Khamis, 29 Disember 2011

Teluk Batik Lagi tapi dengan Family

Tarikh : 25 - 26 Disember 2011
Lokasi : Teluk Batik & Homestay Silaratulrahim

Bukan senang nak ajak ayah aku gie bercuti macam nie...walaupun planning 2 minggu sebelum..Hubby aku dah siap booking  Homestay silaratulrahim kat area teluk batik masa kita org gie konvoi teluk batik dengan TAVAC tempoh hari.... Homestay tuh cantik...3 bilik tidur dan dua bilik air... sayang tak bleh nak upload gambar kat sini sebab dalam kamera adik-adik aku.... harga dia murah rm200 aje... mmg berbaloi lah..
Aku dah rancang dengan adik2 aku yang lain, kalau ayah gan mak tak gie..kita tetap pergilah bawak adik2 yang lain.. kesian kat adik2 sebab sekolah nak bukak dah tapi berjalan pun tidak.... dan harapan ayah nak ikut mmg 0% masa tuh... walaupun aku dah bagi ktuhbah panjang berjela... Tapi tak sangka di saat-saat akhir baru ayah aku setuju.. tuh pun pagi masa aku tgh siap2kan makanan untuk bekal kat sana... Mak aku cakap sebab adik aku yg bongsu tak ajak ... dia kesian tuh yg dia ikut gak hehehhee..sabo jerlah...
Ini bergambar masa kita org tiba kat teluk batik petang tuh...Kita org sampai dlm kul 2.30. Adik aku yg baru kahwin dah memang ada kat sini dari semalam...Semua adik beradik aku ada kecuali Erol (nie sibuk dgn bisnes otak-otak & ayam mmg x leh nak ikut) dan Epol ( yang kat kedah.. tak dapat cuti..almaklumkan askar)....so yg lain semua ada....
nie adik lelaki aku no3.. dengan anak & isterinya..
Nielah umairaq dah 5 bulan dah.. kejap jer
Nie mak gan ayah aku dan adik bongsu aku izam...

ini hubby aku... Sayang dia.. serius jer kan...
Ini anak-anak aku.. mandi aje kejenya...
Malam tuh , kita org gie ke Lumut jalan-jalan dan singgah ke kedai hasil laut jamilah beli ole-ole. Balik dari situ hubby aku belanja makan kat Vucada restoren... ishhhh x baguslah kat sini... bayangkan 3 jam kita org menunggu untuk makan jer.... mana taknya dialah tukang masak..dialah tukang kira..dialah ambik order...sabo-sabo... tapi ayah aku tak sabo..1 jam pertama dia dah ajak balik..so dia balik gan adik lelaki aku..lgpun umairaq nak tido dah...

umairaq dah bising nak tido
adik-adik aku..no 6,7&8...tgh lapo nie..
lagi2 izam yg pakai baju biru tuh..
Nie adik aku yang baru kawin tuh...
Pagi-pagi dalam kul 9.30 suami aku bawak anak-anaknya gie theme park kat marina cove resort tuh... xpuas mandi semalam..sebenarnya hubby aku pun sama.. nak mandi... aku??? tgk jelah.. mana bleh mandi... hubby aku kata nanti takut baby kuar dalam air..sabo jerlah...adik-adik aku bawak sekali..tapi sorang pun x nak mandi... ishhh cam anak dara lak.. pemalu..tuh yang akim ikut tuh hehhee...akim mandi tepi2 jer... nie dia orang mandi kat air masin.... 
bergaya je lebih..mandi takut

X puas hati...duk tepi ejek kakak2 dia jer...

Aina ..ishhh nie mmg hantu air
kuat alia pegang ayah dia..








Rabu, 28 Disember 2011

Hari Keluarga TAVAC di Teluk Batik

Tarikh : 17-18.12.2011
Lokasi : Teluk Batik & Marina Cove Resort

Akhirnya hari-hari yang dirancang telah tiba..Hari Keluarga TAVAC 2011 ke Teluk Batik. Seronok?? Memanglah seronok terutama Hubby aku ler dan anak-anak aku... ....

Ada lebih kurang 60 buah kete yang join Hari keluarga nie.... memang enjoy lah... tapi bagi aku yang pemalu nie hehehe....kira kureng lah skit...nak buek cam mano..dan memang aku nie pemalu dan penyegan.... 



Hubby aku paling seronok dan orang yang paling sibuk.....salah seorang AJK... Jadi Marshall lak tuh... kita orang dalam kereta dengar dia coleteh jer lah....



Ini makanan pot luck untuk tengah hari... memang lapar giler masa nie... tgk tuh habis semua lauk.. aku sempat masak nasi putih , sambal sardin, ayam goreng , ikan pekasam goreng  dan sambal malas plus dengan sayur salad...nyum-nyum sedap...



Aina memang teruja giler ... teruja nak mandi kat theme park marina tuh...hujan-hujan pun dia x kisah.. nak gie gak..nasib hujan berhenti awal....bawa jugalah gie mandi-manda....Akim jer takut air... dia mandi tepi2 jer... takuttttt..ish cam mana niee hero ibu nie... 





Ini masa penutup kat kedai hasil laut jamilah... semua ahli-ahli TAVAC (Lelaki saja) bergambar...dan yang kat bawah tue, acara bersalam-salaman.... Mana tahu kalau ada tersalah kata ker.. so nie lah masa yer untuk  bermaaf-maafan...



Hingga berjumpa di lain konvoi lagi...dengar kata nak gie thailand dalam bulan 3... time tuh aku dah habis pantang... bleh lah ikut hehehhee....bahaya bagi hubby  gie sorang-sorang... hehehhee....

Khamis, 22 Disember 2011

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.....Bestttttt


Assalamualaikum....Korang semua tengok tak malam tadi yer Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang?..Aku pun tak ingat malam tadi telefilemnya..nasib baik Alia yang ingatkan.. Al maklumlah Alia kan peminat Randy Pangalila..Pelakon Utama telefilem nie... so malam tadi aku , Alia dan Aina duduk bertiga depan tv menengoknya... Hubby gie buat kereta..entah apa dia tambah kat keretanya aku pun x tahu.. yang aku tahu dia balik kul 9.30 .. dan kuar balik hantar pau dan balik semula rumah dalam kul 10.00.. Balik-balik jer dia ajak semua tidor..tapi sorang pun tak layan kecuali akim hehe..akhirnya kesian kat hubby dia terpaksa tidur dengan akim jer.. kita orang tengok sampai habis aaa... Bestt giler citernya... dah lama tak tengok cinta remaja cam nie..rasa cam muda balik lah hehehe... 

Tang last aku boleh menangis lak.. cissssssssssss jatuh maruah aku jap depan Alia dan Aina hehehe... apa-apapun memang best.. Alia asyik senyum-senyum jer... cite nie ada kelakar dan sedih..mmg mantaplah lakonan Randy Pangalila dengan Elfira Loy..dua-dua cantik..sama padan aa..


Alia dah mintak aku carikan lagu nie... hehhe best lagunya.. apa-apapun Terbaik!!

Untuk Mencintaimu (OST Biar Mimpi Sampai Ke Bintang)

Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
Segala upaya telah kulakukan untukmu
Apa yang harus aku tunjukkan
Untuk membuat kau menyayangiku 
Inilah aku yang memilih kau untukku
Kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu 
Tak akan menyerah dan takkan berhenti mencintaimu
Ku berjuang dalam hidup untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku setulus hatiku hanya untukmu
Wooo..kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu
Tak akan menyerah dan takkan berhenti mencintaimu
Ku berjuang dalam hidupku untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku setulus hatiku hanya untukmu
Seumur hidupku setulus hatiku uhhhh...

Rabu, 14 Disember 2011

Ujian Talasemia...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...


Lama aku dah tak update blog kesayanganku ini.. Almaklumlah busy dengan kerja-keja MS ISO nya.. ingat lepas tuh leh rehat-rehat sikit tapi banyak lak hal lain yang nak dilakukan.. tapi tak per... baik aku settlekan kerja-kerja aku sebelum aku bersalin... walaupun due aku lambat lagi iaitu 17 Januari 2011 ini.. tapi hati aku mengatakan samaada awal tahun atau dalam hujung bulan ini gak.. aku tak kisah lah bila-bila bersalinnya (walaupun dalam hati cepatlah..cepatlah)... 


Mengandung kali ini macam-macam ragamnya.. berulang alik ke klinik dah macam biasa jer... kurang darah HB  nya lah , kencing manis lah , kebas-kebas tangan lah..dan yang terbaru nie tekanan darah rendah.. pagi tadi kena gie ambik ujian talasemia pulak sebab HB aku masih kurang lagi... tapi aku belum disahkan talasemia yer.. baru ambil ujian darah... Dr nak check kalau2 aku ada talasemia... tapi masa aku mengandung yang sebelum nie pun, memang aku ada masalah HB rendah... tapi tak ler seteruk nie gayanya sampai kena dengar ceramah anemia dan ujian talasemia... apa2pun aku harap semoga semuanya baik-baik belaka.. Kalau boleh dan diizinkan Tuhan aku nak semoga kali ini aku bersalin normal juga... Amin..


Kat bawah ini aku copykan info berkenaan dengan Talasemia yang aku ambil dari blog kekawan untuk pengetahuan semua... 




apa itu talasemia?? (Info aku ambil dari blog Nurul Chumel Lovely Site)



Talasemia (bahasa InggerisThalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripadaparu-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.


  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.