Rabu, 24 Ogos 2011

Berbuka Puasa...

Sepanjang bulan puasa  kali ini.. dah 2 kali aku berbuka di tepi jalan jer.. kali pertama hari ahad baru nie.. dengan anak-anak2.. masa tuh baru balik dari bazaar ramadhan kat puncak alam... turun je dari highway latar tuh , terus kereta tak boleh start ..so sementara tunggu wonderpet datang.. kita berbukalah kat tepi jalan tuh.. nasib ada makanan .. nasi lemak sorang satu.. cuma suami aku jer dia beli lauk..ingat nak makan gan nasi putih kat umah mak nanti... tapi takde rezeki.. so share lah nasi lemak tiga bungkus tuh untuk 5 orang.. alhamdulillah kenyang... akhirnya kereta kena tarik gak.. sebab timing bell putus.. tak bleh nak buat apa..



Kali kedua , aku dan hubby jer berbuka puasa berdua dalam kereta kancil milik kita orang... bateri kong tiba2... nasib masa tuh rosak kat bawah pokok.. masa tuh time balik keje.. tunggu wonderpet (pomen kete suami aku..namanya ah chun)..yang sama datang untuk membantu.. dia belikan air soya untuk berbuka puasa... dia beli 5 tin.. sebab dia ingat anak-anak aku sekali ada... so aku dan suami hanya berbukakan kurma , air mineral (highway latar bagi) dan air soya..alhamdulillah rezeki kita orang hari tuh  itu jer.. so terima dengan seada-adanya... 
Allah baru nak uji sikit jer kat kita orang kan... Lagipun awal2 puasa arituh dah dapat berbuka kat hotel .. hotel empire (minggu pertama) dan Hotel subang (minggu kedua).. so kali nie Allah bagi kita orang rasa berbuka kat tepi jalan lak.. lain nikmatnya... lain rasa insafnya... :D




gambar-gambar kat atas nie berbuka puasa kat hotel subang



 nie gambar masa berbuka puasa kat hotel empire

Rabu, 10 Ogos 2011

Cerpen : Masih Ada Sinar

Bulan-bulan posa nie.. apakata kita layan cerpen nie.. cerpen nie aku pernah hantar ke PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI DAN CERPEN SARINA
MASIH ADA SINAR

“Semua orang pernah buat silap. Tidak ia manusia, jika tidak membuat silap, tetapi jangan kerana satu kesilapan itu kita hancurkan hidup kita.” Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Aisyah  di corong telefon malam semalam. Memang benar kata Aisyah itu. Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan harus mengapa kerana satu kesilapan itu, menjadi punca pada kesilapan yang seterusnya. Kenapa kerana satu kesilapan itu, dia terus hancurkan dirinya. Kenapa kerana satu kesilapan itu , dia bagaikan orang gila. Kenapa!.
“Kerana kau lupa Tuhan.”
“Aku masih ingat Tuhan.”
“Benarkah kau masih ingat Tuhan?. Jika kau ingat Tuhan, kau tak akan hancurkan diri kau sebegini. Kau takkan seksa diri kau. Diri kau adalah amanah Tuhan dan bila kau seksa diri kau bermakna kau tidak jaga amanah Tuhan. Kenapa kau tidak jaga amanah Tuhan? Kerana kau lupa Tuhan!!.” Hujah Aisyah itu membuat lidahnya kelu. Dia mati kata. Memang benar kata Aisyah. Dia mula lupa Tuhan. Dia sudah jarang menyembah Tuhan yang satu. Dia sudah lupa janji-janjinya pada Tuhan. Dia sudah lupa tujuan sebenarnya hidup. Dia sudah lupa segala-galanya. Hanya kerana cinta. Kerana cinta dia terseksa. Kerana cinta dia gagal kawal dirinya. Kerana cinta dia jadi begini. Dia sedar itu. Dia faham itu. Namun hatinya tidak dapat menerima itu semua. Hatinya masih lagi luka. Hatinya masih lagi parah. Hatinya masih lagi sakit. Sakit kerana dilukakan oleh orang yang benar-benar dicintainya. Hatinya pedih kerana cintanya dijadikan permainan. Hatinya luka parah kerana cinta yang selama ini dijaga dan dibaja itu telah hancur. Selama empat tahun, dia membaja cinta itu. Selama empat tahun, dia sanggup berkorban apa saja kerana cinta itu. Sanggup mengubah dirinya kerana cinta itu. Sanggup merendahkan dirinya kerana cinta itu dan kini dalam masa satu hari sahaja dia hilang cinta itu. Dia benar-benar kecewa. Dia benar-benar terluka. Dia tidak dapat menerima kekecewaan itu.
“Sedarlah Fiz. Kau masih ada masa lagi untuk berubah. Jangan hanya kerana gagal dalam percintaan ini kau hancurkan hidup kau dengan ganja dan perkara-perkara yang tak elok itu.”
“Kau tak faham Sya. Bercakap memang senang tetapi yang merasainya aku bukannya kau. Dulu dia yang menyuruh aku membuat keputusan samaada pilih dia atau ganja. Aku pilih dia! dan sekarang dia tinggalkan aku macam itu sahaja. Jadi apa gunanya aku berubah. Lagi baik aku kembali kepada asal. Kembali kepada diri aku yang dahulu . Diri aku sebelum mengenali dia dan inilah diri aku yang dahulu.
“Kau tahu tak kenapa kau jadi begini ?. Kau jadi begini kerana kau berubah dahulu bukan dengan seikhlas hati. Kau berubah kerana dia. Bukan kerana Tuhan atau diri kau sendiri. Kau berubah kerana dia dan kerana itu kau rasakan tiada guna lagi perubahan ini selepas dia tinggalkan kau!. Itulah kesilapan yang telah kau buat.” Hafiz tunduk memandang lantai. Kata-kata Aisyah itu seperti jarum halus yang menusuk tajam  ke ulu hatinya. Sakit. Dia sakit dengan hakikat itu. Memang itulah hakikatnya. Dia berubah kerana cintanya. Dia berubah kerana Nurul Azatul Liana. Nurul yang harus dipersalahkan , bukan dia!. Bukan dia!.
“Maafkan aku Fiz. Aku bukan nak sakitkan hati kau atau menyalahkan diri kau. Cuma aku nak kau sedar. Sedar yang kau telah lari jauh dari diri kau yang sebenarnya. Lari jauh dari tujuan hidup kau. Aku nak kau sedar yang cara kau ini silap. Cara kau ini bukan mengurangkan lagi masalah malah menambahkan lagi masalah pada diri kau!.”
“Biarpun aku baru  mengenali kau dan banyak yang aku tidak tahu tentang diri kau tetapi aku nasihatkan ini kerana kau seagama denganku. Malah kau adalah sabahat aku. Aku nak kau sedar bahawa masih ramai lagi yang menyayangi kau. Kau harus ingat itu. Kau masih ada ibu, kakak dan adik. Kau masih ada tanggungjawab. Kau harus fikir, tindakan kau ini bukan sahaja menghancurkan hidup kau tetapi juga turut menghancurkan harapan keluarga kau untuk melihat kau menjadi insan yang berguna,” sambung Aisyah lagi dengan panjang lebar. 
Terasa ada air jernih ingin mengalir dari kelopak matanya. Ditahannya. Sudah terlalu banyak air mata yang dibazirkannya. Dia sudah berjanji tidak akan menangis lagi. Dia harus kuat. Namun kekuatannya tiada. Dia harus berani. Namun keberaniannya sudah hilang. Dia harus sabar. Namun kesabarannya sudah tipis. Dia bukannya Shahrul Hafiz yang dahulu. Shahrul Hafiz yang penuh dengan mimpi-mimpi indah. Dia kini adalah Shahrul Hafiz yang dipenuhi dengan mimpi-mimpi ngeri. Dia benci dengan hidupnya kini. Dia benci dengan dirinya kini. Keyakinannya telah hilang. Dia tidak mungkin akan kembali seperti Shahrul Hafiz yang dulu


*        *        *        *

Aisyah tersenyum manis sebaik sahaja ternampak kelibat Hafiz mendekatinya. Badan lelaki itu sudah mulai susut. Mata lelaki itu sudah kelihatan cengkung. Biarpun Hafiz masih dapat mengukir senyuman malahan ketawa , namun dia tahu itu semua satu lakonan. Dia turut sedih melihat sahabatnya yang seolah-olah mayat hidup itu.
“ Assalamualaikum. Lama tunggu aku ?. Bas lambat aaa,” kata Hafiz sebaik sahaja sampai di sisi Aisyah.
“Waalaikumsalam. Emm.. taklah lama sangat tapi sempat jugalah aku mengurat pakwe-pakwe kat sini.” Seloroh Aisyah sambil berjalan seiring dengan Hafiz menuju ke bangku kosong.
“Kali pertama aku jejak kaki di Pantai Morib ini…hmm tapi tiada benda yang menarik pun di sini. Sama macam pantai-pantai lain yang aku pernah pergi.” Komen Hafiz sebaik sahaja melabuhkan punggungnya. Matanya liar memerhati orang yang bersantai di pantai itu. Ada yang sedang bermandi-manda. Ada yang sedang leka bermain. Ada yang sedang makan dan ada juga yang sedang berasmara. Dia tersenyum.
“Kenapa kau senyum?. Takkan tiada benda yang menarik di sini? Hmmm tak perlah. Kalau kau tak nak temankan aku. Kita balik sajalah.” Hafiz toleh ke wajah Aisyah. Masam mencuka.
“Ish! Takkan dah merajuk kot?. aku gurau jerlah. Mestilah seronok sebab ada makcik cute kat sebelah aku nie.” Seloroh Hafiz sambil ketawa.
“Hampeh ko!. Makcik?. Muka cute giler nie, kau kata makcik?! Sah kau deman!.” kata Aisyah turut ketawa.
“Deman apalak. Aku waras lagi apa. Hensem dan macho seperti biasa.”
“Ya Allah. Ada orang perasan hensem lah kat sini . Ini bahaya tahap maksimun..kalau tak diubat nescaya bertambah lagi kaum kerabat kat hospital sakit jiwa.” Serentak itu mereka ketawa.
“Apasal beriya-iya benar nak ajak aku ke sini? Kau rindu kat aku ke?,” soal Hafiz  sebaik saja ketawa mereka reda. Dia tahu mesti ada sebab mengapa Aisyah beriya-iya benar mengajaknya keluar hari ini.  Setahunya Aisyah memang liat untuk diajak keluar. Berbagai alasan yang dicipta olehnya tetapi kali ini Aisyah sendiri yang mengajaknya keluar. Suatu keajaiban  fikirnya sambil tersenyum.
“Rindu kat kau ? Ishhh tolong sikit encik abang … tak mainlah rindu-rindu nie. Bukannya kenyang pun rindu kat kau.”
“Eleh jual mahal lak dia. Sedar-sedarlah Sya.  Umur kau semakin tua tapi pakwe sorang pun takde. Nanti siapa yang susah? Aku jugak. Yelah kena jadi pak sanggup,”  gurau Hafiz sambil mengejek.
“Suka hati akulah nak kahwin ke tidak. Eleh mengata orang dia yang lebih. Ingat kau takkan tua ke? Satu yang harus kau ingat setua-tua aku pun, aku tetap muda dari kau. Faham!.”  Kini giliran Aisyah memulangkan paku buah kerasnya.  Hafiz  masih lagi ketawa. Seolah-olah tiada penghujung. Aisyah mencebik geram
“Ok..oklah … hmm.. kenapa kau ajak aku keluar hari ini?,” soal Hafiz  mengalah.
“ Aku nak kenalkan kau dengan seseorang.”
“Siapa?” soal Hafiz laju tidak sabar  untuk mengetahuai siapakah orang yang ingin diperkenalkan oleh Aisyah padanya.
“Lelaki ke perempuan? Oooo.. pakwe kau ye?” duga Hafiz tidak sabar sambil tersengih mengejek.
“Ish! Sabarlah sikit. Apalah kau nie..emm lelaki.”
“Huh? Mesti pakwe engkau kan!. Eh..dia tak marah ke kalau tahu kau dengan aku dating kat sini?.”
“Tolong sikit!. Bila pulak kita berdating nie??,” bulat mata Aisyah memandang Hafiz.
“Ini bukan dating ker?,” soal Hafiz  sambil menahan ketawa. Aisyah mencebik geram dan seketika dia juga turut tersenyum.
“Emm..aku nak kenalkan pada engkau lelaki yang begitu aku sayangi dan hormati. Lelaki yang aku anggap seperti abang kandung aku. Lelaki yang aku kagumi,” kata Aisyah dengan penuh perasaan sambil melemparkan pandangnya ke pantai.
“Dialah hero idaman aku.” Hampir tergelak Hafiz mendengar kata-kata akhir Aisyah itu. Sempat lagi dia buat lawak. Getusnya dalam hati.
“Pergh..kiranya lelaki itu memang bermakna dalam hidup engkaulah. Mesti dia tuh seorang yang hebat. Betul tak?”
“Mestilah! Kalau tidak untuk apa aku kenalkan dia pada kau.”
“Tapi sehebat mana diapun..mesti dia tak boleh nak lawan aku.”
“Kenapa?,” soal Aisyah hairan dengan kata-kata Hafiz itu.
“Kerana aku lebih hensem dari dia kan?!.”
“Perasaan!!.” Serentak itu mereka ketawa. Orang yang lalu-lalang di situ semuanya memerhati ke arah mereka. Mungkin hairan kerana dari tadi mereka tidak berhenti-henti ketawa. Ada-ada saja lawak yang dibuat oleh Hafiz atau dia sendiri. Entah kenapa persahabatan yang baru bermula ini seolah-olah telah lama terjalin..
“Ok. Kita sambung balik pasal hero idaman kau tuh. Hmm siapa nama dia?..mana dia?” soal Hafiz sebaik saja ketawa mereka reda.
“Nama dia Iman”
“Iman?.”
“Yup. Iman.” Akuai Aisyah.
“Hmm.. itupun dia.” Aisyah menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang leka melukis. Bila diamatinya lagi, lelaki itu bukan duduk di kerusi biasa tetapi di kerusi roda. Lelaki itu cacat.
“Lelaki itu cacat?.” Aisyah angguk lemah.
“Dia terlibat dengan kemalangan jalanraya dua tahun lepas. Sebelah kakinya dipotong dan sebelah lagi lumpuh,” terang Aisyah lagi sayu.
“Emm..dia kemalangan dengan apa?. Macam mana boleh jadi kemalangan itu?,” soal Hafiz ingin tahu.
“Dia berlanggar dengan Van semasa balik dari ..hmmm… jom kita jumpa dia dulu. Mesti kau suka dengan dia,” ajak Aisyah sambil bingkas bangun. Hafiz tidak puas hati mendengar jawapan dari  Aisyah yang seolah-olah merahsiakan sesuatu padanya. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut, namun bila melihat sikap Aisyah itu dia terus batalkan hasratnya untuk bertanya. Dia hanya membontoti Aisyah dari belakang tapi belum pun sempat dia melangkah dua, tiga langkah Aisyah berhenti. Hafiz turut berhenti. Hairan dengan sikap Aisyah yang tiba-tiba berdiri kaku di situ.
“Kenapa? Jom aaa.. kata nak kenalkan aku dengan dia.”
“Emm.. takperlah Fiz. Lainkali sajalah. Jom kita balik.” Terkejut Hafiz mendengar ajakan Aisyah itu. Dengan sekelip mata saja anak gadis itu berubah fikiran. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. Dia menoleh ke arah lelaki tadi. Kini dia bukan saja melihat lelaki itu seorang tetapi dia juga dapat lihat seorang wanita sebaya Aisyah di samping lelaki itu. Adakah Aisyah berubah fikiran kerana wanita itu?. Siapa wanita itu?. Dirinya semakin penuh dengan persoalan. Persoalan dengan sikap Aisyah yang beriya-iya ingin mengenalkannya dengan lelaki itu. Persoalan dengan wanita yang bersama-sama dengan lelaki tersebut. Persoalan tentang lelaki itu sendiri. Seolah-olah dia dengan lelaki itu ada satu pertalian. Dia benar-benar ingin mengenali lelaki itu.

*        *        *        *

“Assalamualaikum,” tegur Hafiz pada lelaki yang sedang leka melukis itu.
“Waalaikumsalam..,” jawab lelaki itu sambil menyambut huluran tangan Hafiz.
“Maaf. En. Iman kan?,” soal Hafiz sopan sambil mengukir senyuman. Lelaki itu mengerutkan dahinya kehairanan. Mungkin dia hairan kerana aku mengetahuai namanya. Fikir Hafiz.
“Saya…”
“Hafiz? Hafiz ker nie? Kawan Aisyah ye? Mana Aisyah?,” potong lelaki itu dengan pelbagai soalan sebelum Hafiz  sempat mengenalkan dirinya. Kini giliran Hafiz pula terkejut.
“Macam mana abang tahu nama saya?,” soal Hafiz penuh kehairanan.
“Tiada siapa yang panggil abang dengan panggilan Iman  di sini kecuali Aisyah. Nama abang sebenarnya Fakhrul Imran. Hanya Aisyah sahaja yang memanggil abang dengan panggilan iman  semenjak abang jadi pak iman celup di surau dulu. ” Terang lelaki itu panjang lebar sambil tersenyum. Seketika dia teringatkan Aisyah. Seketika dia terbayangkan wajah manis Aisyah. Aisyah yang sikapnya tak ubah seperti budak-budak walaupun usia sudah menjangkau 23 tahun.
“Mana Aisyah?,” soal Imran lagi.
“Emm..Aisyah sibuk hari ini,” bohong Hafiz. Sebenarnya dia datang kali ini tanpa pengetahuan Aisyah. Dia datang ke sini kali ini atas desakan nalurinya sendiri. Dia benar-benar ingin mengenali lelaki itu. Entah kenapa semenjak Aisyah membawanya ke sini untuk bertemu dengan Imran dan sebaik saja dia memandang wajah Imran itu, dia terasa seoalah-olah dia dengan Imran ada persamaan. Seolah-olah ada rahsia yang perlu dicungkilnya pada diri Imran.
“Sibuk sangat ke Aisyah? Dia dah jarang jenguk abang di sini. Selalunya waktu-waktu cuti macam ini dia akan ke sini temankan abang tapi entah  kenapa semenjak dua menjak ini dia jarang datang ke sini,” keluh Imran seakan sedih dengan perubahan sikap Aisyah. Hafiz dapat merasakan kesedihan yang melonjak di jiwa Imran. Dia tahu kenapa Aisyah sudah jarang bertemu dengan Imran. Dia juga tahu kenapa Aisyah  berubah sikap.
“Kau suka pada Iman?.” Dia masih ingat lagi soalan yang diutarakannya pada Aisyah dua hari lepas. Soalan untuk memerangkap Aisyah. Soalan untuk merungkai segala persoalannya hari itu. Aisyah memandang wajahnya kehairanan. Mungkin dia tidak sangka aku akan menyoalnya dengan soalan sebegitu Fikirnya.
“Hmm mestilah suka. Kalau tak suka aku takkan kawan dengan dia,” jawab Aisyah acuh tak acuh.
“Suka macam mana?.”
“Hmm.. suka seorang kawan kepada kawannya. Suka sebagai seorang adik kepada abanglah. Apasal kau tanya?,” soal Aisyah padanya seakan-akan dapat menghidu perangkapnya
“Takde saja tanya. Tak boleh ker?.” Aisyah senyum.
“Hmm kau sayang  dia?,” soalnya lagi.
“Sayang?.. hmm Sayang!. Sayang seorang adik kepada abangnya,” jawab Aisyah lambat-lambat.
“Itu saja?,” soalnya menduga.
“Iyalah itu saja. Kenapa?.”
“Hmm.. kau cintakan dia ?.” Aisyah terkedu. Mata Aisyah bulat memandang ke wajahnya.
“Kenapa kau tanya soalan yang bukan-bukan nie.” Ada perasaan tak puas hati di hati Aisyah.
“Kau cinta dia kan?. Kalau kau tak cintakan dia tentu kau tak kisah perempuan tuh ada di sisinya kan? Kalau kau tak cintakan dia tentu kau tak larikan diri daripada dia?. Betul tak?.”
“Kau nie sihat ke tidak?…tetiba macam polis pencen soal itu dan ini kat aku kenapa?.”
“Kalau kau tak cintakan dia, kenapa kau larikan diri bila nampak gadis itu. Itu Alia kan? Kawan baik kau,” soalnya lagi masih hendak memancing Aisyah agar berterus-terang. Agak lama Aisyah membisu membuat dirinya serba-salah.
“Maafkan aku Sya. Aku tak berniat nak sakitkan hati kau. Aku sekadar bertanya dan itu hak engkau samada ingin menjawab segala persoalan aku dengan jujur atau sebaliknya.” Akhirnya dia bersuara bila melihat keadaan yang semakin sepi itu.
“Emm.. aku pun tak tahu dengan perasaan aku nie Fiz. Aku menyayangi dia tetapi taklah sampai ke tahap mencintainya. Entah kenapa bila aku ternampak Alia bersama Imran atau Alia bercerita mengenai Imran pada aku, aku rasa sedih sangat. Aku rasa aku akan kehilangan seseorang,”keluh Aisyah akhirnya.
“Entah aa..tetiba aku rasa aku akan kehilangan abang dan kawan. Akan kehilangan Iman dan Alia. Aku dapat bayangkan kalau dia orang benar-benar mencintai antara satu sama lain kelak tentu dia orang akan buang diri aku. Bagi aku  apabila ada dua orang menyayangi orang yang sama seorang perlu undur diri.”
“Maksud kau, Alia?.”
“Sebelum sayang ini bercambah lebih baik aku undur diri. Sebelum aku sedih dengan kehilangan mereka lebih baik aku pergi. Lagipun Alia itu sesuai untuk dia dan aku tahu dia juga menyukai Alia lebih dari seorang sahabat. Emm.. betul tak apa yang aku lakukan?.”
“Tapi kau terlalu awal mengaku kalah.” Aisyah diam.
“Ini bukannya permainan yang ada menang atau kalah. Ini soal hati. Ini soal hidup. Apa salahnya aku undur diri andai aku tahu ada orang yang lebih baik dari aku untuk dia. Untuk mengubah hidup dia. Lagipun aku sendiri tahu, yang aku akan tetap kalah kalau aku berjuang. Untuk apa aku bazirkan waktu untuk air mata yang sia-sia. Aku dah puas menangis dan aku malas untuk menangis lagi,” keluh Aisyah lemah.
“Tapi kenapa kau harus larikan diri bila ternampak Alia, walhal kau juga kata kau sudah dapat menerima kenyataan ini.”
“Kerana aku seorang manusia. Manusia yang ada naluri dan perasaan. Manusia yang ada kelemahan. Aku tiada kekuatan untuk bertemu dengan Alia. Aku rasa sakit hati bila mendengar Alia bercerita tentang Imran. Tapi apa yang mampu aku lakukan dari berdepan dengan dia. Tapi kalau aku ada peluang untuk larikan diri dari dia aku akan lari!.” Akuai Aisyah setulus hati. Dia diam. Kata-kata Aisyah ada benarnya. Sebelum terlanjur menyayangi seseorang lebih baik larikan diri. Kerana bila sudah terlanjur menyayangi susah untuk melepaskan diri.
“Ehem.. Aisyah selalu cerita pasal kau pada abang. Dia selalu puji kau. Dia kata kau kelakar. Dia kata kau dengan abang banyak persamaannya. Ehemm itu yang membuat abang teringin benar untuk berjumpa dengan kau. Tak sangka hari ini kau datang berjumpa abang.” Kata-kata Imran itu menyedarkan dia dari lamunan. Dia tersenyum. Benarkah Aisyah memujinya di depan Imran. Benarkah Aisyah tidak mengutuknya di depan Imran. Benarkah dia dengan Imran banyak persamaannya, Persoalan itu bermain-main difikirannya.
“Boleh tak bawa abang pergi ke pokok besar tuh?. Di situ ada kerusi. Bolehlah kita berbual panjang nanti. Lagipun hari semakin panas nie. Boleh?.” Pinta Imran sambil mengemas peralatan lukisannya. Hafiz angguk tanda setuju.
“Cantik lukisan abang. Abang memang berbakat,” puji Hafiz sebaik saja melabuhkan punggungnya pada bangku kosong itu. Matanya leka menatap satu persatu lukisan yang ada di sisi Imran.
“Biasa jer lukisan tuh, abang bukannya berbakat dalam bidang lukisan. Ini cuma minat saja. Satu masa dulu abang dah lupakan lukisan ini, tapi semenjak abang mengenali Aisyah, minat itu datang semula. Ehem..tapi jangan bagi tahu pada Aisyah. Kalau dia tahu abang melukis semula kerana dia tentu dia marah.”
“Kenapa Aisyah perlu marah. Itukan hak abang?,” soal Hafiz seolah-alaoh tidak puas hati dengan kata-kata Imran. Kenapa Aisyah perlu marah, jika Imran melukis itu kerana dia?. Sepatutnya dia semakin gembira.
“Bukan abang takut Aisyah. Cuma abang tak nak dia tahu abang melukis ini kerana dia. Dia dah banyak membantu abang. Abang dah masak dengan sikap dia. Seboleh-bolehnya dia tak nak abang berubah kerana dia. Katanya kalau abang berubah kerana dia dan satu masa nanti kalau dia tinggalkan abang tentu abang akan turut berhenti melukis. Dia tak mahu abang berhenti melukis.” Terang Imran sambil mengeluh panjang. Hafiz diam. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Aisyah padanya dahulu.
“Aku nak tengok kau berubah. Aku nak kau jadi seperti diri kau sebelum ditinggalkan oleh Nurul. Aku nak kau berubah kerana diri kau sendiri. Bukan kerana aku atau orang lain. Kalau kau berubah kerana aku atau orang lain , kelak kalau kami pergi tinggalkan kau mungkin kau akan jadi lebih parah dari sekarang.” Tegas kata-kata nasihat yang keluar dari bibir Aisyah, terus menusuk ke hatinya. Memang benar kata Aisyah. Dia tidak nafikan. Tapi dia tiada kekuatan untuk berubah. Keyakinan telah hilang. Dia tidak mungkin berubah.
“Abang juga seperti kau. Kisah kita sama.” Terkejut Hafiz bila mendengar kata-kata Imran. Di toleh ke wajah Imran yang tenang. Dia tahu mungkin Aisyah sudah menceritakan perihal dirinya pada Imran. Hafiz diam membisu. Biarkan Imran terus dengan butir bicaranya. Dia ingin jadi pendengar sahaja. Dia ingin mendengar apa yang ingin diceritakan oleh Imran padanya.
“Diri abang adalah diri kau masa akan datang.”
“Maksud abang?,” soal Hafiz tidak faham.
“Diri abang dulu adalah diri kau sekarang. Diri abang sekarang adalah diri kau masa akan datang jika kau tak ubah diri kau sekarang.”
Imran diam seketika, membiarkan Hafiz memahami apa yang ingin disampaikannya. Terlalu banyak yang ingin diperkatakan olehnya pada Hafiz. Dia tidak mahu melihat Hafiz menjadi seperti dia. Seorang lelaki yang hanya mampu memandang. Lelaki cacat. Cacat untuk selama-lamanya.
“Ehem..kenapa abang cakap macam tue?,” soal Hafiz setelah agak lama dia mendiamkan diri. Kata-kata Imran itu memaksa dia berfikir. Memaksa dia untuk menilai siapa diri dia yang sekarang dan diri dia masa akan datang.
Imran berdehem dua tiga kali. Menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Dilemparkan pandangan ke sisi pantai. Melihat ombak yang leka menghempas pantai. Alangkah kuatnya sang pantai masih mampu menahan hempasan sang ombak. Tidak seperti dia, yang cepat melatah bila diuji dengan ujian sekecil itu.
“Kita semua ada kenangan silam. Kita semua ada memori. Cuma yang membezakan kita samaada kenangan itu manis untuk diingati atau pahit untuk ditelan. Ada antara kita yang mampu menjadikan kenangan pahit itu manis untuk diingati. Ada pula yang menjadikannya sebagai satu bebanan atau paling parah sebagai dendam!.”  Hafiz menoleh ke wajah Imran. Kata-kata tegas itu seolah-olah tempias ke arahnya. Adakah kata-kata itu ditujukan padanya?. Adakah Imran ingin menuding jari kepadanya?. Adakah Imran menuduhnya seorang pendendam?. Tidakkah terlalu awal untuk menjatuhkan hukuman padanya. Sedangkan Imran tidak benar-benar mengenalinya.
“Berkata memang mudah tetapi yang mengalaminya lagi parah. Hanya orang yang benar-benar kuat mampu menukar kenangan pahit itu jadi manis. Dan rasanya tiada siapa pun yang benar-benar kuat di dunia ini untukmenukar kenangan itu.”
“Siapa kata tiada?. Ada! Kita sebenarnya kuat. Kita sebenarnya mampu menukar kenangan itu. Cuma ketika itu kita lupa diri kita, kita lupa Tuhan  yang Esa. Kita abaikan DIA. Padahal kita yang tidak dapat menerima qada dan qadarNYA. Kita yang mengecewakan diri kita sendiri. Kita yang menyebabkan diri kita terseksa,” bantah Imran tegas. Hafiz diam. Mati kata.
“Abang tak kata kau. Abang kata diri abang sendiri. Abang pernah rasa apa yang kau rasa. Hati abang pernah sakit. Hati abang pernah luka,” keluh Imran lemah. Ada sendu di hujung kata-katanya.
Aku juga seperti kau. Pernah dikecewakan oleh perempuan. Pernah dilukakan oleh perempuan. Lukanya terlalu parah. Hingga aku rasa betapa hinanya diriku. Betapa bencinya aku pada diriku sendiri. Betapa aku rasa mati itu lebih baik dari hidup. Betapa aku rasa dunia ini tidak adil pada aku. Betapa aku rasa tiada yang sayang pada aku lagi. Aku rosakkan hidup aku. Aku kembali pada diri aku yang asal. Pada diriku sebelum aku mengenali erti cinta. Aku sia-siakan peluang yang sedia ada. Aku sia-siakan hidup aku yang telah berubah. Bodohkah aku?!. Memang aku bodoh!. Terlalu bodoh!. Bodoh kerana membenci diri sendiri. Bodoh kerana mensia-siakan hidup aku. Sepatutnya aku perlu bersyukur, Bersyukur kerana dengan kehadiran dia hidup aku kembali bersinar. Hidup aku kembali ke jalan yang lurus. Dan sepatutnya aku perlu redha. Redha kerana kehadirannya hanya sementara. Kehadirannya hanya untuk membantu aku menjadi insan yang berguna. Dan sepatutnya aku perlu tahu dia adalah wakil Tuhan yang dihantar untuk membawa aku ke jalan yang benar dan sampai masanya dia akan pergi jua meninggalkan aku. Lalu kenapa aku harus mensia-siakan itu semua. Lalu kenapa aku harus benci pada diri aku sendiri. Kenapa?. Kerana aku lupa siapa diri aku sebenarnya. Aku lupa tujuan aku dihidupkan. Aku lupa arah tuju aku di dunia ini. Aku lupa kemana penghujung hidup aku nanti. Aku lupa janji aku pada Allah. Aku lupa segalanya. Hanya kerana cinta. Cinta!. Cinta yang di agung-agungkan oleh manusia.
Kekadang aku terfikir. Adakah semua pencinta bernasib malang seperti aku? Aku rasa tidak. Tidak semua manusia yang bercinta jadi macam aku. Tidak semua penghujung cinta manusia tragis seperti aku. Tidak adilkah Tuhan pada aku?.
“Tuhan itu Maha Adil. Segala apa yang terjadi pada kita sebenarnya ada hikmahnya. Hanya kita yang seringkali buta untuk menilai ketentuanNYA. Kita perlu ingat segala apa yang ditentukan olehNYA pada kita adalah ujianNYA untuk menguji sejauh mana keimanan kita.” Pesanan  ustaznya masih lagi terpahat diingatannya. Tapi dia lupa itu semua. Hanya di kepalanya tika itu satu. Benci. Benci kerana dirinya dikecewakan sebegitu.
Kalau boleh diputarkan masa, dia ingin kembali ke zaman dia masih belum mengenali cinta. Di mana dia belum mengenali ganja. Waktu-waktu di mana dia belum mengenal erti luka. Dia ingin kembali pada zaman kanak-kanaknya. Di sisi pangkuan ibu dan di bawah pengawasan ayahnya. Dia ingin saat itu kembali.

*        *        *        *

Hafiz duduk bertelaku di serambi rumah. Pandangan jauh dilemparkan ke halaman rumah. Memerhati anak buahnya yang leka bermain. Namun fikirannya tidak di situ. Fikirannya jauh melayang ke pantai Morib. Mengingati detik-detik pertemuannya dengan Imran. Mengingati perbualanya dengan Imran.
“Jangan sia-siakan hidup kau. Kau masih ada peluang. Kau masih tak terlambat untuk berubah. Jangan jadi macam abang. Dah terhantuk baru terngadah.”
          Masih lagi terngiang-ngiang nasihat Imran padanya. Banyak perkara yang dipelajari daripada Imran. Imran seolah-olah dirinya.
          “Kau lihat sendiri abang. Apa yang ada pada abang?. Apa yang abang dapat dengan menyeksa diri abang? Kecacatan!. Hanya kecacatan ini yang abang dapat. Malah abang hilang orang yang paling abang sayang. Ibu. Abang hilang ibu kerana kedegilan abang ini.” Masih lagi terbayang di fikirannya air mata Imran tika itu. Dia dapat rasakan kekecewaan Imran. Malah dia rasakan seperti dia juga mengalami perasaan sedih itu. Dia nampak raut-raut penyesalan pada wajah Imran. Dia nampak luka di hati Imran. Seolah-olah kesakitan Imran itu terkena padanya.
          Dari penerangan Imran baru dia tahu siapa diri Imran sebenarnya. Baru dia tahu Imran juga sepertinya. Pernah kecewa dengan cinta. Pernah ditinggalkan kekasih. Imran sebelum ini bukan lelaki cacat. Dia cacat kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa balik dari kelab malam. Ketika itu, dia dan kawan-kawannya mengambil dadah melebihi had. Malah ketika itu mereka juga telah banyak meneguk air kencing setan itu. Meraka bertembung dengan Van. Nasibnya malang kerana dia duduk di bahagian depan dan kakinya tersepit. Kawan-kawannya meninggal dunia di situ. Hanya dia yang terselamat. Mungkin sudah di takdirkan ajalnya belum sampai. Cuma yang menjadi kekesalannya, ibunya meninggal dunia sebaik sahaja mendengar berita kemalangan itu. ibunya diserang penyakit jantung. Dia benar-benar kecewa. Apa gunanya dia hidup jika orang yang paling dia sayangi telah pergi. Apa gunanya dia hidup jika dirinya cacat sebegini. Pernah dia cuba untuk membunuh diri tetapi entah kenapa nyawanya sungguh liat untuk meninggalkan dirinya. Namun dia masih  mampu meneruskan hidup ini dengan sokongan Aisyah , Nur Alia dan kawan-kawan baiknya.
          “Aii..termenung lagi kat serambi tuh kenapa?. Takkan tak ingat nak mandi?. Dahlah bangun meninggi hari. Nasib baik kau tuh lelaki kalau perempuan, takde orang nak meminang kau kalau macam nie.” Leteran Puan Kalsom menyedarkan dirinya dari lamunan. Dia sengih kambing.
          “Nantilah Umi. Sekejap lagi Fiz mandi aa.. sejuk lah kat bilik air tuh.”
          “Sejuk apa yer. Sekarang dah pukul 1.00 tengah hari. Orang dah sibuk nak sembahyang zohor. Kau tuh jer yang duduk termenung kat sini.” Hafiz hanya mampu tersenyum mendengar leteran ibunya itu. Diam-diam dia bersyukur kerana ibunya masih ada di sisinya tika ini. Sekurang-kurangnya dia tahu masih ada orang yang sayangkan dirinya lagi.
          “Okeylah Umi. Fiz pergi mandi yer.” Akhirnya Hafiz akur dengan perintah ibunya. Dia bergegas ke bilik air. Puan Kalsom hanya mengeleng-gelengkan kepala. Dia menarik nafas panjang dan perlahan-lahan dia mengeluh panjang. Mengeluh dengan suratan hidupnya. Mengeluh dengan suratan hidup anak bujangnya. Dia tahu itu semua ujian Tuhan padanya. Dia tahu dirinya bukan berkuasa untuk menyoal atau mempertikaikan segala apa yang telah disuratkan padanya. Dia redha dan pasrah. Namun dia juga manusia. Dia ada perasaan. Oleh kerana perasaan keibuannya itulah dia sedih. Sedih melihat nasib anaknya. Kenapa harus semua ini berlaku pada anaknya. Kenapa harus dia diduga dengan ini semua. Sudahlah dia kehilangan suami dan sekarang ini dia diuji lagi. Dia tak mahu kehilangan anaknya itu. dia sudah cukup sengsara dengan satu kehilangan dan dia tidak mahu kehilangan lagi. Tapi apakan dayanya. Dia hanya mampu berdoa. Berdoa agar anaknya itu sedar. Agar anaknya itu kembali pada Hafiz yang dulu.
          Bukan dia tak tahu Hafiz mengambil ganja. Dia tahu itu tapi apa yang mampu dilakukannya?. Dia hanya mampu melihat. Hanya mampu berdoa. Hanya mampu berendam air mata. Dia sudah putus asa untuk menasihati Hafiz. Dia sudah tewas dengan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Tewaskah dia? Tidak layak ke dia untuk menjadi seoarang ibu?. Bukan dia minta anaknya jadi sebegini. Tidak pernah dia berharap anaknya jadi sebegini. Malah tidak pernah dia bermimpi nasib anaknya seteruk ini. Namun apa yang perlu dikatakan. Suaranya tidak mampu keluar. Biarpun dia menasihati berkali-kali namun perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh Hafiz sendiri. Dia hanya mampu membantu. Hanya mampu memberi sokongan. Biarlah orang kata dia tak sayangkan anak. Biarlah orang kata dia dungu. Asalkan dia tahu dia menyayangi anaknya lebih dari nyawanya. Asalkan dia tahu anaknya menyayanginya sebagai seorang ibu. Itu sudah cukup.
          “Ya  Allah,  ya Tuhanku. Berikanlah petunjukMU pada diriku dan anak-anakku. Berikan petunjuk pada anak lelakiku. Moga dia akan berubah. Moga dia akan sedar kesilapannya. Ya Allah, janganlah KAU biarkan dirinya terumbang-ambing. Janganlah KAU sia-siakan hidupnya dengan cinta yang sia-sia. Tunjukkanlah dia ke jalan yang benar. Panjangkanlah umurnya. Sesungguhnya aku sanggup kehilangan segala harta benda dari kehilangannya. Janganlah KAU uji diriku lagi dengan satu kehilangan. Sesungguhnya aku tak mampu menerimanya. Ya Allah, ya Tuhanku , perkenankanlah doa hambamu ini. Doa seorang ibu. Amin Raabil Alamin.”

*        *        *        *

Lama dia bertafakur di sejadah. Tangannya ligat bermain dengan tasbih sambil mulutnya berwirid. Terasa keinsafan di dalam dirinya. Sudah sekian lama dia tinggalkan sejadah ini. Sudah sekian lama dia lupa dengan tanggungjawabnya itu. Sudah lama dia tidak rasa ketenangan seperti itu. ketenangan yang telah bertahun lama meninggalkannya. Dia begitu bersyukur.
          “Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibu-bapaku. Dosa kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah ampunilah dosa hambaMU ini. Aku sedar aku terlalu banyak berdosa denganMU dengan ibu-bapaku. Aku sedar aku sudah jauh lari dari diriku. Aku sedar aku telah banyak melakukan dosa dan maksiat. Ya Allah ampunilah dosa hambaMU ini. Sesungguhnya KAU Maha Pengasih dan Pengampun. Sesungguhnya KAU telah berjanji pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaMU sepertiku. Maka Ya Allah terimalah taubatku ini. Ya Allah, tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. Ya Allah tetapkan hatiku dan imanku. Semoga aku akan pulih dan menyempurnakan tanggungjawabku. Ya Allah terimalah taubatku ini. Amin Rabbil Alamin.”  Deras air mata menuruni pipinya lalu jatuh ke atas sejadah. Air mata keinsafan.
          “Hafiz..kalau ayah tiada nanti. Kau jagalah ibu kau baik-baik.jagalah kakak dan adik-adik kau. Hanya kaulah lelaki tunggal di dalam keluarga kita ini. Hanya kau yang mampu menjaga mereka semua jika ayah tiada nanti. Hafiz, jangan lupa tanggungjawab kita pada Tuhan. Jangan sesekali kau lupa Tuhan. Jangan sesekali kau terjebak dengan dadah kerana sekali kau terjebak susah kau nak berpatah balik dan satu lagi jangan sesekali kau melakukan maksiat apatah lagi meneguk air kencing setan itu. ingat Hafiz. Kau masih muda. Jangan binasakan hidup kau. Hanya kaulah harapan ayah untuk menjaga ibu, kakak dan adik kau.” Pesan arwah bapanya masih lagi tersemat dihatinya.
          “Maafkan Hafiz ayah, ibu .. Hafiz dah lari jauh dari dunia Hafiz sebenarnya. Maafkan hafiz. Hafiz janji takkan melukakan hati ayah dan ibu. Hafiz janji tak akan ulangi kesilapan ini lagi. Hafiz janji.” Nekad Hafiz sungguh-sungguh. Biarlah taubatnya ini diterima oleh Tuhan. Semoga dia akan menjadi anak yang soleh serta  insan yang berguna.

          Nukilan : Zie .
16/9/2001
10.30 mlm.

Ahad, 7 Ogos 2011

Arghhhhhh Letihnya...

Minggu pertama bulan posa, kerja berderet-deret cam tak nak rehat jer... time rehat pun keje.. letih ooo ... 

Sabtu lepas aku bawak mak dan adik gie melawat umairah kat sepang.. kg ulu choh-choh...umairah baru 8 hari...siang tidur , malam berjaga.. tapi time aku dtg  tuh, aku kejutkan jer dia.. tuh yg dia ngamuk hehehe.. geramnya.. alianya statement " ishh tak sabarnya nak tunggu baby ibu...tapi kalau gugur lagi..cam mana.." sedih jer bunyinya.. aku cakap...jangan cakap camtuh.. doalah banyak-banyak..

Kat sana, dia orang panggil umairah.. sha..bunyi2 cam echa pun ada... heheh adik aku kata ala-ala dekat-dekat cam nama awam dania tuh hehehe...


 tengok tuh tido lagi.. sabo jerlah..

 umairah tgh marah tuh..orang ganggu tido dia...
umairah senyumlah..
Malam sabtu tuh , aku lepak kat umah dengan anak-anak.. hubby kuar hantar pau dan jumpa  pelanggan yang nak jadi pengedar minyak wangi. Selalunya aku memang rajin ikut hubby aku keluar, tapi semenjak mengandung nie boleh bilang dengan jarilah.. malas hehee... so sementara tunggu hubby balik , aku pun mulakan projek baikkk aku... sebenarnya dalam kemalasan aku nie..aku ada niat nak buatkan flushie untuk anak-anak buah aku yang akan datang hari ahadnya... untuk Haikal dan Adam.. Adik aku keje kat Kedah so time2 cam nie lah baru boleh balik dapat jumpa mak ayah... so dengan niat yang ada, datanglah kerajinan aku.. jangan tak caya..aku siapkan 4 biji flushie...1 untuk Haikal , Adam , Akim dan Zaid(adik aku sempena besday dia)....so bersengkang mata lah menyiapkannya.. anak2 aku sibuk buat kad..alia  dan aina buat kad untuk pak itam (zaid dan haikal)..dan akim pun sama..cuma dia buat penambahan untuk aweks dia..hehhe kecik2 pun dah ada aweks yer..sabo jerlah..


Jeng-jeng inilah hasilnya... aku siapkan dari malam sabtu hingga pagi ahad... tak sangka aku yang tengah weuk2 nie mampu siapkan flushie nie kan..kan..kan..






Ahad petang..aku bergerak balik ke pahang... hubby ajak balik kampung , bersahur kat sana..sebab tahun nie aku raya kat kuala selangor.. heheh raya gan mak dan ayah... lagipun isnin , alia dan aina cuti sekolah sempena menyambut 1 ramadhan... jadi kami gunakan peluang yang ada untuk pulang ke pahang.....on da way nak balik ke pahang  , jumpa orang jual durian.. sana sini .. murah-murah lak tuh...so sebab tak tahan godaan.. kita orang singgah makan durian kat tepi jalan... aku makan skit jer.. yelah tgh mengandungkan.. kalau tak fikirkan baby dalam pewut nie mau aku habiskan 1 biji.. nie dapat 3 ulas pun dah syukur.. hehe . Isnin petang kami berangkat pulang dan berbuka posa kat highway jer... sebelum tuh , kami singgah kat bazzar ramadhan rawang .. perghh  memang seronok..macam-macam ada...