Selasa, 21 Jun 2011

Cerpen : Bidadari 5

sambungan bidadari............layannnn...

Kahwin? Emm patut ke aku kahwin? Masalah besar juga nie. Aku dahlah tak pernah jumpa dengan lelaki itu. Kenal pun tidak, tiba-tiba nak kahwin. Nenek aku pun satu, pakai terima jer. Sekurang-kurangnya tanyalah pendapat aku dulu. Kalau lelaki tu handsome tak apelah jugak, tapi kalau di buatnya cacat ke, kudung ke, tempang ke, gile ke, tak ke menyesal aku seumur hidup. Silap aku juga, awal-awal dah bagi kuasa kat nenek aku untuk memilih bakal suami. Jadi, salah siapa?.
Kalau dah kahwin, terpaksalah aku hidup terkurung sikit. Tak bolehlah nak bebas macam sekarang. Nak pergi mana-mana pun, kena minta izin suami dulu. Cis… lecehlah.
     “ Kalau dah kahwin nanti, cu kena dengar cakap suami. Jangan lawan cakap dia. Taat segala peritahnya. Tapi ingat, jangan sampai dia cucuk hidung, jadikan kita macam kerbau. Kalau dia buat salah, kena tegur, jangan ikut cakap dia pulak,” nasihat nenek panjang lebar.
     “Apa nie nek? Sekejap suruh ikut cakap dia, lepas tu jangan ikut cakap dia pulak. Mana yang betul nie?,” soalku tak faham dengan cakap nenek yang berbelit-belit. Nenek geleng kepala sambil tersenyum.
     “ Ish.. apalah biol sangat budak nie. Ikut cakap dia, jika tak bertentangan dengan agama faham?.” Aku angguk kepala sambil tersengih malu.
     Lucu bila fikir balik perbualan aku dengan nenek malam semalam. Nenek siap bagi ceramah lagi, pasal kahwin nie, pasal jadi isteri orang. Entah, tiba-tiba aku rasa sedih. Sedih kerana mungkin ini sajalah masa-masa yang dapat aku nak bermesra dengan nenek. Kalau aku dah kahwin, takkan aku nak duduk bermesra dengan nenek aku lagi?. Suami aku nak letak kat mana?
     Dan satu-satunya yang menyebabkan aku rasa tak nak kahwin ialah kerana Hariz. Mungkin persahabatan kami tidak semesra dulu. Aku kena jaga tingkahlaku. Maklumlah dah jadi isteri orang. Nanti apa orang kata. Hariz sendiri macam mana? Adakah dia rasa sedih dengan perkahwinan aku nanti? Untuk apa dia bersedih? Lainlah kalau dia ada perasaan lain dengan aku. Habis tu aku? Huh pening kepala. Keluh Ajed panjang.

*    *    *    *
     Ajed menarik nafas panjang. Cuba mengawal debaran jantungnya yang kencang. Sesekali dia menjenguk ke luar jendela. Melemparkan pandangannya pada jalan masuk ke rumahnya dan sesekali dia melirik jam di dinding. Hatinya tidak menentu. Segala apa yang dilakukannya serba tak kena. Dia mengeluh panjang.
     Hari ini, adalah hari yang akan mencatatkan pertemuan pertamanya dengan tunangnya. Dan hari ini, akan terjawablah segala teka-teki dan persoalan yang bermain difikirannya selama ini.
     “Ish..janji pukul berapa? Dah lewat setengah jam nie. Macam ini ke nak jadi suami aku? Tak menepati masa langsung,” marah Ajed sambil mengertap giginya geram. Kalau tak nak datang, cakap tak nak datang. Tak payah aku berpeluh-peluh memakai baju kebaya nie. Naik rimas di buatnya. Maklumlah dah lama aku tak pakai baju-baju yang menampakkan ciri-ciri kewanitaan nie. Sesekali pakai, rasa macam kelakarlah pulak kalau tak kerana desakan nenek, mati hidup semula pun aku tak akan sentuh baju kebaya nie. Kalau baju kurung biasa tu kira okeylah juga, tapi ini baju kebaya. Entah baju siapa yang nenek pinjam aku pun tak tahu. Rungut Ajed sambil membelek-belek baju yang dipakainya.
     Ajed mengeluh kecil sambil menuju ke halaman rumah. Baru saja dia melangkah dua , tiga tapak menuruni tangga, kedengaran satu jeritan yang mampu membuat gegendang telinganya pecah.
     “Woi!!. Buang tabiat ke?. Tiba-tiba jadi perempuan nie?.” Ajed mencebik geram. Cis sampai dekat rumah orang bukan nak bagi salam, mengutuk lagi adalah.
     “Suka hati akulah. Yang kau sibuk sangat nie apasal? Kenapa? Selama ini aku bukan perempuan ke?,” soal Ajed  sambil menghayunkan langkahnya laju ke tempat duduk yang terletak tidak jauh dari halaman rumahnya. Hariz membontoti dari belakang.
     “Tak adalah. Cuma hari ini kau betul-betul nampak sifat kewanitaan dengan baju kebaya nie. Emm..cunlah beb!,” puji Hariz sambil tersenyum.
     “Ikhlas ke nie? Kalau nak bodek-bodek sorry!,” kini giliran Ajed pula tersenyum sambil melabuhkan punggungnya pada bangku kosong.
     “Haa..kau pergi mana? Seminggu tak nampak muka?.”
     “Apasal? Rindu ke?,” duga Hariz dalam nada berseloroh sambil merenung tepat ke wajah Ajed.
     “Rindu? Nak rindu kat kau?! Ish..Ish.. daripada aku rindu dekat kau tu lebih baik aku rindu dekat Mamak Maidin tu, kenyang perut aku tau,”
     “Alah, apa kurangnya aku? Kalau nak dibandingkan dengan Mamak Maidin tu, aku lagi macho apa..heee.handsome jangan nak katalah..takde orang dapat lawan aku.”
     “Pirah.. perasaan tahap maksimunlah tu. Taubatlah Riz, badan macam cicak kubing tu, ada hati nak kat aku,” bidas Ajed sambil ketawa panjang. Hariz diam sambil memandang tepat ke wajah Ajed. Direnungnya wajah Ajed dalam-dalam. Di bibirnya terukir senyuman.
     “Oii!..apasal pandang aku macam tu? Nanti aku lapor kat bidadari kau tu baru kau tahu!,” tegur Ajed bila menyedari dirinya direnung oleh Hariz. Serba salah di buatnya.
     “Alah, Atiqah tak kisah. Dia lagi suka..betul tak?.” Ajed kerut dahi sambil melarikan wajahnya dari mangsa renungan Hariz. Entah tiba-tiba hatinya tak keruan bila direnung oleh Hariz sebegitu.
     “Woi! sudahlah tu!. Nanti aku hempuk dengan bangku nie baru kau tahu!.” Hariz ketawa bila melihat wajah Ajed merah padam menahan malu.
     “Okey!..okeylah. aku tak pandang dekat kau lagi. Aku pandang nenek kau pulak ye. Eh! Nenek mana?,” soal Hariz.
     Ajed tiba-tiba tersedar. Sedar yang sebenarnya dia sedang menunggu ketibaan tunangnya. Dia bingkas bangun sambil meninjau-ninjau pada lorong jalan yang menuju ke rumahnya.
     “Woi! apasal tiba-tiba berdiri pulak? Aku cuma tanya nenek kau dekat mana. Bukannya suruh kau cari dia.”
     “Err..nenek ada kat dapurlah. Memasak,” jawab Ajed acuh tak acuh sambil pandangannya masih lagi pada jalan tanah merah yang basah.
     “Haa..yang kau asyik tengok jalan tu apasal? Nampak gelisah semacam jer,” soal Hariz hairan melihat sikap Ajed yang tiba-tiba gelisah tak menentu.
     “Ajed diam sejenak. Memandang tepat ke wajah Hariz. Kemudian pandangnya beralih ke jalan dan seketika ke wajah Hariz semula. Pelbagai soalan muncul di benak fikirannya. Tak akan Hariz? Getus hati kecil Ajed bagaikan tidak percaya.
     “Err..apasal kau datang sini?,” soal Ajed tanpa mengendahkan soalan Hariz. Yang penting dia hendak tahu , apakah benar yang difikirannya ketika ini. Apakah Hariz, lelaki yang yang sebentar tadi di tunggu-tunggu olehnya. Tapi! Tak mungkin Hariz!?. Tapi kalau benar? Ya Allah, aku bersyukur banyak-banyak kehadratMu.
     “Aii..tak akan, tak boleh nak datang rumah bakal isteri kot?.” Hariz sengih kambing. Ajed kaku. Matanya memandang tepat ke wajah Hariz, cuba mencari kepastian. Kepastian tentang apa yang baru diucapkan oleh Hariz sebentar tadi. Kepastian tentang cinta dan kasih sayang Hariz terhadapnya. Digosok matanya dua, tiga kali untuk memastikan lelaki yang berada di depannya kini adalah Hariz. Ajed mengukir senyuman.
     “Kenapa tak nak berterus-terang?.”
     “Berterus-terang? Untuk apa?.” Ajed mencebik sambil memalingkan wajahnya, membelakangi Hariz.
     “Buat-buat tak tahu pulak!.”
     “Memang tak tahu pun!,” akuai Hariz bersungguh-sungguh.
     “Jangan buat lawak Riz. Baik. Kenapa tak nak berterus-terang dengan aku tentang pinangan ini? Kenapa perlu merahsiakannya daripada aku?.”
     “Aku takut kau tolak nanti.”
     “Siapa kata aku akan tolak?,” nafi Ajed sambil tersenyum panjang.
     “Aku benar-benar menyayangi kau.”
     “Aku pun,” luah Ajed sambil menoleh ke belakang. Seketika dia tergaman. Bagaikan tidak percaya, tapi itulah hakikatnya. Kini dihadapannya bukan lagi Hariz tetapi Faiz.
     “Akulah tunang kau.” Ajed terkedu. Dia tidak mampu bersuara. Pengakuan Faiz bagaikan belati tajam yang menusuk halus ke sanubarinya. Luka lama bagaikan berdarah kembali.
     “Ajed tahniah. Tak sangka kau dah jadi tunangan orang. Emm.. Faiz tahniah…maafkan aku sebab jumpa tunang kau tanpa pengetahuan kau. Aku tak tahu kau dah bertunang. Apa-apapun aku doakan kau bahagia. Ajed aku balik dulu. Sampaikan salam aku pada nenek.” Ajed diam. Huluran tangan Hariz tidak dicapainya. Perlahan-lahan Hariz melangkah pergi meninggalkannya bersama Faiz. Hanya air mata yang mampu mengiringi pemergian Hariz. Segala impiannya sebentar tadi hancur musnah.

Tiada ulasan: