita tingkatkan selawat kita pada Nabi Muhammad S.A.W....

**Dialog antara aku dan Alia...
Alia : "Ibu.. cam mana nak sambut besday Nabi Muhammad S.A.W..."
Aku : "Alia kena banyak-banyak ucap selawat , itulah hadiah yang kita boleh bagi pada Nabi Muhammad S.A.W"



Isnin, 7 Februari 2011

Order Pertama Saya

Akhirnya... impian tercapai jua.. misi terlaksana... nah lihatlah hasil tangan kerjaku...(senyum sampai telinga nie hehe). Ini order dari kawan-kawan anak aku... Cantik tak??...

ini order daripada Kawan Alia

yang ini bahagian belakang

yang ini bahagian depan

Yang ini order dari kawan aina


yang ini , atas permintaan anak teruna ku ..Akim the cosmos hehehe... aku cuba..alhamdulillah menjadi.. Hanya untuk akim sorang jer... nak buat dia leceh sangat ... tuh pun nasib ada nampak mcm ultraman..walaupun jauh panggang dari api hehhee...

So??..apa pendapat korang tentang jari jemari ku?? adakah keras?? atau sebenarnya lembut hehehe..poyos jer bunyi yer kan.. apa-apapun ianya satu kesoronokkan yang tak terucap.