Ahad, 27 Disember 2009

Sesuatu yang tak ternilai....

Apabila ikhtiar sudah cukup
Yang usaha sudah habis
Yang mujur tak dapat diraih
Yang malang tak dapat ditolak
Yang nasib sudah bertentu
Yang takdir sudah tersurat
Yang suratan sudah berlaku
Yang daya sampai hadnya
Yang upaya sampai batasnya
Yang ikhtiar sampai pucuknya



Di situ iman diperteguhkan
Di situ dada dilapangkan
Di situ akal dipanjangkan
Di situ hati dipukalkan
Di situ diri direnungkan
Di situ berserah kepada Tuhan.


"Hasil Tulisan Pak Tenas Effenfy"

Aku belajar sesuatu yang baru... Sesuatu yang tak ternilai harganya.. Sesuatu yang memberi aku kekuatan dan kesabaran untuk meniti hari hingga ke hari ini.... Sesuatu yang tak dapat ku tuliskan dengan kata-kata kerana ianya sesuatu yang menyerap di dalam jiwa......

Tiada ulasan: