Khamis, 28 April 2011

Jadual Hujung Minggu ini…..


Jadual Hujung Minggu ini :-


Sabtu (30.4.2011) : Aina ada sukan lawan peringkat Pra Jais di Rawang. Jam 5.30 dah kena gerak.. Alamatnya lah kena bangun awal lagi..Tapi takper..demi Aina.. Ibu , Ayah, Alia dan Akim akan bangun seawal boleh!.. Chaiyok Aina.. Usaha Sehingga Berjaya. :D


Ahad (1.5.2011) : Bawa mak, ayah dan adik-adik ke Nilai. Adik aku yang no 4 nak kahwin..so mak aku nak beli kain langsir.. dan adik aku nak cari bahan untuk hantaran dan cenderahati kawin. Aku??? Kena temankan dia org merangkap driverlah..(opsss...suami aku ler drivernya..aku assistant jer).



Isnin (2.5.2011) : Nak kemas bilik di kedai mak aku. Kita orang cadang nak jadikan bilik kedai tuh port untuk akim melepak kerana selepas 16.5 nie nanti , pak utih yang menjaganya dah kena pergi Khidmat Negara di Kuala Kangsar..so Akim dah tak boleh di hantar ke rumah mak.. kena hantar di kedai ayam.. ishkk mesti akim tak nak kan.. untuk itu , aku dah suami aku bersepakat nak jadikan salah satu bilik kat situ untuk bilik akim the cosmos.. tak tahulah hasilnya cam mana nanti… ishkk penuh jadual minggu nie.. letihnya…



p/s :  Happy Birthday Atie aka Mak Uda... pada 15.4.2011... Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan selamat menempuh hari-hari sebelum bergelah isteri orang .. jangan degil-degil..jangan cepat sangat nak merajuk yer mak uda.. hehehehe...

Tiada ulasan: