Isnin, 3 September 2012

Akhirnya ~ Open Kedai Raya Selesai~


Alhamdulillah..segala telah selesai dan berjalan lancar..walaupun mula-mula agak kelam kabut sebabnya sebelum kul 2 petang dah ada tetamu yang datang.... orang kampung mak.. dengan kawan suamiku..polis lagi tuh hehhe... nasib aaaa ada kak zie , kak raihan , kak ros pekerja kedai mak... yang banyak menolong... lauk pauk kebanyakkan kak ros yang buat dan di bantu yang lelain-lain... memang sedap ... dapat pujian ramai lagi tuh :D..

memang penat giler.. tapi sangat-sangat puas hati....kesian kat mak yang sampai skrg kaki kejang-kejang..penat ke hulu hilir... itupun mak ada hati nak buat lagi tahun depan Insya-Allah.. dan nak jemput sanak saudara mak ayah lak... harap-harap lah termakbul...

Antara menu yang dihidangkan adalah Laksa, Lontong , Rendang Ayam , Kuah Londeh , Kuah Kacang , Soto , Mee Kari , Nasi Putih , kuih muih , jeli kelapa , dan agar-agar…. Otak-otak , keropok lekor , Pau semuanya panas-panas lagi dari dapur…
Memang macam pisang goreng panas.. pantang letak..habisss…. seronok…

Adik-adik pun sama-sama tolong-menolong.. yang takde cuma adik yang kat kedah tuh jer…tuh aaa jauh… dapat dengar citer jer aa.. sabar yer dik hehhee…
Harap2 tahun depan boleh join sekali…amin… Paling ketara sibuknya adalah suami aku.. menjadi penyambut tetamu ….dari satu meja ke satu meja nak layan..mana taknya semua member dia hehehe…ialah orang glamour katakan.. sapa tak kenal encik aziz ( jangan marah yer suami ku)…. Itu pun suami aku kata , dia x jemput kawan SCS nya.. kalau tak mahu lagi ramai… tuh pun dlm kul 8.30 ada lagi kawan suami yang datang… makanan pun dah habis.. rezeki dia orang aa dapat makan sandwich sardin dengan air kotak soya jer.. nasib badan aaa…sapa suruh datang lambat kan hehehe….

Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang hadir, maaf di atas kekurangan di dalam majlis yang tak seberapa itu… hmm kalau nak makan otak-otak dan pau free lagi.. jemput datang ke majlis perkahwinan adik saya ..Insya-Allah dijadualkan dalam bulan 3 tahun depan… so sekarang nie saya dah sibuk dengan persiapan untuk majlis perkahwinan adik.. harap2 semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang….amin…

Gambar x dapat nak upload lagi.. maklumlah sibuk kan.. x sempat nak ambik gambar.. harap ihsan orang jer untuk bagi gambo...(mana atie gambonya..cepat2x..nak upload kat sini )….

Selamat Hari Raya .. Maaf zahir batin…

p/s : nak order otak-otak atau pau untuk majlis kenduri kawin..atau catering.. bleh aa contact saya :D…

Rabu, 29 Ogos 2012

Jemputan Hari Raya

Assalamualaikum....Pengumuman - pengumuman ..hmmmm 
Dengan sukacitanya dan besarhatinya saya dan keluarga menjemput tuan / puan , kekawan-kekawan semua ke Kedai ROZ Daun Nipah bersempena dengan Kedai Terbuka  Hari Raya pada tarikh seperti di bawah :-
Tarikh : 1 September 2012 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang – 8.00 Malam
Alamat :  Lot 822-b , Jalan Bestari Jaya,
Batu 4 ½ , Kampung Kuantan
45600 Kuala Selangor

Diharap dengan kehadiran tuan/puan menyerikan lagi majlis kami nie....Jemput datang yer...





Ahad, 26 Ogos 2012

Raya sakan....

Perghhhh lama x update blog aku nie....bersawang rasanya....sebenarnya banyak yang hendak di share kan dengan korang semua...tapi masa terlalu mencemburui aku....tuh yang memanjang x sempat jer.....lagi2x melayan kerenah ARiz yang dah genap 7 bln masa raya aritu....dan orang seronok2x raya....Ariz lak deman....aduhaiiii ujian betul.....3 ari gak Ariz deman....upa2xnya dia belajo nak merangkak...alhamdulillah.............

Tahun nie,giliran raya kat pahang....belah encik suami....:-) .. Ari sabtu pagi kita org bertolak balik....dan seperti yg dijangka...jln jem...namun kami boleh bersabar lg...yelah bulan posa kan.... Raya kedua kita org gerak beraya ke melaka...kat umah nenek di jasin.... Kalau nak tahu, suami aku nie dulu,  nenek dia yang jaga..tuh yg bila raya,  mesti nak kena gie sana... Tido sana...sebab suami aku cakap..masa dia ada nie lah kita nak jenguk dia..nek jah nie umurnya dah 80 lebih...tapi masih sihat lg...dan hobinya memancing....

Raya ketiga baru balik ke kuala selangor.....baru dpt jumpa mak gan ayah..tuh pun x best sebab adik2x yg dah kawin xde...dah balik umah mak mertua masing2x....x besh aaa..x bleh perang mulut gan dia org..terutama adik pompuan aku tuh.....tuhlah sorang adik pompuan..dialah kawan..dialah musuh hehehe....


Selasa, 14 Ogos 2012

Tavac berbuka puasa di melaka

Ini adalah gambar-gambar yang diambil masa konvoi berbuka puasa di melaka baru-baru ini... Seronok? mesti lah seronok .. terutama kat en suami... :D... Layan Gambar-gambar di bawah nie.. nak citer lebih x de idea....hehhee

Ini dia Tuan Punya Kete Avanza ... Selalunya kete yang bergambar
Kali ini Tuan Punya Kete kemaruk nak bergambar
di samping kete-kete Avanza mereka...layannn


Sapa yang paling macho nie?? tentu2 my Hubby hehhe
jangan marah yer

Jeng-jeng dapat jumpa dengan Dato' Siti Nurhaliza.. Jangan Jeles yer korang hehe.. Gambar diambil di dalam surau setelah aku dengan anak-anak habis solat asar... Alia orang yang pertama sedar akan kehadiran Dato' CT nie.. hehe dan dia lah yang beriya-iya nak ambik gambar dengan Dato' CT.. Sori yer Dato... mengganggu masa Dato..:D

Alia paling suka dapat bergambar dengan Dato' CT..
Cantik ..manis.. orangnya... 

 Riuh Sekampung bila dapat tahu Dato' CT ada kat dalam Surau.. Semua pakat nak ambil gambar sorang-sorang dengan Dato'... tapi Dato x dapat nak tunaikan sebab beliau kena bergegas ke tempat lain.. so jalan mudahnya..ambil gambar ramai-ramai...hehehe 

Antara Isteri-Isteri Ahli TAVAC yang ada... yang lain tak dapat
nak ambil gambar reramai..sebab Dato CT nak cepat... 


Nie setelah acara berbuka puasa selesai.. sebelum acara tamat
ada ucapan penutup dari timbalan TAVAC...


 TAMAT ... :D

Khamis, 26 Julai 2012

Selamat menyambut Ramadhan. ...

Pejam celik..pejam celik..dah 7 hari kita puasa....tapi masih tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa pada semua blogger..kekawan..dan kaum ibu yang masih setia BF...syabas untuk ibu-ibu....sebab cabaran besar nak BF di bulan puasa nie...antara nak atau tidak..nak seribu daya..tak nak seribu dalih.....:-)

Isnin, 16 Julai 2012

Fasa ke 3 Hariz BF


Alhamdulillah , 16 Julai 2012 arituh genaplah Hariz 6 bulan.. bermakna aku dah berjaya ke fasa 3 menyusukan Hariz sepenuhnya.. Alhamdulillah Ya Allah ...syukur sangat-sangat... So sekarang akan masuklah ke fasa 4 iaitu dari 6 bulan ke 12 bulan (setahun)....dan harapan aku semoga aku mampu BF untuk Ariz sepenuhnya..amin...




Start 6 bulan arituh gak lah , Ariz aku dah bagi makan... heheh seronok kan ..aku buatkan puri lobak untuk dia... buat banyak-banyak stok untuk seminggu.... Alhamdulillah semalam tanya pengasuh , dia kata laju jer Ariz makan... tak tahulah cam mana pulak arini.. harap2nya dia jenis x memilih dan x jemu..kalau jemu..abisss lah ibu parah nak kena buat macam-macam menu lak :D..

puri lobak untuk di frozenkan..




Ahad, 15 Julai 2012

Rindu ~ part 2

Tengah mengamuk..nakkan ayah...
Sedih..nangis..Rindu Ayah

Malam tadi , Akim mengamuk sakan... RINDU AYAH katanya.... kesian anak ibu....

"Ibu..ayah mana?..Kete dua-dua ada kat luar " (walhal kete nie mmg dah lama kat situ)
"Ayah gie keje.."
"Asyik-asyik dengan ibu je..ayah xde pun...Akim nak ayah...Akim Rindu Ayah...waurghhhh"
"Kakak ..telefon ayah " (penyelesaian aku yg paling mudah)..

Lepak dalam 5 minit selepas telefon ayah..
"Esok pak andak tak yah ambil akim..."
"kenapa?.."
"Ayah ambil akim esok kat sekolah..."
"Aiii.. sapa cakap??.."
"Ayah cakap tadi..."
"biar betul...ayah balik selasa... akim balik dengan pak andak atau cik nani dulu yer.."
"tak nak..ayah kata ayah ambik..ibu tipu...wuarghhhh" (Aduhai..terus telefon suami balik)

Mula-mula akim x nak cakap dengan ayahnya... lepas kena paksa rela dengan aku baru dia nak cakap dengan ayah..sambil tuh tersedu sedan menangis... kesian anak ibu.... rindu sangat lah tuh... lepas letak telefon..dia membebel sorang sambil air mata kuar lagi...

" 1,2 ,3 ,4,5,6,7,8,9,10..dah sampai 10 pun ayah x balik2 lagi... ayah x nak kawan dengan akim dah..wuarghhhh" (Aduhai..x habis2 lagi )
"meh dekat ibu... sabar yer...lagi 2 hari jer..ayah dah balik dah.."
aku tarik badan dia.. letak kat peha aku... (dodoi macam tidokan ariz)..akhirnya terlelap dia... Haiii kuat betul aura ayah kat dia.. memang sayang giler dengan ayahnya...patutlah pun ayah dia asyik tanya dia.... cam mana dengan Hariz lak yer??... :D