Isnin, 18 Oktober 2010

Aina Sukan - 2010


Gambar Aina Masa Sukan baru-baru ini. Walaupun aku masih dalam pantang , tetapi ku gagahkan jua pergi menyokokng aina , maklumlah permintaan aina yang beriya-iya suruh aku pergi. Nak tak nak , kena jugalah pergi..kalau tidak muncung yer panjang.
Terjerit-jerit jugaklah aku.. Hubby aku lagilah , ilang suara bersorak. Tak sia-sia jugak bersorak sebab Aina dapat no 1 untuk lari susun tin dan no 4 untuk lari masuk gelung. Cuma kami tak berapa puas hati dengan acara yang lari masuk gelang tuh , sebab masa larian pertama , aina dapat no 2 tetapi kerana ada masalah teknikal , cikgu-cikgu suruh lari sekali lagi..hah kau , dapat no 4 terus. Tapi takperlah ...hadiah yer beso gak heheh besen.
Hubby aku pun join gak acara ibu-bapa... hehe dapat no 1 , lari kembar siam... Hubby aku nie mmg suka bab sukan nie.. tahun lepas masuk jugak acara ibu bapa dapat no 1 jugak.. hehe aku jer yang tak berminat.. low profile lah katakan... :D
Sempat posing tuh sebelum acara bermula.
Tengok tuh , sempat lagi usik kawan-kawannya.
Hubby aku ujung sekali baju merah hehe... bersungguh-sungguh nampak...

Banyak lagi gambar tapi semuanya kat dalam kamera Hubby aku. Gambar ini aku ambil guna hp sony aku.....Apa-apapun kali ini sukan pra jais mmg tersusun... masa pun tak panjang.. kalau dulu, aduhai berjanggut tunggu... Syabas buat Sek. Pra Jais Kuala Selangor.

2 ulasan:

ita cutevirus berkata...

biasa la kak... anak sukan, mak & ayahnyer yg lebih... ahahahhaha...

asfiedaimpiana berkata...

salam, sis i need ur add pls to send da voucher... u 1 of my winner, pls send it via my mail ye..