Jumaat, 1 Oktober 2010

Aku Redha... Aku Pasrah...

1 Oktober 2010
Rumah Mak ...

Akhirnya aku disahkan gugur...jam 3 pagi tadi ... seketul daging keluar dengan darah di seluarku... aku jerit panggil hubby aku...dia mengucap panjang bila lihat aku dgn darah dan seketul daging di dalam bilik air....... Ya Allah , hanya Tuhan yang tahu betapa terkejut dan sedihnya aku...lagi-lagi bila ku lihat daging tersebut seperti telur ikan besar... Anak lelaki... Ya Allah aku telah kehilangan anak lelaki.... Atuk aku kata , kalau daging yang keluar tuh seperti telur ikan, tuh anak lelaki ...kalau bulat , tuh anak perempuan.... lagilah sedih aku... menangis aku bila melihat suamiku memasukkan daging tu ke dalam bekas...Inilah jawapan dari doa yang selalu ku ucapkan..kalau ianya mmg ditakdirkan untuk aku maka Kau selamatkan lah kandunganku ini tetapi jika ianya bukan untukku...aku redha...dan sememangnya aku redha....

24.september 2010 , aku bleeding... pergi ke hospital tanjung karang, doktor kata kantong ada tapi baby tak nampak...dr scan di kata aku baru mengandung 8 minggu..kalau ikutkan tarikh aku kira 2 bulan..tak sama mungkin sebab aku makan ubat perancang sebelum ini.....dr bagi aku mc 15 hari suruh rehat...dan 2 minggu lagi datang scan.. kalau ada ..adalah..kalau takde..takdelah... dan semenjak hari itu , darah dtg cam period...dan jam 3 pagi tadi..darah seketul cam telur ikan keluar.... sakit?? hmm tak sakit... cuma sebelum nie mmg aku sakit sikit2 kat ari2 dan pinggang... nak kata aku tak rehat?? semenjak Doktor bagi cuti tuh mmg aku rehat..rehat dr jalan2..rehat dr memasak... mmg rehat habislah... tapi tuhlah dah bukan hak aku... aku redha..pasrah....

Aku lihat ketulan daging itu , dibasuh bersih dengan sabun wangi , limau nipis dan dikunyitkan barulah dibungkus oleh bidan yang mak aku panggil.... bidan tuh kata baru dua bulan... dia kata lagi..tgk dr bentuk , anak lelaki... kalau tak aku dah dapat 2 pompuan , dua lelaki... sedihnya..sayu hatiku ini.... lebih2 teringat suami aku punya ayat subuh tadi... "tak dapat ayah , botak seorang lagi"... sayu hatiku dengar. Aku bagi anak2 aku lihat daging tuh..aku cakapkan nie baby yang dalam perut ibu...baby dah meninggal… Alia dan aina banyak tanya..Akim pun faham. .. suami aku bagitahu kat anak-anak aku… takper nanti ayah dan ibu buat lagi yer… tersenyum aku dengar ayat suami aku…Hmm.. dah ditakdirkan zuriat ini bukan untuk aku..aku pasrah dan redha…

Mungkin ini yang terbaik untuk aku…. Mungkin ini ujian Allah untuk aku…aku kena kuat..aku kena redha… kena terima dengan terbuka sesungguhnya ujian ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil aku… Mungkin akan ada kehadiran yang kedua buat pengubat sedihku…...

Kehadiranmu amat kami harapkan
walau seketika..
ibu amat menyayangimu..
semoga kita bertemu di syurga nanti....

1 ulasan:

ita cutevirus berkata...

kak,
sabar la kak...

tak tau dah nak cakap ape...