Selasa, 20 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru Zairie & Hanim

Selamat Pengantin Baru...



Buat Adik Aku Zairie ..Semoga Berbahagia dengan Isteri Tercinta.. Dengan Sekali lafaz dan sah jadi suami orang... Menitis ayaq mata mak aku.... Gaknya cam tue gak lah aku kalau Akim menikah nanti hehehe.. Ibu.. Mana Ibu yang tak sayangkan anak...Percayalah kalau korang dah jadi IBU nanti pasti korang akan alami perasaan yang satu itu...



Ibu Mertua sebenarnya adalah sama dengan Ibu Kandung kita... So kena layan sama rata..sama baik ..baru lah jadi anak yang soleh dan solehah....

Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat , dunia akhirat... Amin...

Rabu, 7 Julai 2010

Maafkan Ibu....Maafkan Kami...


Maafkan ibu sayang... Maaf... Itu sahaja yang mampu ibu lafazkan... Dan syukur sangat2 ibu pada Allah kerana tiada perkara buruk-buruk yang berlaku pada sayang. Maafkan kecuaian Ibu dan Ayah.. Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi kecuaian kami ini.

Maafkan ibu dan ayah kerana dengan kecuaian kami , sayang terpaksa berhujan , berada dalam ketakutan kerana keseorangan...Ibu dapat rasakan bagaimana takutnya sayang menghadapi saat-saat itu. Ibu Berjanji tidak akan berulang lagi kejadian sebegini...

Alhamdulillah , kerana Allah masih sayangkan Ibu dan Ayah.. Masih sayangkan Alia... kerana itu Alia berada dalam keadaan baik dan masih dengan kami saat ini lagi... Ibu tidak mahu kehilangan sayang... kerana sayang anak-anak ibu yang paling baik... kerana sayang begitu berharga buat diri ini.. Air mata yang mengalir tidak mampu meluahkan kerisauan dan sesalan kami.....

Semoga kejadian ini tidak berulang lagi.. Maafkan kami sayang..........