Selasa, 30 Mac 2010

Jangan Bersedih Dik..

Aku bukan nak membangkitkan kesedihan pada adik-adik aku... Sekadar untuk renungan kita semua. Di bawah ini ada 3 kejadian kemalangan yang berlaku pada tarikh dan waktu yang berbeza...cuma yang sama , semuanya melibatkan adik aku... Sedih??... Mestilah Sedih... Bab Kemalangan jangan buat main-main... pertama kali dengar jer dah berderau jantung... tapi bila dengar adik aku tak apa-apa lega terus... yelah kenderaan boleh di cari tapi nyawa yang dah pergi tak mungkin akan kembali.... Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya yang kita sendiri tak boleh nak nyatakan sekarang ... Mungkin satu tika nanti kita akan nampak kenapa dan mengapa Tuhan uji kita sebegini..

Buat adik-adik aku bersabar banyak-banyak.... Apa yang berlaku telah ditentukan olehNYA. Bersyukur kerana terselamat walaupun kenderaan rosak bagai nak rak.... Anggaplah ini satu dugaan dari DIA untuk kita hambaNYA. Dan satu yang along nak korang tahu , kita orang tak bergembira pun korang yer kete masuk dalam workshop abg long sebab mmg itu dah tugas abg long sebagai claim insurance... Malah kita orang lagi sedih macam mana boleh jadi macam nie...sedih sebab tengok adik-adik susah nak gie keje... tapi apa-apapun semua ini ada hikmahnya yang kita sendiri tak nampak..bersabar dan bersabar....

7.1.2009
pemilik Kereta : Adik pompuan aku ( Nielah sorang adik pompuan aku takde yang lain)

Ini kete adik pompuan aku yang punya... Baru jer beli tak sampai 5 bulan dah accident. Masa kejadian Adik lelaki aku yg no 5 pandu. Kereta terbalik.. Bumbung kat bawah tayar kat atas..tapi alhamdulillah adik aku dengan awek yer takde cedera apa-apa langsung.. Berkat pakai tali pinggang .. So Jangan Lupa pakai tali pinggang keleder yer.... Penting tau!







14.3.2010 (Ahad Petang)
Pemilik Kereta : Adik Lelaki aku no 3

Nie baru dua minggu kejadiannya... Masa adik aku telefon bagi tahu dia terlibat dengan accident...terdetik kat hati aku..macam mana adik aku yang berhemah dijalan raya nie boleh accident... Bagi aku antara adik-adik aku yg bawak kereta ... yang no 3 nie lah yg memandu berhati-hati.. tapi itulah kalau dah nak kena...kena jugak... orang langgar dari belakang masa jalan sesak di kuala selangor.... Tak teruk sangat.. tapi kesian jadi org tengah-tengah.... belakang depan kena hentam ...nasib...



26.3.2010 (Jumaat 7.10 malam)
Pemilik Kereta : Adik Pompuan aku tuhlah
Kejadian nie baru jer berlaku... hai nasib... untuk kali kedua kereta yang sama kemalangan tetapi tahun yang berlainan.. Bezanya dulu accident adik lelaki aku yang bawa tapi yang ini adik pompuan aku sendiri bawa. Masa kejadian dia telefon aku tak dapat-dapat... so dia call suami aku.. aku pun dapat tahu dari suami aku... tak keruan aku memandu ..tak sabar2 nak gie ke sekinchan tengok adik aku.. Yang buat aku rasa tak sabar tuh...yg sedih sangat tuh...masa aku telefon adik aku..dia meraung bagai nak rak.. macam2 aku fikir..tersepit ke kakinya..macam-macam...tapi semuanya meleset..mmg adik aku kuat meraung dari kecik lagi heheheh (jangan marah aaa) ...
Teruk gak...kena langgar dengar lori. Dulu pun kemalangan dengan lori. Sabar jerlah ....



Renungan Buat Adik-Adikku dan Semua....
Sumber dari Blog Secubitgaram...

JANGAN MENGELUH
Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;
'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah')
sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2
yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu,
danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqrah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu org2 ygberiman.'
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah
(be fearfull of Allah TheAlmighty)
kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan).

'KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar danmengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan
syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya,
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

Tiada ulasan: