Alhamdulillah..segala
telah selesai dan berjalan lancar..walaupun mula-mula agak kelam kabut sebabnya
sebelum kul 2 petang dah ada tetamu yang datang.... orang kampung mak.. dengan
kawan suamiku..polis lagi tuh hehhe... nasib aaaa ada kak zie , kak raihan ,
kak ros pekerja kedai mak... yang banyak menolong... lauk pauk kebanyakkan kak
ros yang buat dan di bantu yang lelain-lain... memang sedap ... dapat pujian
ramai lagi tuh :D..
memang
penat giler.. tapi sangat-sangat puas hati....kesian kat mak yang sampai skrg
kaki kejang-kejang..penat ke hulu hilir... itupun mak ada hati nak buat lagi
tahun depan Insya-Allah.. dan nak jemput sanak saudara mak ayah lak...
harap-harap lah termakbul...
Antara
menu yang dihidangkan adalah Laksa, Lontong , Rendang Ayam , Kuah Londeh , Kuah
Kacang , Soto , Mee Kari , Nasi Putih , kuih muih , jeli kelapa , dan agar-agar….
Otak-otak , keropok lekor , Pau semuanya panas-panas lagi dari dapur…
Memang
macam pisang goreng panas.. pantang letak..habisss…. seronok…
Adik-adik
pun sama-sama tolong-menolong.. yang takde cuma adik yang kat kedah tuh jer…tuh
aaa jauh… dapat dengar citer jer aa.. sabar yer dik hehhee…
Harap2
tahun depan boleh join sekali…amin… Paling ketara sibuknya adalah suami aku..
menjadi penyambut tetamu ….dari satu meja ke satu meja nak layan..mana taknya
semua member dia hehehe…ialah orang glamour katakan.. sapa tak kenal encik aziz
( jangan marah yer suami ku)…. Itu pun suami aku kata , dia x jemput kawan SCS
nya.. kalau tak mahu lagi ramai… tuh pun dlm kul 8.30 ada lagi kawan suami yang
datang… makanan pun dah habis.. rezeki dia orang aa dapat makan sandwich sardin
dengan air kotak soya jer.. nasib badan aaa…sapa suruh datang lambat kan hehehe….
Terima
kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang hadir, maaf di atas kekurangan di dalam
majlis yang tak seberapa itu… hmm kalau nak makan otak-otak dan pau free lagi..
jemput datang ke majlis perkahwinan adik saya ..Insya-Allah dijadualkan dalam
bulan 3 tahun depan… so sekarang nie saya dah sibuk dengan persiapan untuk
majlis perkahwinan adik.. harap2 semuanya berjalan lancar seperti yang
dirancang….amin…
Gambar
x dapat nak upload lagi.. maklumlah sibuk kan.. x sempat nak ambik gambar..
harap ihsan orang jer untuk bagi gambo...(mana atie gambonya..cepat2x..nak
upload kat sini )….
Selamat
Hari Raya .. Maaf zahir batin…
p/s
: nak order otak-otak atau pau untuk majlis kenduri kawin..atau catering.. bleh
aa contact saya :D…