Khamis, 29 Disember 2011

Teluk Batik Lagi tapi dengan Family

Tarikh : 25 - 26 Disember 2011
Lokasi : Teluk Batik & Homestay Silaratulrahim

Bukan senang nak ajak ayah aku gie bercuti macam nie...walaupun planning 2 minggu sebelum..Hubby aku dah siap booking  Homestay silaratulrahim kat area teluk batik masa kita org gie konvoi teluk batik dengan TAVAC tempoh hari.... Homestay tuh cantik...3 bilik tidur dan dua bilik air... sayang tak bleh nak upload gambar kat sini sebab dalam kamera adik-adik aku.... harga dia murah rm200 aje... mmg berbaloi lah..
Aku dah rancang dengan adik2 aku yang lain, kalau ayah gan mak tak gie..kita tetap pergilah bawak adik2 yang lain.. kesian kat adik2 sebab sekolah nak bukak dah tapi berjalan pun tidak.... dan harapan ayah nak ikut mmg 0% masa tuh... walaupun aku dah bagi ktuhbah panjang berjela... Tapi tak sangka di saat-saat akhir baru ayah aku setuju.. tuh pun pagi masa aku tgh siap2kan makanan untuk bekal kat sana... Mak aku cakap sebab adik aku yg bongsu tak ajak ... dia kesian tuh yg dia ikut gak hehehhee..sabo jerlah...
Ini bergambar masa kita org tiba kat teluk batik petang tuh...Kita org sampai dlm kul 2.30. Adik aku yg baru kahwin dah memang ada kat sini dari semalam...Semua adik beradik aku ada kecuali Erol (nie sibuk dgn bisnes otak-otak & ayam mmg x leh nak ikut) dan Epol ( yang kat kedah.. tak dapat cuti..almaklumkan askar)....so yg lain semua ada....
nie adik lelaki aku no3.. dengan anak & isterinya..
Nielah umairaq dah 5 bulan dah.. kejap jer
Nie mak gan ayah aku dan adik bongsu aku izam...

ini hubby aku... Sayang dia.. serius jer kan...
Ini anak-anak aku.. mandi aje kejenya...
Malam tuh , kita org gie ke Lumut jalan-jalan dan singgah ke kedai hasil laut jamilah beli ole-ole. Balik dari situ hubby aku belanja makan kat Vucada restoren... ishhhh x baguslah kat sini... bayangkan 3 jam kita org menunggu untuk makan jer.... mana taknya dialah tukang masak..dialah tukang kira..dialah ambik order...sabo-sabo... tapi ayah aku tak sabo..1 jam pertama dia dah ajak balik..so dia balik gan adik lelaki aku..lgpun umairaq nak tido dah...

umairaq dah bising nak tido
adik-adik aku..no 6,7&8...tgh lapo nie..
lagi2 izam yg pakai baju biru tuh..
Nie adik aku yang baru kawin tuh...
Pagi-pagi dalam kul 9.30 suami aku bawak anak-anaknya gie theme park kat marina cove resort tuh... xpuas mandi semalam..sebenarnya hubby aku pun sama.. nak mandi... aku??? tgk jelah.. mana bleh mandi... hubby aku kata nanti takut baby kuar dalam air..sabo jerlah...adik-adik aku bawak sekali..tapi sorang pun x nak mandi... ishhh cam anak dara lak.. pemalu..tuh yang akim ikut tuh hehhee...akim mandi tepi2 jer... nie dia orang mandi kat air masin.... 
bergaya je lebih..mandi takut

X puas hati...duk tepi ejek kakak2 dia jer...

Aina ..ishhh nie mmg hantu air
kuat alia pegang ayah dia..








Rabu, 28 Disember 2011

Hari Keluarga TAVAC di Teluk Batik

Tarikh : 17-18.12.2011
Lokasi : Teluk Batik & Marina Cove Resort

Akhirnya hari-hari yang dirancang telah tiba..Hari Keluarga TAVAC 2011 ke Teluk Batik. Seronok?? Memanglah seronok terutama Hubby aku ler dan anak-anak aku... ....

Ada lebih kurang 60 buah kete yang join Hari keluarga nie.... memang enjoy lah... tapi bagi aku yang pemalu nie hehehe....kira kureng lah skit...nak buek cam mano..dan memang aku nie pemalu dan penyegan.... 



Hubby aku paling seronok dan orang yang paling sibuk.....salah seorang AJK... Jadi Marshall lak tuh... kita orang dalam kereta dengar dia coleteh jer lah....



Ini makanan pot luck untuk tengah hari... memang lapar giler masa nie... tgk tuh habis semua lauk.. aku sempat masak nasi putih , sambal sardin, ayam goreng , ikan pekasam goreng  dan sambal malas plus dengan sayur salad...nyum-nyum sedap...



Aina memang teruja giler ... teruja nak mandi kat theme park marina tuh...hujan-hujan pun dia x kisah.. nak gie gak..nasib hujan berhenti awal....bawa jugalah gie mandi-manda....Akim jer takut air... dia mandi tepi2 jer... takuttttt..ish cam mana niee hero ibu nie... 





Ini masa penutup kat kedai hasil laut jamilah... semua ahli-ahli TAVAC (Lelaki saja) bergambar...dan yang kat bawah tue, acara bersalam-salaman.... Mana tahu kalau ada tersalah kata ker.. so nie lah masa yer untuk  bermaaf-maafan...



Hingga berjumpa di lain konvoi lagi...dengar kata nak gie thailand dalam bulan 3... time tuh aku dah habis pantang... bleh lah ikut hehehhee....bahaya bagi hubby  gie sorang-sorang... hehehhee....

Khamis, 22 Disember 2011

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.....Bestttttt


Assalamualaikum....Korang semua tengok tak malam tadi yer Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang?..Aku pun tak ingat malam tadi telefilemnya..nasib baik Alia yang ingatkan.. Al maklumlah Alia kan peminat Randy Pangalila..Pelakon Utama telefilem nie... so malam tadi aku , Alia dan Aina duduk bertiga depan tv menengoknya... Hubby gie buat kereta..entah apa dia tambah kat keretanya aku pun x tahu.. yang aku tahu dia balik kul 9.30 .. dan kuar balik hantar pau dan balik semula rumah dalam kul 10.00.. Balik-balik jer dia ajak semua tidor..tapi sorang pun tak layan kecuali akim hehe..akhirnya kesian kat hubby dia terpaksa tidur dengan akim jer.. kita orang tengok sampai habis aaa... Bestt giler citernya... dah lama tak tengok cinta remaja cam nie..rasa cam muda balik lah hehehe... 

Tang last aku boleh menangis lak.. cissssssssssss jatuh maruah aku jap depan Alia dan Aina hehehe... apa-apapun memang best.. Alia asyik senyum-senyum jer... cite nie ada kelakar dan sedih..mmg mantaplah lakonan Randy Pangalila dengan Elfira Loy..dua-dua cantik..sama padan aa..


Alia dah mintak aku carikan lagu nie... hehhe best lagunya.. apa-apapun Terbaik!!

Untuk Mencintaimu (OST Biar Mimpi Sampai Ke Bintang)

Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
Segala upaya telah kulakukan untukmu
Apa yang harus aku tunjukkan
Untuk membuat kau menyayangiku 
Inilah aku yang memilih kau untukku
Kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu 
Tak akan menyerah dan takkan berhenti mencintaimu
Ku berjuang dalam hidup untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku setulus hatiku hanya untukmu
Wooo..kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu
Tak akan menyerah dan takkan berhenti mencintaimu
Ku berjuang dalam hidupku untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku setulus hatiku hanya untukmu
Seumur hidupku setulus hatiku uhhhh...

Rabu, 14 Disember 2011

Ujian Talasemia...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...


Lama aku dah tak update blog kesayanganku ini.. Almaklumlah busy dengan kerja-keja MS ISO nya.. ingat lepas tuh leh rehat-rehat sikit tapi banyak lak hal lain yang nak dilakukan.. tapi tak per... baik aku settlekan kerja-kerja aku sebelum aku bersalin... walaupun due aku lambat lagi iaitu 17 Januari 2011 ini.. tapi hati aku mengatakan samaada awal tahun atau dalam hujung bulan ini gak.. aku tak kisah lah bila-bila bersalinnya (walaupun dalam hati cepatlah..cepatlah)... 


Mengandung kali ini macam-macam ragamnya.. berulang alik ke klinik dah macam biasa jer... kurang darah HB  nya lah , kencing manis lah , kebas-kebas tangan lah..dan yang terbaru nie tekanan darah rendah.. pagi tadi kena gie ambik ujian talasemia pulak sebab HB aku masih kurang lagi... tapi aku belum disahkan talasemia yer.. baru ambil ujian darah... Dr nak check kalau2 aku ada talasemia... tapi masa aku mengandung yang sebelum nie pun, memang aku ada masalah HB rendah... tapi tak ler seteruk nie gayanya sampai kena dengar ceramah anemia dan ujian talasemia... apa2pun aku harap semoga semuanya baik-baik belaka.. Kalau boleh dan diizinkan Tuhan aku nak semoga kali ini aku bersalin normal juga... Amin..


Kat bawah ini aku copykan info berkenaan dengan Talasemia yang aku ambil dari blog kekawan untuk pengetahuan semua... 




apa itu talasemia?? (Info aku ambil dari blog Nurul Chumel Lovely Site)



Talasemia (bahasa InggerisThalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripadaparu-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.


  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

Rabu, 23 November 2011

Jalan-Jalan Santai...

13.11.2011

Seawal jam 5.00 pagi hubby aku dah bangun. Dia kena kerja.. Hantar Org ke LCCT.. Aku dah tahu dr hari jumaat tuh, Hubby aku kata nak ikut ker?..aku cakap kalau tak ikut xper ker?..hubby aku jawab xper..nak ikut boleh..tak ikut pun boleh..... 

So pepagi tuh , aku soal hubby aku lagi, nak kita org ikut ker??... jawapan yg sama gak dia bagi.. aku tanya dengan alia dan aina..dia kata tak nak lah ikut ayah gie keje... lepas tuh hubby aku jawab..nanti bleh gi taman permainan kat sana... hah apa lagi laju jer aina menjawab..ok kita org nak ikut...aduhaiii umpan baik punya hubby aku hehehe... yang sebenarnya aku tahu hubby aku memang nak kita org ikut dia.. sebabnya lepas dia hantar orang ke LCCT..dia akan menunggu lama..so kesempatan tuh bleh gie jejalan... nak tak nak aku pun ikut gak aaa.. anak-anak tak yah mandi..aku siap2 jer bawak baju..nanti berhenti solat subuh, baru  mandikan dia org.... 

Pepagi lagi aku gan anak-anak dah terconggok kat dalam taman permainan... Hubby gie hantar org.. Anak-anak aku mmg suka giler lah.. aku yg tak larat..tuh pun alia ada hati nak ajak aku gie ke tasik tuh..aku kata no..no..ibu x larat nak jalan jauh2 heheh..kesian dia org... tuh pun kat kul 9.30 aku ajak gie ambik ayah, dia org kata tak puas main lagi.. ishh x bleh ikut cakap dia org..mmg x cukup ajer... ambil hubby , gie minum dan terus ke taman permainan lagi... anak-anak bodek baik dgn ayah dia... aku ikut jer...

Main sampai tgh hari ..tepat kul 12.00 tghhari hubby aku bawak gie tempat makan specialnya..heheh restoren Fendi Ikan Bakar.. mmg sebelum nie hubby aku ada cakap nak bawak kita org makan kat situ.. makan kat situ besh katanya... iskkkkk mmg beshhh sampai jer dah bau harum semerbak ikan bakarnya..tapi aku tak makan ikan..so aku ambik sotong bakar, kerang bakar.. aina ambil ayam bakar dan alia ikan bakar.. hehehe mmg makan nasi dgn lauk tuh jer lah..sedap..sedap..sedap ehhee...kalau korang teringin leh lah dtg makan kat sini.. kat area kelana jaya... mmg puas hati ler... tapi dia jual bakar2 jer...menu lain xde yer...


Isnin, 21 November 2011

20.11.2011

cantik kan tarikh tuh??.. tuh tarikh aku menghantar adik pompuan aku kawin belah lelaki..... Adik ipar aku tuh duk kat lembah keramat... mmg sesat2 nak cari umah yer... walhal pakai GPS lagi.. tapi betullah hubby aku cakap , awal2 lg hubby aku ada nampak khemah kecik biru...tapi aku tak caya.. yelah takkan kecik jer.. heheh upa-upanya yer dia buat kat bawah rumah flat..mana pakai khemah.. ishhhkkk... penat pusing2 wooo.. yang adik ipar aku pun kasi info tak berapa betul... akhirnya hubby aku tahan satu budak motor nie... nasib budak nie baik, dia hantar kita org sampai hingga ke pintu belakang rumah Mie.... oklah tuh pintu belakang..dari langsung tak jumpa pintu kan... thanks adik... kita org semua doakan semoga adik tuh kurus satu hari nanti..mana tahu kan... ramai2 doa, kurus adik tuh hehehe....amin...

kita orang gie dengan 1 biji van ,3 biji kete... tuh pun bersesak-sesak..ramai budak2 ikut... nak marah tak patut lak..sebab mak dia org ada... patutnya bagilah kat org tua2 nak ikutkan..sabo jerlah aku..nak kata apa...



Ahad, 20 November 2011

Tahniah buat Alia & Aina

Khamis dan Sabtu baru-baru ini , ada penyampaian hadiah sekolah Alia dan Aina.. Alia dapat hadiah bagi matapelajaran Fekaq 100%.. manakala Aina dapat hadiah pelajar cemerlang no 3 di dalam kelasnya..... Apa-apapun tahniah buat anak-anak ibu... Semoga berjaya lagi di tahun hadapan.. jangan malas-malas yer... :D..

x dapat nak ambil gambar..x larat nak kedepan hehe


Tahniah Aina...

Ahad, 13 November 2011

Lawatan TAVAC ke Institut Kraf Negara, Rawang

12.11.2011 
Institut Kraf Negara, Rawang

Baru-baru nie , Kelab TAVAC Hubby aku buat lawatan ke Institut Kraf Negara di Rawang. Pepagi lagi dah bangun.. ingatkan lepas solat subuh nak santai2 dulu..almaklumlah hujan lak ..sedap sambung tido... tapi x boleh hehe.. tuh pun suami aku dah siap tarik selimut semula... kalau ikutkan hati aku malas gak nak bangun..tapi memikirkan janji hubby aku dan program dia..aku kerah semua anak2 bangun dan bersiap... 

Tak  banyak kereta yang ikut.. ada dlm 9 ke 10 buah kereta.. sampai2 sana, kita orang di bawa melawat ke tempat2 pameran produk hasil pelajar-pelajar IKN... Ada produk Batik , Produk dari Rotan dan Tembikar...macam-macam ada... memang kreatif , seni dan cantik...


Sebelum nie , aku tak tahu ada IKN nie kat Rawang... so banyak ilmu aku dapat kat sini... Kalau ada anak-anak kita yang berminat dengan hasil Kraf nie bolehlah mendaftar di sini.. Ianya terbuka kepada semua yang berumur 18 - 25 tahun, tak silap aku.. kalau korang berminat leh surf kat lawan web IKN di http://ikn.gov.my/web/guest/home





Rabu, 9 November 2011

Hubby..Selamat Ulang Tahun Kelahiran...

Masih tak terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha pada semua umat Islam...:D.. maklumlah tak berkesempatan langsung nak update Blog, masa terlalu mencemburui saya hehee..

Nak Wish besday diri sendiri pun tak sempat..:D.. 23.10 arituh besday aku...hmm dah tambah lagi satu angka aku... dan tak lama lagi akan tambah seorang lagi dlm kehidupan kami..tak sabar rasanya nak tunggu kehadiran "DIA".. 

"DIA" yang sentiasa menemani aku kemana sahaja aku pergi.. Sentiasa memberi aku semangat untuk teruskan kehidupan ini..Yang mencuit-cuit hati aku.. Membelai manja perutku.. "DIA" yang memahami keadaan aku yang adakalanya suka , duka , stress, majuk , rindu..mcm-mcmlah... "DIA" yang sentiasa dekat dengan aku...Rindunya nak jumpa "DIA"..:D

9.11 baru-baru nie (semalam lah) besday hubby aku.. takde apa aku bagi kat hubby...cuma wish..itupun kena gelak gan hubby sebab awal sehari wish..upa-upanya aku silap haribulan hehehe...lepas tuh sebelum nak masuk 9.11 dlm 11.45 mlm hubby aku dapat panggilan dr kawan2 dia... mula2 dia x layan.. lama2 dia angkat gak.. sampaikan ada yg ketuk pintu pagar umah aku... upanya ada accident kat taman umah aku.. nak tak nak hubby aku gerak lah gie... lepas tuh aku cam x puashati..sebab member2 dia call bunyi cam riuh jer.. bolehlah aku terfikir lain heheh..korang ingat aku fikir apa?? heheh..aku call hubby aku, aku cakap..abg , dia org celebrate besday abg ker malam2 nie... heheheh..aku bleh terfikir cam tuh..suami aku tergelak..member2 dia kata takde keje nak celebrate besday suami aku tgh malam2 cam nie hehehe... poyo tul aaa...malu aku..

malam tadi bawak hubby gan anak-anak gie makan kat secret recipe kuala selangor jer... nak buat kad tak sempat.. tapi aku ada planning satu benda nak bagi kat hubby.. tapi tgk tahap kerajinan aku..kalau menjadi..aku akan tampalkan hasil kerja aku tu kat sini yer hehhee..buat masa skrg hanya siap di dalam otak jerlah.. Anak-anak aku dah bagi kad yg dia org buat sendiri kat ayahnya... masa besday aku arituh pun dia org bagi kad kat aku gak..Alia siap berpuisi lagi hehe.. tapi x sempat nak share kat sini...


Hubby aku hadiahkan aku cermin mata hitam hehehe.. cantik mmg cantik..dah harganya ratusan ringgit mana tak cantik.. tapi aku nak melaram tak lagilah kot..dengan keadaan boyot2 cam nie... nak pakai time bila hehehe... apa-apapun thanks hubby..


Buat suamiku.. Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yang ke 37... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan... 
Semoga rumahtangga kita bahagia selama-lamanya.. Semoga kita mampu menghadapi segala dugaan yang mendatang dengan tabah demi anak-anak dan keluarga kita..:D muahhhh...

Rabu, 2 November 2011

Rajin tak Akim???

Nie gambar diambil setelah habis kenduri kendara kat umah mak aku... Time nie , aku sibuk mencari akim kat mana.. upa-upanya anak jantan aku nie sedang sibuk basuh pinggan mangkuk kat luar... pakcik-pakcik nya sibuk duk kat dalam umah.. geram tul aku.. apalagi dengan suara yang ada..aku kerahkan semua adik-adik aku tolong kemas sekali...

time arah-arah adik beradik aku, puas aku cari suami aku kat mana.. selalunya time kenduri habis nie, dialah orang pertama yang duk mengemas meja dan kerusi... bila dicari-cari upa-upanya pengantin dah bawak lari...jadi bodyguard gie ambil gambar kat pantai remis.. geram tulll.. aku suruh adik aku bawak orang lain.. bukannya bawak abg long nya.. kan dah kurang orang.. sabo-sabo... nasib ada akim.. 

Aku mms kan gambar akim nie pada suami aku... terharu suami aku..nangis dia , tengok anak jantannya rajin.. nasib akim ikut jejak ayahnya..rajin hehehe... Ibu Sayang Akim... Nanti ibu belanja makan aiskrim yer... 

tengah cari sabun dengan span...




tengok tuh bersungguh-sungguh dia sental bekas nasi tuh..

berpeluh-peluh.. habis semua peluh kuar hehehe

bilas jangan tak bilas....

Tak Besh...

3.11.2011 :  X besh lah arini... Esok dan Sabtu... Sebabnya my hubby gie kursus... ari sabtu baru habis.. tak tahulah sampai umah bila.... bohsannya.... jauh lak tuh gie kursusnya ...kat kedah sana... aduhaiiiii rindulah nanti :(


Satu hal lagi... time tuh kan orang sibuk-sibuk nak menyambut raya haji..alamatnya lah aku duk bertapa kat umah mak lah sabtu nie....jumaat malam tido umah mak jer... hubby aku pesan kat heronya Akim the Cosmos.. jaga ibu , Ahmad ( baby dalam pewut nie) dan kakak-kakaknya lah...  kalau rindu call ayah.. heheh akim angguk jer... tapi nanti malam dialah yang akan cari ayahnya..mana taknya tido masih berpeluk gan ayah... mandi pun dengan ayah... aduhaii satu hal aku nak menjawab soalan-soalannya nanti..... "ibu , ayah mana?"..."ibu , ayah balik bila?"...."Ibu, Akim rindu ayah..."..ayat2 sedih nie...


Satu lagi yang hubby aku pesan kat anak-anaknya... nanti kat umah nenek, jangan kacau-kacau mak uda yer... pak uda tengah proses nak buat anak tuh...sabo jerlah aku... ayat tak bleh tahan.... maulah nanti aina duk citer kat mak udanya.. aina mana boleh simpan rahsia... dah tuh semua ayat dia ayat laser...


Selamat jalan untuk hubby....semoga selamat sampai dan selamat pulang... semoga kursus ini memberi manfaat padanya.. dah minat dia , tak boleh nak tahan-tahan kan... hmm tinggal satu lagi permintaan my hubby yang cukup susah aku nak lepaskan... hubbyku nak sambung belajar... aduhaii dugaan tuh.... hehehe :D.... nanti lah di fikir-fikirkan.. bukan apa.. dah tentu-tentu nanti masa dengan keluarga kurang...sabtu ahad ada kelas... belum lagi stress dengan study nya... hmmm aku ingat nak buat 55 syarat kat hubby aku sebelum dia nak sambung belajar.. kalau dia setuju baru ok..cam mana?? ke nak cukupkan 100 syarat hehehhehe naya jer kan...


Buat suamiku..hati-hati dalam perjalanan... nak temankan tak boleh sebab anak-anak sekolah...lagipun abg tak ajak na pun..wuarghhhh :D....
Love u Hubby....

Selamat Pengantin Baru ~Atie~

30.10.2011... Akhirnya telah sah adik aku , Rosnawati binti Othman menjadi isteri kepada Mohamad Rozaimi bin Muhamad Rahim (Mie). Dah jadi isteri adik aku nie yer... semoga perubahan status ini akan mematangkan lagi dia.


Perghh banyak sebenarnya cerita yang aku nak citerkan kat dalam blog nie.. pasal perkahwinan adik aku.. start dari majlis akad nikah sampailah ke majlis perkahwinannya...macam-macam hal berlaku... macam-macam yang tak cukup..macam-macam kes... macam-macam citerlah.. ada yang buat aku menangis..ada jugak yang buat aku tersenyum.. tapi memang penat.. penat sangat-sangat... bukan sebab aku dah tua (hehe muda lagi sebenarnya) tapi sebab aku mengandung kot.. tuh yang asyik semput... tapi semput-semput aku... tak berhenti rehat wei... gear 5 aku masuk hehehe... memang penat... rasanya kalau gie spa rehat2kan badan pun tak cukup sehari..mahu dua tiga hari... kan best kalau adik aku sponsor kan hehehe...


banyak gambar nak upload.. tapi tak sempat2lah... very the busy... masa majlis perkahwinan pun , member aku dah citer pasal keje.. sampai2 opis... baru duk kejap..dah ada keje menunggu...aduhai..adakalanya rasa cam nak bersalin awal jer.. tapi bila memikirkan keje yang tertunggak...dan kawan seunit aku.. tak sampai rasa dihati... kesian kat dia nanti..dahlah unit kita org berdua jer... nak tak nak..aku pesan kat baby..sabar yer sayang :D...


oklah nak gerak balik nie... gambar sepanjang majlis nanti aku uploadkan.. arinih cuma nak coret serba sikit jer ... intro orang kata.. :D...




cantikkan adik aku nie.. :D... berseri-seri..seri pengantin,,,

Ahad, 16 Oktober 2011

Alia dan Aina.. Selamat Berjuang...

Minggu nie , minggu peperiksaan Alia dan Aina... Semoga kedua-duanya dapat menjawab dengan mudah..dan berjaya memperolehi keputusan yang terbaik... amin...

Khamis, 13 Oktober 2011

Siapa nie ??? Randy Pangalila / Galang....


Korang kenal tak dengan mamat kat bawah nie??? Sesiapa peminat Senitron mesti kenal dengan mamat hensem nie... Hensem??? Alia kata hensem...:D..

Kalau korang semua nak tahu nama mamat nie adalah Randy Pangalila... aku pun baru je tahu... kalau tak aku kenal mamat nie dengan nama Galang..sebabnya Alia selalu panggil mamat nie Galang semenjak dia menonton cerita Cinta Kirana... dan hinggalah sekarang cerita Nada Cinta... Nama Galang asyik jadi sebutan jer... 



Alia memang minat gila-gila kat Galang nie... Dia pernah ajak aku dan hubby gie Indonesia..sebab dia nak jumpa Galang nie... Kalau korang tengok muka dia time tengok citer Galang nie.. mesti korang rasa  cam anak aku nie angau semacam jer.. memang pun, muka kemerahan-merahan walaupun tak nampak jelas..dengan senyum simpulnya..susah aku nak explain kan...ibarat cam orang tengah di lamun cinta.. Bahaya??? memang lah bahaya..aku risau gak.. tuh yang setiap kali duk tengok dia cam tuh ,aku nasihatkan.. Kuat betul aura si Galang nie kan...sampaikan lagu Galang pun dia hafal... .

Tapi..aku pun minat gak kat lagu nie... cuba korang dengar lagunya bestkan

Lirik Lagu Aishiteru-Zhifilia Band
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berfikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiran ku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru
Saat ku sendiri pikiran melayang terbang
Prasan resah gelisah jalani kenyataan hidup tanpa gairah o u oo
Lupakan segala obsesi dan abmbisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu padaku
Kumohon kau kembali
kimiga kumo kumii tenmo
kinoho boy ga shino ga ruta a
Shineteruyo shineteruyooo
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru
wo wo wo
wo wo wo a a ai aishiteru