Rabu, 14 Disember 2011

Ujian Talasemia...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...


Lama aku dah tak update blog kesayanganku ini.. Almaklumlah busy dengan kerja-keja MS ISO nya.. ingat lepas tuh leh rehat-rehat sikit tapi banyak lak hal lain yang nak dilakukan.. tapi tak per... baik aku settlekan kerja-kerja aku sebelum aku bersalin... walaupun due aku lambat lagi iaitu 17 Januari 2011 ini.. tapi hati aku mengatakan samaada awal tahun atau dalam hujung bulan ini gak.. aku tak kisah lah bila-bila bersalinnya (walaupun dalam hati cepatlah..cepatlah)... 


Mengandung kali ini macam-macam ragamnya.. berulang alik ke klinik dah macam biasa jer... kurang darah HB  nya lah , kencing manis lah , kebas-kebas tangan lah..dan yang terbaru nie tekanan darah rendah.. pagi tadi kena gie ambik ujian talasemia pulak sebab HB aku masih kurang lagi... tapi aku belum disahkan talasemia yer.. baru ambil ujian darah... Dr nak check kalau2 aku ada talasemia... tapi masa aku mengandung yang sebelum nie pun, memang aku ada masalah HB rendah... tapi tak ler seteruk nie gayanya sampai kena dengar ceramah anemia dan ujian talasemia... apa2pun aku harap semoga semuanya baik-baik belaka.. Kalau boleh dan diizinkan Tuhan aku nak semoga kali ini aku bersalin normal juga... Amin..


Kat bawah ini aku copykan info berkenaan dengan Talasemia yang aku ambil dari blog kekawan untuk pengetahuan semua... 




apa itu talasemia?? (Info aku ambil dari blog Nurul Chumel Lovely Site)



Talasemia (bahasa InggerisThalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripadaparu-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.


  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

Tiada ulasan: