Isnin, 11 Julai 2011

Cerpen : Bidadari (Tamat...)

Akhirnya....Tamat Sudah...!!

     “Ajed,” sapa neneknya lembut dengan senyuman terukir di wajah.
     “Nek..” balas Ajed perlahan. Air matanya deras mengalir membasahi pipinya. Tak mampu di tahan kesedihan di hatinya lagi. Dipeluk neneknya erat.
     “Janganlah menangis. Tak baik pengantin menangis di hari perkahwinannya. Haa..kan dah comot mekap nie. Tak cantik dah cucu nenek nie,” pujuk neneknya sambil mengesat air mata di pipi Ajed. Kemudian di capainya mekap di atas meja solek. Perlahan-lahan dia membetulkan solekan yang tertinggal di wajah Ajed.
     “Nek..Ajed..Ajed..”
     “Maafkan nenek, Ajed. Nenek yang salah pilih untuk Ajed. Nenek yang memandai. Kalaulah nenek tahu, semua ini akan melukakan hati Ajed..nenek tak terima pinangan nie.”
     “Janganlah cakap macam tu. Nenek tak salah apa-apa. Nenek buat yang terbaik untuk Ajed. Cuma Ajed yang tak tahu menghargainya,” keluh Ajed lemah.
     Ini semua sudah suratan Tuhan. Mungkin sudah ditakdirkan aku akan berkahwin dengan Faiz dan aku perlu menerimanya dengan redha. Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Ajed cuba memujuk hatinya. Walaupun jauh di sudut hatinya penuh dengan penyesalan. Tapi semuanya sudah terlambat. Penyesalan itu tidak berguna lagi.
     Hari ini dia akan dimiliki. Dimiliki oleh insan yang satu masa dulu pernah di cinta dan di bencinya. Kalaulah aku tahu, kau mencintai aku dari awal lagi, pasti aku akan tolak pinangan ini. Semuanya sudah terlambat. Hariz maafkan aku.
     “Nek, jangan pergi mana-mana. Temankan Ajed di sini yer,” pinta Ajed sambil cuba mengukir senyuman. Ternyata senyumannya hambar. Neneknya mengangguk setuju sambil menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Ajed.
     “Apa yang berlaku ada hikmahnya. Cu kena sabar.” Ajed angguk faham. Dia tak mahu hampakan harapan neneknya. Biarlah hatinya terluka, asalkan harapan neneknya yang satu ini dapat di tunaikannya.
     “Dia dah datang,” bisik neneknya betul-betul di telinganya perlahan. Ajed menundukkan wajahnya ke lantai sambil menahan debaran. Jantung Ajed semakin rancak berdegup, membuat dirinya tak menentu. Lebih-lebih lagi bila dia terasa ada tangan kasar memegang dagunya. Di pejam matanya erat bila satu kucupan hangat di hadiahkan di dahinya. Kini dan di saat ini dia sudah menjadi milik orang. Milik Faiz yang sah. Serentak itu air matanya deras mengalir membasahi pipinya. Perlahan-lahan di ciumnya tangan lelaki yang kini bergelar suaminya.
     “Ajed.” Ajed tersentak. Dia kenal suara itu. Suara yang sudah sebati dalam hidupnya. Pantas dia mendongak pada lelaki yang berdiri di depannya.
     “Kaulah bidadari ku Ajed. Emm..bukan…Atiqah. Nurul Atiqah bte Asraf.”
     “Hariz?!.”

Tiada ulasan: