Ahad, 27 Disember 2009

Sesuatu yang tak ternilai....

Apabila ikhtiar sudah cukup
Yang usaha sudah habis
Yang mujur tak dapat diraih
Yang malang tak dapat ditolak
Yang nasib sudah bertentu
Yang takdir sudah tersurat
Yang suratan sudah berlaku
Yang daya sampai hadnya
Yang upaya sampai batasnya
Yang ikhtiar sampai pucuknya



Di situ iman diperteguhkan
Di situ dada dilapangkan
Di situ akal dipanjangkan
Di situ hati dipukalkan
Di situ diri direnungkan
Di situ berserah kepada Tuhan.


"Hasil Tulisan Pak Tenas Effenfy"

Aku belajar sesuatu yang baru... Sesuatu yang tak ternilai harganya.. Sesuatu yang memberi aku kekuatan dan kesabaran untuk meniti hari hingga ke hari ini.... Sesuatu yang tak dapat ku tuliskan dengan kata-kata kerana ianya sesuatu yang menyerap di dalam jiwa......

Isnin, 14 Disember 2009

'SWEET TREAT' Giveaway..by Nasuha

Teruja aku bila melihat giveaway yang dik Nasuha nak bagi nie ... Uishhh terasa tangan nie tak sabar-sabar nak mendeko...walaupun ku tahu bukan senang dah mudah nak buat..lagi-lagi ianya melibatkan idea..idea...payah tuh... walaupun aku memang peminat seni...tapi aku bab-bab idea nie lambat sikit..maklumlah dah tua-tua baru timbul niatnya .. :)

Apa-apapun mmg cantik hasil tangannya..very creative...Hopefully akak dapat ye dik giveaway nie..hehehe...

kalau dapat..kalaulah dapat... seronok tak terkata..dah plan nak buat untuk anniversary aku yang ke 7 tahun... mudahan-mudahan... sesiapa yang nak join ...bleh... cepat-cepat ke blog nasuha di http://nasuha-chua.blogspot.com/ banyak idea yang dikongsi untuk kita-kita yang minat seni tangan nie... Peace...
Ini hasil kerja dan rekaan dik nasuha yang paling aku suka.. kalau ikutkan semuanya aku suka..hehee.. tapi yang ini very simple dan terus nampak maksud yang ingin diluahkan .... 5 bintang..:)).
Anak aku yang aku lihat berpontesi dalam seni nie ialah Alia... dia memang minat bab-bab nak buat kad nie.. habis semua kertas kaler kat umah aku tuh dia ambil nak buat kad.... boleh tahan ..yelah untuk umur 6 tahun mcm dia tuh hehehe....




Rabu, 9 Disember 2009

Akim


Nama : Muhammad Nizam Hakimi
Umur : 2 Tahun
Panggilan Manja : Akim / Botak
Sekolah : Belum Sekolah yer...

Ini anak aku yang ke tiga... alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku hero seorang..buat peneman ayahnya.... Banyak dugaan yang aku dan suami tempuhi masa nak membesarkannya...dia selalu aje sakit ..deman panas..selsema, batuk .... dah banyak klinik kite org pergi dah sampai ke hospital juga , tapi tak sembuh-sembuh..penyakitnya elok sekejap dan kemudian sakit balik. Mak mertua aku cakap aku tak serasi jaga anak lelaki... mungkin kot...tuh yg aku bagi anak aku kat mak aku (bagi dalam erti kata cakap jer tuh anak mak aku..bukan bagi terus tauuuu)... alhamdulillah serasi... dia sihat semenjak tuh...jarang sakit...tapi suami aku mula perasan bila rambut dia panjang mesti dia deman ker batuk ker ... so semenjak itu seminggu sekali rambut dia kena dibotakkan...dah jadi cam upin dan ipin lagaknya hehhee... tuhlah hero aku yang seorang....
Perangai baru yang aku tengok kat anak aku nie...yelah kuat merajuk..adusssss tak macho betul aaa...lelaki merajuk-rajuk nie... tapi suami aku lagi kuat menyakat dia... gelihati tgk perangai dia tuh... Anak aku nie peminat citer Ultraman..dulu peminat setia upin dan ipin tapi sekarang nie..upin dan ipin pun dah kalah..risau aku...Namun aku akan pastikan upin dan ipin tetap di hati nya...tengoklah nanti hehehe..
Cita-cita hero aku nie... hmm takde lagi kot...tapi kakak-kakaknya nak dia jadi bomba...suka-suka hati dia org jer....Walauapapun, aku tetap mendoakan kejayaan anak-anak aku nie... semoga semuanya akan menjadi orang yang berjaya , berguna didunia dan di akhirat. Buat hero no dua aku nie (selepas ayahnya...of Course lah.. Hubby hero di hatiku)..ibumu tetap mendoakan mu menjadi anak yang solehah...amin...

Aina

Nama : Nur Aina Syazana bte Abdul Aziz
Umur : 4 Tahun
Panggilan Manja : Aina / Aina Comel
Sekolah : Sekolah Pra Jais K.Selangor
Hobi/Minat : Tengok TV hmmm tak nampak lagi minatnya

Ini anak aku yang nombor dua. Terkenal di sekolah dengan panggilan Aina Comel... aku pun heran mcm mana cikgu dia boleh gelarkan dia aina comel...rupa-rupanya dia yang suruh cikgunya tulis nama dia aina comel.. habis semua barang-barang sekolah dia termasuk buku rekod persekolahan pun letak nama aina comel..aduhai anak aku nie...sabo jerlah..

Aina nie berbeza dengan kakaknya... dia kasar orangnya , macam lelaki perwatakkannya tapi mudah mengalah .... peneman anyahnya ketika memandu sebab dia jarang tido, tak macam kakaknya baru jer masuk dah zzzzzzzz.
Tahun depan kami dah plan nak sekolahkan dia kat sekolah jais tu semula... lagipun kat sekolah jais tuh banyak bab-bab agama dia dapat belajo... dah pandai pun baca surah , doa... banyaklah...syukur Alhamdulillah walaupun keras tapi jiwanya tetap lembut gak..hehehe
Bercita-cita nak jadi Polis... haiii mmg ada gaya pun... maklumlah ayahnya kan askar ... manja dengan ayahnya nie..
Aku doakan semoga aina berjaya didalam apa yang dicita-citanya dan yang paling penting menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat amin.

Alia

Nama : Nur Alia Farhana Bte Abdul Aziz
Umur : 6 Tahun
Panggilan Manja : Alia / Kakak
Sekolah : Sekolah Pra Jais K.Selangor
Hobi / Minat : Tengok TV, Make-Up , Baca Buku

Ini anak aku yang sulung. Gemar sangat berhias , berposing dan ber make-up. Tak tahulah ikut siapa..sebab aku tak suka ber make-up nie.. bukan apa rimas... cuma bila dah ke angka 30 nie barulah sibuk nak ber make-up tuh pun bubuh bedak jer dgn lipstik yelah nak tutupkan garis-garis kedutan ini hehehhe ....

Anak aku nie kuat merajuk... Dah tuh asyik dengki dengan adik-adiknya.. tak boleh adik lebih dari dia... susah betul nak mengajar dia... haiii nasib.... tahun depan dah nak masuk sekolah rendah. Aku hantar dia kat sekolah intergrasi jais ... biar dia belajo bab agama ...bukan jer dunia... maklumlah lah dunia sekarang nie macam-macam dugaannya...

18.12.2009 nie besdaynya , dia dah mintak belikan kucing dan masakkan masak lemak siput sedut.... Bab kucing tuh aku terkejut gak dia mintak..apasal kucing??..walhal kat umah mmg takde bela kucing pun... tuhlah pengaruh tv kuat sangat ..nie gara-gara tengok citer Geng Bas Sekolah lah nie...sabo jerlah...

Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Doktor Alia.. hmmm Doa aku , semoga anakku ini akan berjaya dalam mencapai apa yang dicita. Menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya didalam hidup di dunia mahupun di akhirat...Amin.