Khamis, 2 Jun 2011

Cerpen : Bidadari (Part 2)

jeng-jeng..sambungan cerpen part 2..Layan ye korang..>>>>>>

Hariz melangkah laju menuju ke rumah Ajed. Niatnya cuma satu, nak minta maaf mengenai kejadian hari itu. Lagipun ada berita terbaru dia ingin ceritakan kepada Ajed. Berita terkini dan tergempar. Mesti Ajed tak percaya. Hariz senyum seorang diri.
Diharunginya lecak-lecak air yang merata-rata di jalan raya. Sudah dua hari berturut-turut hujan turun tidak berhenti-henti. Air longkang pun dah penuh. Jalan tanah merah pun dah berlumpur dan berlecak. Nasib baik hari ini cuaca cerah. Sekurang-kurangnya niatnya untuk berjumpa dengan Ajed tak tergendala lagi.
Langkahnya berhenti betul-betul di hadapan tangga rumah Ajed. Hatinya berbunga riang bila melihat Ajed sudah menunggunya di depan pintu. Macam tahu-tahu aje aku nak datang.
 “Apa senyum-senyum nie?. Tak reti bagi salam ke?!!,” jerkah Ajed sebelum sempat Hariz memberi salam.
“Assalamualaikum…puas hati?!.”
“Waalaikumsalam!..hah apasal cari aku?. Kalau kau nak ajak aku jadi mata-mata gelap lagi, awal-awal aku kata sorry!.” Hariz sengih. Rupanya Ajed masih marahkan dia lagi. Ini semua gara-gara aku. Mana tidaknya, kalau aku jadi dia, aku pun naik angin. Yelah dahlah berjam-jam terconggok di bawah rumah, macam kambing terbiar. Lepas itu
terpilih port yang banyak semut api, lagilah haru. Tapi bidadari yang ditunggu-tunggu tak muncul lagi. Aku pun hairan, macam tahu-tahu aje kita orang nak mengintai.
“Sorrylah Ajed, silap teknik hari tu.” Silap teknik konon. Kalau tahu hendak menghendap tu, carilah port yang best-best sikit. Bawa makanan ke, sekurang-kurangnya masa berjam-jam tu tak terbuang begitu saja. Bukan ke orang kata masa itu emas. Ini tidak! Dahlah cari port yang permaisuri semut duduk bertapa, perut pulak lapar giler. Ingat lepas tu, dia nak belanja tapi yang diberi cuma ubat gatal. Mana tak sakit hati. Ajed muncul panjang.
“Alah…takkan benda sekecil itu pun kau nak marah. Tak grungelah macam nie!.”
“Grunge kepala lutut kau!. Ingat badan tak sakit ke kena gigit semut api. Bintat-bintat lagi. Kau mana tahu, sebab port kau cantik! Satu semut pun tak singgah,” luah Ajed geram. Yelah tak adil.
“Habis tu, dah kau nak duduk dekat situ, aku nak buat macam mana?! Aku ajak parking kat tempat aku, kau tak nak. Konon nak lepak dulu. Lagipun manalah aku tahu dekat situ tempat lepak permaisuri semut. Okeylah  aku bersalah. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku balik dulu.” Akhirnya Hariz mengalah. Malas hendak bertekak lagi. Lebih baik dia cabut lari sebelum perbalahan yang terbesar terjadi. Lagipun dia kenal Ajed. Marahnya tak lama. Esok lusa okeylah balik. Biasalah perempuan! Nak bermanjalah tu konon.
“Apasal dah dua hari baru nak datang minta maaf?.” Hah! Kan aku dah kata . perempuan!. Senyum Hariz panjang bila Ajed mula bersuara. Langkahnya terhenti dan berpaling semula ke arah Ajed.
“Macam mana nak datang, asyik hujan jer dua tiga hari nie. Nak datang malam, menganggu pula orang tu nak pergi ke kelas. Entah kelas apa malam-malam buta, aku pun tak tahu. Dah tu siap berahsia lagi…”
“Haaa.. tu nak cari gaduh lagilah tu,” potong Ajed sebelum sempat Hariz menghabiskan kata-katanya. Hariz senyum sambil duduk di sebelah Ajed di atas tangga.
“Kau tahu tak?.”
“Tak tahu!,” jawab Ajed pantas dan serentak itu dia ketawa.
“Ish..budak nie. Orang tanya betul-betul, dia main-main.”
“Nak aku ajar cara buat soalan tak?!. Tahu tak, soalan kau tu, soalan bodoh lagi banggang!.” Hariz sengih malu.
“Emm…aku saja-saja je tu.”
“Ooo..ye ke? Aku tak tanya pun.” Dan serentak itu mereka ketawa.
“Semalam aku nampak bidadari tu lagi,” beritahu Hariz sebaik saja ketawa mereka reda.
“Penipu!!. Kau biar betul Riz. Kau ingat aku boleh termakan dengan kelentong kau untuk kali kedua. Ini yang nak gaduh nie..,” jerkah Ajed tak percaya dengan kata-kata Hariz.
“Aku dah agak dah, kau mesti tak percaya,” kata Hariz tenang seakan-akan sudah tahu reaksi Ajed dari awal-awal lagi.
“Orang bodoh saja yang percaya kata-kata kau untuk kali kedua.”
“Ooo..habis tu, emak aku pun bodohlah?.”
“Maksud kau?,” soal Ajed tak faham.”
“Kalau kau nak tahu, bidadari itu sememangnya wujud. Orang kampung ini juga. Kau pun kenal orang tu. Mula-mula aku pun tak percaya, tapi bila emak aku terangkan dan aku lihat sendiri dengan mata kepala aku, baru aku percaya,” terang Hariz satu persatu.
Ajed terdiam. Hendak percaya atau tidak. Kalaulah bidadari itu tak wujud, macam mana?. Tidak ke aku kena tipu hidup-hidup. Hariz nie mana boleh percaya. Pandai berlakon. Kali ini entah watak apa yang dilakonnya. Aku pun tak boleh nak agak.
“Kalau kau tak percaya, jom jumpa emak aku. Aku tak tipu,” akuai Hariz seolah-olah tahu yang Ajed masih tidak mempercayainya.
“Siapa bidadari itu?.” Akhirnya Ajed bersuara. Ada riak-riak percaya dari wajahnya walaupun tak seberapa.
“Atiqah,” pantas saja nama itu keluar dari mulut Hariz. Ajed diam. Matanya melirik ke wajah Hariz. Ada bunga-bunga ke riangan di wajah Hariz. Mungkin kerana Hariz sudah kenal siapa bidadari yang selama ini di igaunya dan mungkin juga Hariz sudah jatuh cinta pada bidadari itu. Atiqah..emm siapa Atiqah?.

Tiada ulasan: