Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu
Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti
Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padamu
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku
Jangan permainkan cintaku"
Buat "Adik-Adik aku..."
Hargailah Cinta yang hadir dalam diri kita... Jangan nanti menyesal, bila cinta itu lari meninggalkan kita jauh. Time tue, terhengeh-hengeh lah kau berlari..belum tentu berjaya nak dapatkannya...
Selalunya manusia macam tuelah.. selalu lupa diri... bila dah dapat terus lupa diri.. patutnya bila dah dapatlah kena jaga cinta tue bersungguh-sungguh, bukan apa takut nanti di kebas orang.
Jangan taksub sangat dengan cinta... tak semestinya cinta yang kita semai akan berakhir ke jinjang pelamin.... Kena ingat , Penentu segalanya adalah Allah, kita cuma berusaha... Kita kena berani..Berani kerana benar..... Tolak ansur penting sangat.. oleh itu "adik-adik" ku.... jangan ingat cinta ini main-main... sebenarnya cinta ini ibarat api.. kalau tersalah gaya mahu mati terbakar... dan yang paling penting.. tiada paksaan dalam bercinta...jika rasa tidak serasi walaupun dah berusaha bersungguh-sungguh..lepaskanlah dia... itu sahaja... kerana dia bukan untuk kita dan tentunya ada insan yang lebih baik sedang menunggu kita... Jangan cari cinta...tapi cari kebahagiaan hidup masa depan...cinta akan datang dengan sendirinya... tetapi kebahagiaan itu yang kita kena cari.........
Ok "adik-adikku" Semoga berjaya dalam pencarian kebahagiaan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan