Selasa, 30 Mac 2010

Jangan Bersedih Dik..

Aku bukan nak membangkitkan kesedihan pada adik-adik aku... Sekadar untuk renungan kita semua. Di bawah ini ada 3 kejadian kemalangan yang berlaku pada tarikh dan waktu yang berbeza...cuma yang sama , semuanya melibatkan adik aku... Sedih??... Mestilah Sedih... Bab Kemalangan jangan buat main-main... pertama kali dengar jer dah berderau jantung... tapi bila dengar adik aku tak apa-apa lega terus... yelah kenderaan boleh di cari tapi nyawa yang dah pergi tak mungkin akan kembali.... Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya yang kita sendiri tak boleh nak nyatakan sekarang ... Mungkin satu tika nanti kita akan nampak kenapa dan mengapa Tuhan uji kita sebegini..

Buat adik-adik aku bersabar banyak-banyak.... Apa yang berlaku telah ditentukan olehNYA. Bersyukur kerana terselamat walaupun kenderaan rosak bagai nak rak.... Anggaplah ini satu dugaan dari DIA untuk kita hambaNYA. Dan satu yang along nak korang tahu , kita orang tak bergembira pun korang yer kete masuk dalam workshop abg long sebab mmg itu dah tugas abg long sebagai claim insurance... Malah kita orang lagi sedih macam mana boleh jadi macam nie...sedih sebab tengok adik-adik susah nak gie keje... tapi apa-apapun semua ini ada hikmahnya yang kita sendiri tak nampak..bersabar dan bersabar....

7.1.2009
pemilik Kereta : Adik pompuan aku ( Nielah sorang adik pompuan aku takde yang lain)

Ini kete adik pompuan aku yang punya... Baru jer beli tak sampai 5 bulan dah accident. Masa kejadian Adik lelaki aku yg no 5 pandu. Kereta terbalik.. Bumbung kat bawah tayar kat atas..tapi alhamdulillah adik aku dengan awek yer takde cedera apa-apa langsung.. Berkat pakai tali pinggang .. So Jangan Lupa pakai tali pinggang keleder yer.... Penting tau!







14.3.2010 (Ahad Petang)
Pemilik Kereta : Adik Lelaki aku no 3

Nie baru dua minggu kejadiannya... Masa adik aku telefon bagi tahu dia terlibat dengan accident...terdetik kat hati aku..macam mana adik aku yang berhemah dijalan raya nie boleh accident... Bagi aku antara adik-adik aku yg bawak kereta ... yang no 3 nie lah yg memandu berhati-hati.. tapi itulah kalau dah nak kena...kena jugak... orang langgar dari belakang masa jalan sesak di kuala selangor.... Tak teruk sangat.. tapi kesian jadi org tengah-tengah.... belakang depan kena hentam ...nasib...



26.3.2010 (Jumaat 7.10 malam)
Pemilik Kereta : Adik Pompuan aku tuhlah
Kejadian nie baru jer berlaku... hai nasib... untuk kali kedua kereta yang sama kemalangan tetapi tahun yang berlainan.. Bezanya dulu accident adik lelaki aku yang bawa tapi yang ini adik pompuan aku sendiri bawa. Masa kejadian dia telefon aku tak dapat-dapat... so dia call suami aku.. aku pun dapat tahu dari suami aku... tak keruan aku memandu ..tak sabar2 nak gie ke sekinchan tengok adik aku.. Yang buat aku rasa tak sabar tuh...yg sedih sangat tuh...masa aku telefon adik aku..dia meraung bagai nak rak.. macam2 aku fikir..tersepit ke kakinya..macam-macam...tapi semuanya meleset..mmg adik aku kuat meraung dari kecik lagi heheheh (jangan marah aaa) ...
Teruk gak...kena langgar dengar lori. Dulu pun kemalangan dengan lori. Sabar jerlah ....



Renungan Buat Adik-Adikku dan Semua....
Sumber dari Blog Secubitgaram...

JANGAN MENGELUH
Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;
'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah')
sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2
yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu,
danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqrah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu org2 ygberiman.'
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah
(be fearfull of Allah TheAlmighty)
kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan).

'KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar danmengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan
syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya,
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

Isnin, 29 Mac 2010

Cuti Sekolah Tahun Lepas

12.12.2009

Arini kerajinan datang menjelma..tiba-tiba rasa nak upload semua gambar yang ada di dalam kamera hubby aku... so belek punya belek...akhirnya terjumpa pula gambar anak-anak aku masa kita orang gie picnic kat KL... Tak salah aku , lokasi nie berdekatan dengan taman rama-rama... Seronok anak-anak aku dapat berkelah ke sini... ini pun secara kebetulan..ingat nak gie mandi kat air terjun jer... tapi pusing-pusing akhirnya inilah jadi pilihan hati... Main sepuas-puasnya sampai makan pun tak lalu... sabar jerlah... Gambar Atas :- Kesian Suami aku.... Dah lah kena bawak makanan berkelah... kena pulak dukung si Hero sorang tuh.... Tuh Pasallah Kurus hehee...

Gambar Bawah :- Gambar anak2 aku... Tak ingat Dunia... Main..Main..dan Main jerlah..




Khamis, 18 Mac 2010

Pot Luck

10 March 2010
Lokasi : Tempat Kerja...

Jeng..Jeng.. Ini menu pot luck yang kita orang buat untuk Puan Wan... Menyelerakan tak??... Nyum..Nyum...Nyum.... sedapppppppp :D
Ini menu yang paling laris... sedap dan mengebukan hehhehee.... kalau nak order bleh sebab nie tokeh kek yang buat....
Ini pula, sambal ikan bilis yang aku buat.... perghhhh dia org kata pedas giler.... tapi menyengat hehehehe.... tak tahannnn..... aku rasa dah berpuluh gula aku letak... namun kepedasannya mmg tak hilang.... dia org kata maybe lada yang aku beli nie lada jenis pedas...... kesian dia org...mana aku tahu...aku tahu masak jer...bab pilih2 lada nie mmg gagal hehehe... apa-apapun percubaan aku untuk kali ke dua ini mmg menjadi... hahaha bangga jap... (kembang kempis idung dek pujian dan komen orang sekeliling...hahahaha jangan marah aaa)


Buat Puan Wan , Semoga Maju Jaya, Happy dan Ceria Selalu di tempat baru.

Isnin, 15 Mac 2010

Beza tak??

Cuba tengok ... Lihat... Apa yang beza....Antara 2 gambar ini...
yang pastinya ianya orang yang sama...


Jeng..Jeng...Jeng....

Kesian Alia... gigi satu persatu dah mula nak patah...dah tue yang kat depan pulak... kesian... kalau senyum mmg dah tak cantik lah..... tapi tak mengapa sayang...patah tumbuh hilang berganti... pasti yang tumbuh nanti lagi cantik dari gigi yang patah hehehehe... Muahhhh

Selasa, 9 Mac 2010

Agrotek Garden Resort , Ulu Langat

5 Mac 2010
Argotek Garden Resort , Hulu Langat


Sesampai di agrotek nie.. kami disambut dengan balingan bunga-bungaan dan dihidangkan dengan air cendol dan buah-buahan... perghhh rasa cam VVIP lak... mmg tak pernah aku dapat sambutan mcm nie kalau gie mana-mana hotel atau resort... mmg seronok aaa... Namun itu untuk permulaaan... lepas tuh aduh rasa cam nak terjojol bijik mata bila tengok dewan kat atas bukit... nak mendaki lah pulak... adoiiiiiii

Perghh.. Penat Giler... Aku tak membayangkan kehidupan aku untuk 2 hari di Agrotek akan sepenat ini.. yang ku bayangkan..makan..makan..makan..maklumlah kat resort kan makan yer banyak .... upa-upanya... makan pun tak cukup untuk membayar kepenatan aku... Kena mendaki waduhhh...bayangkan dari tempat parking..aku mengalas beg aku mendaki ke dewan..giler.. bawak komputer dgn beg baju lagi... berpeluh.. tercungap-cungap.... mendera fizikal dan mental... apasal lah dewan dia org buat kat atas bukit yer... nie kalau gie camping leh lah....

Ini depan bilik kami menginap.... boleh memancing tau.... seronok....


Ini, tempat makannya... tepi tuh ada air terjun.. bagusnya sambil makan leh tgk air terjun. seronok gak sesuana kat sini. mula-mula masuk cam rasa kat bali lak..walaupun aku tak pernah sampai ke bali... tapi dari dengar citer-citer org..gayanya mmg mcm tuhlah...


Ini yang paling aku suka hehehe.... kumpulan sandwich.... kalau lah ditakdirkan masuk GengStarz..aku lah penyokong dia org hehee... beshlah... terhibur rasa hati... kalau nak dengar dia org nyanyi plus main alat muzik..blehlah dtg sini... tak rugi. lagi satu yg kagum tengok dia org nie... alat muzik yang dia org guna semua dari benda terpakai..kecuali gitarlah hehehe... maksudnya dia org nie kreatif dan inovasi... :D

So rumusan yang aku boleh buat , biarpun penat tapi puas hati....seronok dan enjoy.... blehlah gie tempat nie lagi..tapi jangan pilih dewan tinggi tuh yer... ampun... buat rasa lapar lagi ...