Rabu, 9 Disember 2009

Aina

Nama : Nur Aina Syazana bte Abdul Aziz
Umur : 4 Tahun
Panggilan Manja : Aina / Aina Comel
Sekolah : Sekolah Pra Jais K.Selangor
Hobi/Minat : Tengok TV hmmm tak nampak lagi minatnya

Ini anak aku yang nombor dua. Terkenal di sekolah dengan panggilan Aina Comel... aku pun heran mcm mana cikgu dia boleh gelarkan dia aina comel...rupa-rupanya dia yang suruh cikgunya tulis nama dia aina comel.. habis semua barang-barang sekolah dia termasuk buku rekod persekolahan pun letak nama aina comel..aduhai anak aku nie...sabo jerlah..

Aina nie berbeza dengan kakaknya... dia kasar orangnya , macam lelaki perwatakkannya tapi mudah mengalah .... peneman anyahnya ketika memandu sebab dia jarang tido, tak macam kakaknya baru jer masuk dah zzzzzzzz.
Tahun depan kami dah plan nak sekolahkan dia kat sekolah jais tu semula... lagipun kat sekolah jais tuh banyak bab-bab agama dia dapat belajo... dah pandai pun baca surah , doa... banyaklah...syukur Alhamdulillah walaupun keras tapi jiwanya tetap lembut gak..hehehe
Bercita-cita nak jadi Polis... haiii mmg ada gaya pun... maklumlah ayahnya kan askar ... manja dengan ayahnya nie..
Aku doakan semoga aina berjaya didalam apa yang dicita-citanya dan yang paling penting menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat amin.

Tiada ulasan: