Isnin, 27 Jun 2011

Jalan-jalan cari makan...Aiskrim Goreng + Highway LATAR

Ahad lepas , aku , suami dan anak-anak gi round-round di pantai remis Kuala Selangor...kita orang tak turun pun dari kereta...tengok gelagat orang ramai dari dalam kereta jer... sampai-sampai je ke pantai remis.. mata aku dah ternampak aiskrim goreng... tak pernah seumur hidup aku makan aiskrim goreng nie.. ramai lak yang beratur beli ..aku apa lagi merengek gak lak nak rasa... yelah apakah rasa aiskrim yang sejuk digoreng menjadi panas???? mungkin korang pernah makan kot.. tapi aku tak pernah makan dan tak pernah jumpa lagi , so jakun lah gamaknya... suami aku belikan perisa durian... tak sempat nak snap gambarnya sebabnya..betapa pantas aku dan anak-anak makan.. suami beli satu jer geram betul..aku mintak dua dia beli satu..alasannya semua tengah batuk.. ishhh sab0-sabo..so satu makan 5 orang termasuk suami aku..memang ada yang merungut lah.. tapi tak per yang sikit tuh bila dikongsi memang sedap nikmatnya hehe..harganya RM2.00 ... ada perisa keladi , vanilla , durian..dll..aku mintak keladi..anak aku mintak vanilla...yang suami aku beli perisa durian..mmg ikut perut dialah..sabar-sabar.. berapa kali kena sabar daaaaa.. hehehe


nie rupa aiskrim goreng tuh..gambar nie aku ambil dari  forum melayubaru..
sesiapa nak bukak bisnes aikrim goreng leh ke forum melayubaru  nie

Suami aku beli Kepak ayam madu.. beli jagung bakar.. kita orang makan kat Lebuhraya baru LATAR ... tuh pun mula asalnya suami aku nak makan kat penghujung highway tuh... kat templer park.. tapi anak-anak aku dah tak tahan lapar.. so kita orang makan kat hentian rehat LATAR... duk makan sambil tengok kereta yang lalu.. banyak jugak kereta masuk ke highway nie... so skrg nie perjalanan dah lebih cepat dan mudah dengan adanya highway LATAR nie... nak ke shah alam pun sekejap..nak ke KL pun sekejap.. orang KL nak turun ke K.Sel pun sekejap ... semua sekejap-sekejap lah hehehee...sekarang nie tengah tol free sehingga 31 ogos 2011 nie..so apalagi kalau boleh test lalu :D...

Selasa, 21 Jun 2011

Cerpen : Bidadari 5

sambungan bidadari............layannnn...

Kahwin? Emm patut ke aku kahwin? Masalah besar juga nie. Aku dahlah tak pernah jumpa dengan lelaki itu. Kenal pun tidak, tiba-tiba nak kahwin. Nenek aku pun satu, pakai terima jer. Sekurang-kurangnya tanyalah pendapat aku dulu. Kalau lelaki tu handsome tak apelah jugak, tapi kalau di buatnya cacat ke, kudung ke, tempang ke, gile ke, tak ke menyesal aku seumur hidup. Silap aku juga, awal-awal dah bagi kuasa kat nenek aku untuk memilih bakal suami. Jadi, salah siapa?.
Kalau dah kahwin, terpaksalah aku hidup terkurung sikit. Tak bolehlah nak bebas macam sekarang. Nak pergi mana-mana pun, kena minta izin suami dulu. Cis… lecehlah.
     “ Kalau dah kahwin nanti, cu kena dengar cakap suami. Jangan lawan cakap dia. Taat segala peritahnya. Tapi ingat, jangan sampai dia cucuk hidung, jadikan kita macam kerbau. Kalau dia buat salah, kena tegur, jangan ikut cakap dia pulak,” nasihat nenek panjang lebar.
     “Apa nie nek? Sekejap suruh ikut cakap dia, lepas tu jangan ikut cakap dia pulak. Mana yang betul nie?,” soalku tak faham dengan cakap nenek yang berbelit-belit. Nenek geleng kepala sambil tersenyum.
     “ Ish.. apalah biol sangat budak nie. Ikut cakap dia, jika tak bertentangan dengan agama faham?.” Aku angguk kepala sambil tersengih malu.
     Lucu bila fikir balik perbualan aku dengan nenek malam semalam. Nenek siap bagi ceramah lagi, pasal kahwin nie, pasal jadi isteri orang. Entah, tiba-tiba aku rasa sedih. Sedih kerana mungkin ini sajalah masa-masa yang dapat aku nak bermesra dengan nenek. Kalau aku dah kahwin, takkan aku nak duduk bermesra dengan nenek aku lagi?. Suami aku nak letak kat mana?
     Dan satu-satunya yang menyebabkan aku rasa tak nak kahwin ialah kerana Hariz. Mungkin persahabatan kami tidak semesra dulu. Aku kena jaga tingkahlaku. Maklumlah dah jadi isteri orang. Nanti apa orang kata. Hariz sendiri macam mana? Adakah dia rasa sedih dengan perkahwinan aku nanti? Untuk apa dia bersedih? Lainlah kalau dia ada perasaan lain dengan aku. Habis tu aku? Huh pening kepala. Keluh Ajed panjang.

*    *    *    *
     Ajed menarik nafas panjang. Cuba mengawal debaran jantungnya yang kencang. Sesekali dia menjenguk ke luar jendela. Melemparkan pandangannya pada jalan masuk ke rumahnya dan sesekali dia melirik jam di dinding. Hatinya tidak menentu. Segala apa yang dilakukannya serba tak kena. Dia mengeluh panjang.
     Hari ini, adalah hari yang akan mencatatkan pertemuan pertamanya dengan tunangnya. Dan hari ini, akan terjawablah segala teka-teki dan persoalan yang bermain difikirannya selama ini.
     “Ish..janji pukul berapa? Dah lewat setengah jam nie. Macam ini ke nak jadi suami aku? Tak menepati masa langsung,” marah Ajed sambil mengertap giginya geram. Kalau tak nak datang, cakap tak nak datang. Tak payah aku berpeluh-peluh memakai baju kebaya nie. Naik rimas di buatnya. Maklumlah dah lama aku tak pakai baju-baju yang menampakkan ciri-ciri kewanitaan nie. Sesekali pakai, rasa macam kelakarlah pulak kalau tak kerana desakan nenek, mati hidup semula pun aku tak akan sentuh baju kebaya nie. Kalau baju kurung biasa tu kira okeylah juga, tapi ini baju kebaya. Entah baju siapa yang nenek pinjam aku pun tak tahu. Rungut Ajed sambil membelek-belek baju yang dipakainya.
     Ajed mengeluh kecil sambil menuju ke halaman rumah. Baru saja dia melangkah dua , tiga tapak menuruni tangga, kedengaran satu jeritan yang mampu membuat gegendang telinganya pecah.
     “Woi!!. Buang tabiat ke?. Tiba-tiba jadi perempuan nie?.” Ajed mencebik geram. Cis sampai dekat rumah orang bukan nak bagi salam, mengutuk lagi adalah.
     “Suka hati akulah. Yang kau sibuk sangat nie apasal? Kenapa? Selama ini aku bukan perempuan ke?,” soal Ajed  sambil menghayunkan langkahnya laju ke tempat duduk yang terletak tidak jauh dari halaman rumahnya. Hariz membontoti dari belakang.
     “Tak adalah. Cuma hari ini kau betul-betul nampak sifat kewanitaan dengan baju kebaya nie. Emm..cunlah beb!,” puji Hariz sambil tersenyum.
     “Ikhlas ke nie? Kalau nak bodek-bodek sorry!,” kini giliran Ajed pula tersenyum sambil melabuhkan punggungnya pada bangku kosong.
     “Haa..kau pergi mana? Seminggu tak nampak muka?.”
     “Apasal? Rindu ke?,” duga Hariz dalam nada berseloroh sambil merenung tepat ke wajah Ajed.
     “Rindu? Nak rindu kat kau?! Ish..Ish.. daripada aku rindu dekat kau tu lebih baik aku rindu dekat Mamak Maidin tu, kenyang perut aku tau,”
     “Alah, apa kurangnya aku? Kalau nak dibandingkan dengan Mamak Maidin tu, aku lagi macho apa..heee.handsome jangan nak katalah..takde orang dapat lawan aku.”
     “Pirah.. perasaan tahap maksimunlah tu. Taubatlah Riz, badan macam cicak kubing tu, ada hati nak kat aku,” bidas Ajed sambil ketawa panjang. Hariz diam sambil memandang tepat ke wajah Ajed. Direnungnya wajah Ajed dalam-dalam. Di bibirnya terukir senyuman.
     “Oii!..apasal pandang aku macam tu? Nanti aku lapor kat bidadari kau tu baru kau tahu!,” tegur Ajed bila menyedari dirinya direnung oleh Hariz. Serba salah di buatnya.
     “Alah, Atiqah tak kisah. Dia lagi suka..betul tak?.” Ajed kerut dahi sambil melarikan wajahnya dari mangsa renungan Hariz. Entah tiba-tiba hatinya tak keruan bila direnung oleh Hariz sebegitu.
     “Woi! sudahlah tu!. Nanti aku hempuk dengan bangku nie baru kau tahu!.” Hariz ketawa bila melihat wajah Ajed merah padam menahan malu.
     “Okey!..okeylah. aku tak pandang dekat kau lagi. Aku pandang nenek kau pulak ye. Eh! Nenek mana?,” soal Hariz.
     Ajed tiba-tiba tersedar. Sedar yang sebenarnya dia sedang menunggu ketibaan tunangnya. Dia bingkas bangun sambil meninjau-ninjau pada lorong jalan yang menuju ke rumahnya.
     “Woi! apasal tiba-tiba berdiri pulak? Aku cuma tanya nenek kau dekat mana. Bukannya suruh kau cari dia.”
     “Err..nenek ada kat dapurlah. Memasak,” jawab Ajed acuh tak acuh sambil pandangannya masih lagi pada jalan tanah merah yang basah.
     “Haa..yang kau asyik tengok jalan tu apasal? Nampak gelisah semacam jer,” soal Hariz hairan melihat sikap Ajed yang tiba-tiba gelisah tak menentu.
     “Ajed diam sejenak. Memandang tepat ke wajah Hariz. Kemudian pandangnya beralih ke jalan dan seketika ke wajah Hariz semula. Pelbagai soalan muncul di benak fikirannya. Tak akan Hariz? Getus hati kecil Ajed bagaikan tidak percaya.
     “Err..apasal kau datang sini?,” soal Ajed tanpa mengendahkan soalan Hariz. Yang penting dia hendak tahu , apakah benar yang difikirannya ketika ini. Apakah Hariz, lelaki yang yang sebentar tadi di tunggu-tunggu olehnya. Tapi! Tak mungkin Hariz!?. Tapi kalau benar? Ya Allah, aku bersyukur banyak-banyak kehadratMu.
     “Aii..tak akan, tak boleh nak datang rumah bakal isteri kot?.” Hariz sengih kambing. Ajed kaku. Matanya memandang tepat ke wajah Hariz, cuba mencari kepastian. Kepastian tentang apa yang baru diucapkan oleh Hariz sebentar tadi. Kepastian tentang cinta dan kasih sayang Hariz terhadapnya. Digosok matanya dua, tiga kali untuk memastikan lelaki yang berada di depannya kini adalah Hariz. Ajed mengukir senyuman.
     “Kenapa tak nak berterus-terang?.”
     “Berterus-terang? Untuk apa?.” Ajed mencebik sambil memalingkan wajahnya, membelakangi Hariz.
     “Buat-buat tak tahu pulak!.”
     “Memang tak tahu pun!,” akuai Hariz bersungguh-sungguh.
     “Jangan buat lawak Riz. Baik. Kenapa tak nak berterus-terang dengan aku tentang pinangan ini? Kenapa perlu merahsiakannya daripada aku?.”
     “Aku takut kau tolak nanti.”
     “Siapa kata aku akan tolak?,” nafi Ajed sambil tersenyum panjang.
     “Aku benar-benar menyayangi kau.”
     “Aku pun,” luah Ajed sambil menoleh ke belakang. Seketika dia tergaman. Bagaikan tidak percaya, tapi itulah hakikatnya. Kini dihadapannya bukan lagi Hariz tetapi Faiz.
     “Akulah tunang kau.” Ajed terkedu. Dia tidak mampu bersuara. Pengakuan Faiz bagaikan belati tajam yang menusuk halus ke sanubarinya. Luka lama bagaikan berdarah kembali.
     “Ajed tahniah. Tak sangka kau dah jadi tunangan orang. Emm.. Faiz tahniah…maafkan aku sebab jumpa tunang kau tanpa pengetahuan kau. Aku tak tahu kau dah bertunang. Apa-apapun aku doakan kau bahagia. Ajed aku balik dulu. Sampaikan salam aku pada nenek.” Ajed diam. Huluran tangan Hariz tidak dicapainya. Perlahan-lahan Hariz melangkah pergi meninggalkannya bersama Faiz. Hanya air mata yang mampu mengiringi pemergian Hariz. Segala impiannya sebentar tadi hancur musnah.

Aku sedang bersedih sekarang nie........

Hatiku sedang bersedih sekarang nie... sedih yang amat sangat... sedih yang aku rasa macam nak menyorok kan jer kepala aku nie kat bawah meja nie.......... Aku rasa cam nak balik umah dan nangis sepuas-puasnya....


Aku rasa macam nak bakar jer semua yang ada disekeliling aku nie... tapi aku takut kena penjara
Aku rasa cam nak balik rumah jer .. tapi cuti aku dah berapa kerat je yang tinggal
Aku rasa cam nak nangis sepuas-puasnya .. tapi aku malu
Aku rasa cam nak jerit sekuat-kuatnya... tapi aku takut orang kata aku gila..
Macam-macam yang aku rasa...tapi yang pastinya aku tak boleh gerak ke mana-mana...
Huhhhhhhhhhhh stressnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa....Buat Ayahku...

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa , ayah , daddy atau papa... tak kisahlah korang panggil apa.. yang penting dia adalah seorang lelaki yang membesarkan kita dari kecil hingga dewasa....


Untuk ayahku..Selamat Hari Bapa..Terima kasih diatas segala jasa dan pengorbanan ayah yang tak jemu-jemu hingga aku dah berjaya ke peringkat ini akhirnya.. masih ingat lagi masa zaman aku kecik-kecik dulu... seronok..maklumlah anak sulong...semua nak.. aku dapat..tapi bila dah adik beradik bertambah so aku kena banyak mengalah lah.. ayah pun dah start pergi ke hutan.. masa tuh ayah kerja cari daun nipah nak supply kat orang kelantan yang datang untuk buat kraftangan dan juga daun rokok nipah... kalau diingatkan ada suka dan duka.... 


Dulu Ayah aku seorang yang garang.. aku takut nak cakap dengan ayah... hehe tapi sekarang ayah seorang yang kelakar.. aku sayang dengan ayah... Selamat Hari Ayah.. Ayah... :D

Selasa, 14 Jun 2011

Cerpen : Bidadari (Part 3&4)

sambungan bidadari...layannnnnnnnnn

Ajed duduk melunjurkan kakinya di serambi rumah. Pandangannya di halakan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang baru saja pulang dari sekolah mengaji. Tiba–tiba kerinduannya hadir. Rindu pada zaman persekolahan. Zaman di mana dia dimertabatkan sebagai ‘gadis mafia’ di sekolahnya.
‘Gadis mafia’. Dia rindu dengan nama itu. Nama yang mengubah pandangan  orang terhadap dirinya. Dari budak ingusan yang pendiam  berubah kepada gadis yang ganas dan garang. Semua ini kerana Faiz. Faiz yang membawanya ke dunia  Mafia.  Kerana Faiz, dia masuk persatuan silat gayung. Kerana Faiz, dia sanggup belajar tekwando. Kerana Faiz juga dia sanggup tinggalkan dunianya yang sebenar. Ini semua kerana dendamnya dengan Faiz.
Dendam yang merubah kehidupannya. Dendam yang menyiksa hatinya. Tapi itu dulu. Dah hampir lima tahun ianya berlalu. Dendam itu seolah–olah sudah terkubur bersama lukanya. Malas untuk diungkitkan lagi. Biarlah dia kini sendiri. Sekurang-kurangnya dia masih ada nenek, Arissa dan Hariz.
Hariz ? emm.. dari kecil lagi mereka sudah menjadi kawan rapat. Ke mana Ajed ada, di situlah Hariz berada. Mereka bagaikan adik beradik kembar yang sukar untuk di pisahkan. Sehinggalah Hariz melanjutkan  pelajaran ke salah sebuah  Universiti terkemuka di  Kuala Lumpur, mereka terpaksa berpisah. Dengan keputusan Ajed yang tak seberapa, dia terpaksa merempat di kampung. Lagipun keadaan keluarganya yang tak stabil, telah mematikan niatnya untuk belajar.
Dan kini, setelah lima tahun berlalu, Hariz telah kembali semula ke kampung. Kembali membawa segulung ijazah. Sebagai seorang sahabat, Ajed turut gembira dengan kejayaan Hariz. Walaupun jauh disudut hatinya, dia cemburu.
Hariz. Emm .. dia tetap seperti dulu. Tidak berubah. Aku ingat  jarak masa lima tahun, akan mengubah sikapnya tetapi sikapnya masih seperti dulu. Malah dia lebih kacak daripada dulu. Emm … mungkin ramai gadis minat padanya. Dia saja yang tak mengaku tapi  di hati tak siapa yang tahu. Lagi-lagi di Kuala Lumpur. Beratus-ratus gadis yang cantik jelita.Tak logiklah kalau tiada perempuan yang hendakkannya kecuali dia yang tak nak. Tapi mana ada lelaki yang tak nak perempuan cantik-cantik. Fikir Ajed sambil mengigit jari.
Atiqah. Emm… nampak gayanya. Hariz macam dah jatuh cinta pada bidadari itu. Betul ke Atiqah wujud ? atau saja-saja di reka oleh Hariz  untuk menipuku.Tapi untuk apa Hariz perlu menipu aku? Apa faedahnya. Ajed kerut seribu.

          *    *    *    *

Atiqah! Atiqah! Atiqah!…. asyik-asyik Atiqah, macam dah takde nama lain di dunia nie yang nak disebut. Ingat nama Atiqah itu best sangat ke?. Banyak lagi nama lain yang best. Kalau susah sangat nak fikir, hah…biar aku tolong. Ini tidak. Sikit-sikit Atiqah. Jumpa sana cerita pasal Atiqah, jumpa sini cerita pasal Atiqah, cubalah cerita pasal orang lain. Banyak lagi orang kampung ini yang namanya sebaris dengan artis glamour. Cerita  pasal Erma Fatimah ke, Erra Fazirah ke.. kalau malas nak fikir, cerita je pasal Risa…bolehlah aku join sekali..kan .,” runggut Ajed tak henti-henti sambil duduk bersandar di bawah pokok. Arrisa sibuk mengunyah makanan yang terhidang di depannya dan sesekali dia mengembek.
“Mafia .,”serentak itu Ajed tersentak. Siapa pulak yang tegur aku dengan nama Mafia. Seingat aku, sudah lama aku kuburkan gelaran itu. Semenjak ibubapaku meningal dunia.
“Woi...aku kat sinilah,”suara itu menegurnya lagi. Dan kini suara itu betul-betul kedengaran dibelakangnya. Dia bingkas bangun dan menoleh ke belakang pokok.
“Faiz ?,”soal Ajed gugup. Debaran jantungnya kencang. Sekencang ribut taufan. Entah tiba-tiba hatinya tidak menentu bila memandang wajah lelaki di hadapannya.
Faiz Amril. Sudah lama dia tidak bersemuka dengan pemuda itu. Hampir lima tahun. Dia betul-betul tak sangka akan bertemu dengan Faiz hari ini. Faiz, lelaki pertama yang mengajarnya erti sebuah percintaan dan juga lelaki yang bertanggungjawab membawanya mengenali erti penderitaan.
    “Kau belajar lagi ke?,” soal Ajed setelah mereka melabuhkan punggung di atas pasir berhadapan dengan pemandangan pantai.
“Tak. Aku baru saja habis study kat U.S.A,”jawab Faiz pendek.
     “ooooo…”
     “Kau buat apa sekarang nie?. Still lagi jadi gadis Mafia ke?,” soal Faiz pula cuba menghidupkan suasana yang sepi itu.
     “Emm.. sudah lama aku kuburkan nama itu. Nama tu tak bagi apa-apa kebaikan pada aku. Cuma mendatangkan masalah pada keluarga aku saja. Lagipun kerana nama itu jugalah, aku masih lagi setia menjadi penunggu kat kampung nie,” jawab Ajed sambil melepaskan keluhan kecil. Faiz diam. Dia sedar semua ini kerananya. Dia yang bertanggungjawab menyebabkan hidup Ajed seperti ini.
 “Haa… kau datang sini buat apa ?. Dah boring ke merantau ?.”
      “Cis! soalan. Ini kampung akulah. Takkan tak boleh datang kampung sendiri kot?.” Ajed ketawa, terlupa pula yang Faiz sekampung dengannya. Faiz turut ketawa.
      “Tapi kau macam dulu lagi. Sedikit pun tak berubah. Aku ingat dalam masa lima tahun nie, kau sudah berubah… tapi…”
     “Tapi aku macam nie jugakkan. Asyik bergelumang dengan lumpur, berkawan dengan kambing, bertapa di dalam hutan nie kan. Aku tetap gadis kampung yang kau kenali dulu,” pantas Ajed mencelah. Dia dah agak, persoalan ini akan di cetuskan oleh Faiz.
      “Kau masih marahkan aku lagi?.” Faiz memandang tepat ke wajah Ajed. Mengharapkan jawapan dari mulut Ajed sendiri. Kalau dulu jawapannya diperolehi daripada Hariz, kawan rapat Ajed. Biarlah kini jawapan itu didengarinya daripada mulut Ajed sendiri. Sekurang-kurangnya dia akan puas hati.
     “Err..emm sudah lama aku maafkan kau. Sejak kau tinggalkan kampung nie lagi.”
     “Betul nie? Ikhlas?,” duga Faiz masih tidak percaya dengan jawapan dari Ajed. Ajed pandang tepat ke wajah Faiz dan kemudian dilemparkan pandangannya ke pantai.
     “Sanggup ke dengar kalau aku cakap perkara yang sebenar-benarnya?,” soal Ajed pula. Faiz angguk perlahan. Seolah-olah sudah bersedia untuk menghadapi segala hukuman yang bakal ditentukan oleh Ajed.
     “Emm..” Ajed berdehem dua tiga kali dan menarik nafas panjang.
     “Mula-mula masa aku tahu kau ada affair dengan Tiara, aku rasa nak terajang kau. Nak campak kau ke laut. Nak ikat kau kat pokok yang penuh dengan kerengga!. Biar padan muka kau. Tapi bila aku fikir balik, siapa aku pada kau? Dan apa hubungan aku dengan kau? Kalau setakat kau ucapkan kata-kata cinta dan kita bercinta, itu tidak boleh buat apa-apa. Kita tiada apa-apa ikatan dan lumrah percintaan bersifat sementara. Jadi aku lupakan kau. Maafkan kau. Lagipun aku suka dengan kehidupan aku sekarang nie,” luah Ajed panjang lebar. Meluahkan segala apa yang terbuku dihatinya selama lima tahun ini.
     Faiz terdiam, tiada bersuara. Baru dia tahu bagaimana perasan Ajed selama ini. Dia yang bersalah. Dia meminta perpisahan itu atas alasan Ajed berlaku curang terhadapnya, padahal dialah yang berlaku curang. Mempermainkan kejujuran dan kesetiaan Ajed terhadapnya. Dia tahu, malah rasa bersalah itu telah lama tumbuh disudut hatinya tapi kerana Tiara, dia lupa tentang janji dah rasa bersalah terhadap Ajed.
     Banyak perbezaan di antara Ajed dengan Tiara. Ajed tidak seperti gadis lain yang pernah di temuinya. Ajed hidup di dunianya sendiri. Di dunia ciptaannya sendiri, yang penuh dengan rahsia dan misteri. Dia tidak peduli apa orang kata, asalkan apa yang di ingininya akan tercapai. Walaupun begitu, tak pernah sekalipun dia menghampakan permintaan orang terhadapnya walaupun kadang-kadang dirinya bagaikan di asing oleh pelajar-pelajar lain.
     Dia jatuh cinta kepada Ajed pun bukan kerana paras rupa tetapi kerana sikap Ajed itu sendiri. Sikap kesederhanaan yang di miliki oleh Ajed dan kehidupannya yang penuh rahsia, membuatkan dia tertarik untuk mendekati Ajed. Baginya Ajed adalah gadis unik dan lelaki yang berjaya memilikinya adalah lelaki yang beruntung. Beruntung  kerana  berjaya memiliki sekeping hati yang mulia. Dia mengeluh panjang. Menyesal di atas perbuatannya. Oleh kerana cemburu persahabatan di antara Ajed dengan Hariz, dia cuba mendekati Tiara. Tujuannya satu, untuk membuat Ajed cemburu, sekaligus lebih mengambil berat terhadap dirinya. Tapi sangkaannya meleset. Ajed lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan. Sikap Ajed itulah membuatnya rasa tersisih dan tanpa di sedarinya perhubungannya dengan Tiara semakin mesra. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Ajed dan mengahwini Tiara.
     “Kau buat apa sekarang nie?,” soal Ajed cuba mengalihkan topik perbualan. Malas untuk dikenang perkara yang sudah bertahun lama berlalu. Biarlah tragedi itu berakhir di sini bersama luka di hati.
     “Aku sibuk uruskan perniagaan ayah aku di Kuala Lumpur. Aku datang sini pun kerana ada hal sikit, sambil itu nak jenguk kau. Manalah tahu kot-kot kau sudah berkahwin ke?.”
     “Kahwin?!..emmm aku?. Siapa pun tak nak dekat aku nie. Dahlah tiada rupa, education pun kurang. Ada yang kita suka pun , tak suka dekat kita. Entahlah ..leceh-leceh sangat aku tunggu jer orang datang meminang. Habis cerita,” keluh Ajed sambil tersenyum paksa.
     “Kau dan Tiara macam mana?.”
     “Dah bercerai,” pantas Faiz menjawab. Ajed diam.
     “Maaf.”
     “Tak mengapa. Kami bercerai kerana tiada persefahaman. Lagipun aku kesiankan Dira tu. Ada emak macam tiada emak. Itulah, aku ingat nak cari pengganti. Biar Dira tak keseorangan di rumah. Err..kau rasa macam mana?.” Ajed kerut dahi.
     “Emm..pengganti?. Betul ke kau nak cari pengganti Tiara?. Aku rasa lebih baik kau fikir masak-masak dulu. Soal rumahtangga jangan buat main-main. Lagipun, biasalah manusia, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku rasa, lebih baik kau bawa berbincang dengan Tiara. Mungkin masih ada jalan penyelesaian selain daripada bercerai. Apa-apapun kau kena fikirkan masa depan Dira, takkan kau nak biarkan dia hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.” Nasihat Ajed panjang lebar. Bukan dia nak masuk campur dalam urusan rumahtangga Faiz dan Tiara tapi dia tak mahu melihat Dira yang tak tahu apa-apa itu menjadi mangsa penceraian ibu-bapanya. Lagipun sebagai kawan, dia tak mahu melihat rumahtangga kawannya hancur musnah begitu saja.
     “ Kami memang dah tak boleh bersama lagi.” Ajed diam. Dia tidak mampu kata apa-apa lagi kalau itu keputusan Faiz.
“ Emm.. aku dah ada calon. Dira pun suka.” Aku dah agak dah. Lelaki. Pantang jumpa yang baru, yang lama di lupakan. Dia orang ingat perempuan nie macam baju yang boleh ditukar ganti sesuka hati. Perempuan  pun ada perasaan juga.
“Siapa?,”soal Ajed sekadar ingin tahu.
“ Orang kampung nie juga. Atiqah. Tapi aku rasa mungkin dia dah ada yang punya.”
“ Atiqah?.” Lagi-lagi Atiqah. Hebat sangat  ke Atiqah tu, sampai ramai orang minat dekat dia? Macam dah takde perempuan lain di kampung nie yang nak di buat isteri.
“Atiqah… emm. Dia dah ada Hariz,” jawab Ajed antara sedar atau tidak. Dia mengeluh panjang.

Melawat PLKN Kem Desa Rimba....

Penat balik konvoi dari kelantan tak habis lagi , dah berjalan ke Kuala Kangsar lak.. melawat adik lelaki aku di Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar Perak... jauh gak tuh... hari ahad (12 jun 2011) so mmg sesak skit jalan..dengan orang nak ambil anak-anak dari cuti sekolah lagi..


Kita orang pergi dua buah kereta, satu dipandu oleh suami aku dan satu lagi dipandu oleh bakal adik ipar aku..tunang atie hehe..


nampak tuh suka sangat akim dapat juga pak utih yer..rindu lah tue

Apa-apapun semoga dengan PLKN nie adik aku akan menjadi insan yang cemerlang dan terbilang :D... untuk suami aku terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup bangun awal kejar masa nak gie ke KL pagi tuh..dan balik dari KL terus bawa kita orang gie Kuala Kangsar pulak...memang penat giler tuh... dahlah sabtu tuh kena OT gie ke ipoh.. haiii nasib suami aku nie kuat orangnya... Thanks A Lots Hubby...muahhhhhhh

Jumaat, 10 Jun 2011

Konvoi Amal TAVAC Kelantan 2011 ~ Edisi Akhir

7 Jun 2011... Yang bermula pasti berakhir.. akhirnya tibalah saat perpisahan dengan peserta Konvoi Amal TAVAC 2011.... banyak kenangan yang terindah disini di simpan kemas dalam diari hidup kami.... dan Akim juga meninggalkan kenangan yang tak indah kat sini... hehehe.. mana tak nya... masa nak kemas-kemas balik, akim jatuh tangga .. benjol dahinya.. nasib ada 5 anak tangga... kalau tinggi?? mau patah riuk.. sabo jerlah... bercalar gak lah.. dah hilang hensemnya... :D


Sebelum balik sempat lagi kami singgah di Pantai Cahaya Bulan... rupa-rupanya banyak kedai makan kat sini.. nak balik baru tahu ada.. sabor jerlah... so pekena Udang goreng celup tepung , Sotong , Ketam dan Ikan Celup Tepung... Lepas tuh pekena Air Kelapa Aiskrim dan ABC... sekali hadap jer habis RM48 hehehehe tapi takper puas hati sebab dah tanya harga dulu... hehee





Sebelum tuh pepagi tuh sempat kita orang ronda-ronda cari makanan..dan jumpalah kuih akok nie.. boleh tahan rasanya... 


nie rupa kuih akok yer..

nie Kuih Bahulu.. sedap...

Apa-apapun...banyak tempat yang kami tak pergi lagi.. Yelah ikut Konvoi.. segala jadual dan aktiviti telah ditetapkan..so banyak tempat yang menarik tak dapat aku kunjungi.. terutamanya Pasar Khadijah.. Wakaf Che Yee... Nie semua aku sempat selalu jer..singgah tak sempat langsung.. balik tuh pun kita orang dah bergegas nak balik ke pahang... So mungkin ada perancangan lagi bercuti di sini.. tapi tunggulah aku sihat.. time mengandung nie jalan-jalan jauh memang tak larat aaa... muntah ajer.... nie pun digagahkan jua...

Semoga berjumpa kembali ..Negeri Kelantan Darul Naim....

Konvoi Amal TAVAC Kelantan 2011 ~ Edisi Part 3

6 Jun 2011 : Hari ketiga kami di Kelantan . Seawal jam 8.00 pagi kami semua sudah berkumpul untuk memulakan perjalanan mengikut jadual. Pagi nie , segala aktiviti kami di  escort oleh Polis Traffic.. so perjalanan memang berjalan lancar. 


suami aku bersama dengan polis traffic yang terlibat. 3 orang semuanya.. tanpa dia orang , perjalanan tidak mungkin berjalan lancar . Terima kasih pada abang-abang polis.


Perjalanan dimulakan dengan mengambil anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sabariah , kami dapat anak yatim lelaki.. namanya Zahrul Aiman 15 tahun.. baru 1 tahun menetap di rumah anak yatim sabariah nie.. 3 beradik..dia anak sulong.. yang bawahnya perempuan menetap di situ jer dan seorang lagi adiknya perempuan berumur 3 tahun. Yang ini dijaga oleh pak sedaranya... tak berani nak tanya banyak sebab takut dia terasa sedihkan.. Zahrul Aiman anak yatim piatu... orangnya pendiam jer... :D



Setelah mengambil anak-anak yatim tersebut , kami bergerak ke lokasi ke dua iaitu dia Showroom Toyota Kota Baharu... Kami semua di jamu dengan nasi goreng dan bihun goreng... Anak-anak yatim di bawa melawat ke pusat Toyota tersebut....



Seterusnya kami bergerak ke Pusat Inovasi Batik...  Cantik-cantik dekoration batik di sini...sungguh kreatif.. ingatkan batik hanya boleh dibuat baju jer tapi di sini..batik di pelbagaikan.. langsir boleh , alas meja boleh , cadar tempat tidur pun boleh..semua bolehlah..janji kreatif....hehehe




bergambar dengan Zahrul Aiman..

 Setelah solat Zuhur dan rehat seketika , kami menyambung kembali perjalanan ke Sinar Harian...Di sini Anak-anak yatim di raikan...


tengok tuh , akim dah mesra dengan abang zahrul






Setelah habis aktiviti di Sinar Harian , kami bergerak pulang menghantar kembali anak-anak yatim tersebut ke rumah anak yatim Sabariah.. masa nie rasa sedih lak berpisah... Kami siap pesan pada Zahrul , belajar rajin-rajin .. hanya dia harapan adik-adiknya... Insya-Allah semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidupnya Amin...


Malamnya ... dalam kul 8.30 dimulakan Majlis Makan malam bersama-sama peserta-peserta Konvoi.. sekalikan dengan Majlis Penutup Konvoi Amal 2011... Tema Batik..sempat lagi petang tuh kami beli Batik hehehe.. nasib murah kan... 
suami aku kena jadi MC .. MC bidang terjun heheh.. nasib-nasib...

Presiden TAVAC mengucapkan terima kasih kepada semua barisan orang kuat yang menjayakan perjalanan Konvoi Amal 2011 ini. Cadangan tahun depan di Penang , Kuala Terengganu atau di Bandung... Pilih-pilih.. hehe ..siapa yang berminat nak join kelab nie.. jangan segan-segan singgah di www.tavac.net

Antara hadiah yang kami menang hehe.. Aina menang sukan 2 acara.. Suami aku menang teka bola dalam botol... Lepas tuh acara cari-cari barang ..Aina dan Alia join.. tuh yang banyak tuh hehehe...

Konvoi Amal Tavac Kelantan 2011 ~ Edisi Part 2


5 Jun 2011 : Hari kedua kami di Kelantan... pagi-pagi lagi kami dah sarapan Nasi Lemak Kelantan.. perghh sedap giler... sambal dia manis..aku kan suka yang manis-manis... jam 8.00 kita orang dah bergerak ke Rantau Panjang... Mesyuarat Malam tadi suami aku telah dilantik sebagai salah seorang marshall untuk program Konvoi nie.. so dia kena pakai sarung tangan putih...


cam polis traffic je...heheh..

 berkomunikasi menggunakan radio ..penting radio nie untuk konvoi2 macam nie..


Sampai di Rantau Panjang , cermin kereta kita orang rosak pulak.. tak boleh nak naik-naik... aku dan anak-anak tak boleh lah gie shopping tunggu suami aku betulkkan kereta dulu.. masa nie jam kul 11.30 tak silap aku.. kul 2.30 dah nak berkumpul semula... suami aku siap betulkan kete masa tuh dah kul 12.30.. tuh pun kasi cermin tuh naik jer dulu..... kita orang tak shooping apa-apapun.. yelah dah kul berapa.. dengan keadaan tengahari terik tuh.. dengan orang ramai yer... aku sempat belikan mak aku yer pesanan jer bekas nasi besar... tuh jer lah... suami aku dapat tangkap baju t-shirt 2 helai.. alia , aina dan akim selipar..aku?? langsung tak dapat apa-apa... haru betul....


time-time cam nie kete rosak lak.. memang dugaan betullah..

orang lain ronda-ronda, kita orang je makan dulu.. penat suami aku betulkan kete.. so makan kat sini ..nasib baik kali nie tak kena tipu sebab harga dah siap tulis hehehe...

4.30 petang kita orang ada sukaneka pulak.. Aina menang dua acara.. aku?? hehe tak menang pun.. .. tuh pun kena paksa masuk dengan alia dan aina.. kalau tak malas aku nak join... suami aku masuk sukan bola sepak pantai pakai kain sarung.. tak menang pun kalah.. sampai koyak-koyak kain lah... malam tuh kita orang tak join pun makan malam kat rumah salah seorang peserta konvoi yang di kelantan.. coz alia sakit gigi

Khamis, 9 Jun 2011

Konvoi Amal TAVAC Kelantan 2011 ~ Edisi Part 1

4 Jun 2011 bermulalah konvoi amal Tavac Ke Kelantan untuk tahun 2011 ini. Seawal jam 7.15 pagi aku sekeluarga dah bergerak ke RnR Sg Buloh, Lokasi pertama untuk semua ahli kelab Tavac yang menyertai Konvoi Amal ini berkumpul. Seronok memanglah seronok... anak-anak aku yang terlebih excited sebab tak sabar nak mandi swimming po0l kat sana.


Sampai jer kita orang di lokasi pertama , ada dalam 10 buah kereta sudah menunggu...urusetia konvoi mengagihkan pelekat kereta dan no giliran kereta masing-masing... kereta aku dapat nombor 20 hehehe kereta pun ada nombor kan... setelah siap melekat kereta masing-masing dan setelah taklimat serba sedikit diberikan oleh presiden Tavac maka dalam jam 9.00 pagi bergeraklah Konvoi kita orang menuju ke Lokasi yang kedua iaitu RnR Tapah  , dimana ada dua tiga buah kenderaan Avanza yang lain menunggu disana. 


Bermulalah sebuah perjalanan yang panjang..aduhaiii letih oooo.. jauh sangat Kelantan tuh kan... Anak-anak aku dah 4 , 5 kali round tido tapi masih tak sampai-sampai lagi.. aku siap suruh dia orang tido lagi..aina yang mulut bising bersuara "Jauh lagi ke Bu.. Na dah tak larat nak tido nie"... hehehe sabo jerlah aku...  Memang jauh perjalanannya.. dalam fikiran aku nie.. macam manalah dia orang ( kak TZ , Kak Seha ) balik ke kampung dari KL tuh??.. tapi mungkin dia orang dah biasa so dah tak kisah dah.. aku jer yang kisah... baru ku tahu cam nie jauhnya nak ke kelantan..dah lah dengan keadaan aku yang berbadan dua nie.. asyik weuk-weuk jer.. akim pun dah jeling semacam.. takut aku termuntah kat dia... 


Lokasi ke dua yang asalnya dia RnR Tapah .. tapi bertukar ke petronas jalan menuju ke Grik (maaf aku bab jalan-jalan nie memang kantoi lah :D)..... Dari lokasi ke dua , kami semua meneruskan perjalanan ke Gua Musang... perghh time nie memang nampak cantik jer konvoinya...tersusun kereta avanza di atas jalan...... 


Sampai di Gua Musang, kita orang berhenti solat di Masjid Tengku Muhd Faiz Petra dan mengisi apa yang patut.. dan semestinya mengisi perut yang dah keroncong.. bayangkan kul 2.45 baru jumpa nasi...aduhai memang dah tak boleh tahan... nak cepat makan kononnya kita orang order nasi ayam.. suami aku order nasi putih sup daging... tapi nak dekat setengah jam nasi ayam tak sampai2 lagi..hangin betul aku... sabar 3x.. nasib baik mood suami aku baik petang tuh.. yelah mood dia baik sebab nasi yang dia order dah sampai dulu.. geram 3x.. dah 3 empat kali mintak akhirnya sampai... makan pun terkejar-kejar sebabnya kul 3.30 dah kena berkumpul balik.. tuh pun dalam kul 3.30 ada yang baru sampai nasi ayam yer.. kesian-kesian... dah lah layanan yer kurang mesra... lambat .. lepas tuh harga ya Allah cekik darah betul.. bayangkan ..bayangkan nasi ayam 2  , nasi putih sup daging 1 , ikan goreng 2 ekor minuman pulak air sirap dan air suam.. semuanya RM 29.00... mak aihh... Moral off the story kena tanya harga dulu sebelum makan yer... kalau tak siapkan duit lebih-lebih ...


Dalam lebih kurang 3.40 cam tuh.. kita orang semua berkumpul di depan IPK Gua Musang.. dengan bantuan polis traffic kita orang berkonvoi semula meneruskan perjalanan untuk ke Perdana Resort Pantai Cahaya Bulan Kelantan... Dari gua musang jer kita orang di temani polis traffic untuk 2 check point jer.. aku tak ingat lah kat mana check point yer hehehe sori.. yang pertama polis traffic menaiki  kereta.. time nie kucar kacir sket..mana tak nya awal-awal di traffic light konvoi dah terputus dua... suami aku dah mengomel dalam kereta dah.. yelah tak sesuai polis traffic guna kereta kalau nak escort konvoi kita orang nie..bukan sikit-sikit kereta.. dalam lebih kurang 50 biji buah kereta.. tak silap aku laaa..... time nie aku memang dah pening2 pala.. nasib baik ada vicks.. suami aku dah buat cam trek lumba kereta.. nak kejar konvoi yang kat depan.. sabar 3x ... doa banyak2... heheh... alhandulillah selamat... untuk check point kedua.. polis traffic menggunakan motor besarnya.. hah time nie memang cantik... konvoi pun tersusun.. dan takde putus-putus dah.. hah cam nie baru betul...  dan bila dan sampai check point ke tiga.. kita orang dah tiada lagi di escort oleh polis traffic dah..time nielah leader , lasykar dan marshell memain kan peranan penting untuk sampai ke destinasi... kalau tak tuh yang ada peserta-peserta konvoi tersesat jalan...... setelah mengharungi liku-liku perjalanan .. dalam kul 8.00 kita orang sampai ke Perdana Resort Pantai Cahaya Bulan.. perghh lega aku akhirnya.... time nie ingat tidoo jer... sakit badan oooo.... tapi kesian kat suami aku kul 10.30 malam dah ada mesyuarat hehehe... kita orang tido dulu ye hubby.. bubye... hehe 





Rindunya..

Rindunya lama dah tak berblog dan jalan-jalan ke blog kawan-kawan.. Hari ini baru masuk opis setelah 4 hari bercuti... lama tuh... tapi cuti pun macam tak cuti..sebabnya asyik berjalan jer... penat berjalan nie..lagi-lagi jauh nun ke kelantan.. belum sempat nak upload gambar-gambar dan citer-citer sepanjang aku kat sana.. nantilah yer...


Mengandung kali ini , memang paling teruk aku yer tahap mabuk.. petang bawa ke malam mesti muntah... tekak lak asyik loya dan pahit jer... malas usah cakaplah..tahap maksima ..semuanya aku malas.. masak malas..mengemas malas... tido pun aku malas... apatah lagi makan.. pun malas gak... memang lembik giler aku nie... nie pun aku gagahkan.. kalau tak gagahkan memang malas nak gie kerja.. dah kalau tak digagahkan memang cam tongkang pecah jawabnya...


Paling kesian hubby aku lah.. tido kena jauh2.. kalau nak tido dekat2..jangan pakai apa-apa minyak wangi pun.. aku tak tahan pada bau wangi..mau pengsan aku dibuatnya... nasib2... maafkan aku duhai suami ku....



Khamis, 2 Jun 2011

Cerpen : Bidadari (Part 2)

jeng-jeng..sambungan cerpen part 2..Layan ye korang..>>>>>>

Hariz melangkah laju menuju ke rumah Ajed. Niatnya cuma satu, nak minta maaf mengenai kejadian hari itu. Lagipun ada berita terbaru dia ingin ceritakan kepada Ajed. Berita terkini dan tergempar. Mesti Ajed tak percaya. Hariz senyum seorang diri.
Diharunginya lecak-lecak air yang merata-rata di jalan raya. Sudah dua hari berturut-turut hujan turun tidak berhenti-henti. Air longkang pun dah penuh. Jalan tanah merah pun dah berlumpur dan berlecak. Nasib baik hari ini cuaca cerah. Sekurang-kurangnya niatnya untuk berjumpa dengan Ajed tak tergendala lagi.
Langkahnya berhenti betul-betul di hadapan tangga rumah Ajed. Hatinya berbunga riang bila melihat Ajed sudah menunggunya di depan pintu. Macam tahu-tahu aje aku nak datang.
 “Apa senyum-senyum nie?. Tak reti bagi salam ke?!!,” jerkah Ajed sebelum sempat Hariz memberi salam.
“Assalamualaikum…puas hati?!.”
“Waalaikumsalam!..hah apasal cari aku?. Kalau kau nak ajak aku jadi mata-mata gelap lagi, awal-awal aku kata sorry!.” Hariz sengih. Rupanya Ajed masih marahkan dia lagi. Ini semua gara-gara aku. Mana tidaknya, kalau aku jadi dia, aku pun naik angin. Yelah dahlah berjam-jam terconggok di bawah rumah, macam kambing terbiar. Lepas itu
terpilih port yang banyak semut api, lagilah haru. Tapi bidadari yang ditunggu-tunggu tak muncul lagi. Aku pun hairan, macam tahu-tahu aje kita orang nak mengintai.
“Sorrylah Ajed, silap teknik hari tu.” Silap teknik konon. Kalau tahu hendak menghendap tu, carilah port yang best-best sikit. Bawa makanan ke, sekurang-kurangnya masa berjam-jam tu tak terbuang begitu saja. Bukan ke orang kata masa itu emas. Ini tidak! Dahlah cari port yang permaisuri semut duduk bertapa, perut pulak lapar giler. Ingat lepas tu, dia nak belanja tapi yang diberi cuma ubat gatal. Mana tak sakit hati. Ajed muncul panjang.
“Alah…takkan benda sekecil itu pun kau nak marah. Tak grungelah macam nie!.”
“Grunge kepala lutut kau!. Ingat badan tak sakit ke kena gigit semut api. Bintat-bintat lagi. Kau mana tahu, sebab port kau cantik! Satu semut pun tak singgah,” luah Ajed geram. Yelah tak adil.
“Habis tu, dah kau nak duduk dekat situ, aku nak buat macam mana?! Aku ajak parking kat tempat aku, kau tak nak. Konon nak lepak dulu. Lagipun manalah aku tahu dekat situ tempat lepak permaisuri semut. Okeylah  aku bersalah. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku balik dulu.” Akhirnya Hariz mengalah. Malas hendak bertekak lagi. Lebih baik dia cabut lari sebelum perbalahan yang terbesar terjadi. Lagipun dia kenal Ajed. Marahnya tak lama. Esok lusa okeylah balik. Biasalah perempuan! Nak bermanjalah tu konon.
“Apasal dah dua hari baru nak datang minta maaf?.” Hah! Kan aku dah kata . perempuan!. Senyum Hariz panjang bila Ajed mula bersuara. Langkahnya terhenti dan berpaling semula ke arah Ajed.
“Macam mana nak datang, asyik hujan jer dua tiga hari nie. Nak datang malam, menganggu pula orang tu nak pergi ke kelas. Entah kelas apa malam-malam buta, aku pun tak tahu. Dah tu siap berahsia lagi…”
“Haaa.. tu nak cari gaduh lagilah tu,” potong Ajed sebelum sempat Hariz menghabiskan kata-katanya. Hariz senyum sambil duduk di sebelah Ajed di atas tangga.
“Kau tahu tak?.”
“Tak tahu!,” jawab Ajed pantas dan serentak itu dia ketawa.
“Ish..budak nie. Orang tanya betul-betul, dia main-main.”
“Nak aku ajar cara buat soalan tak?!. Tahu tak, soalan kau tu, soalan bodoh lagi banggang!.” Hariz sengih malu.
“Emm…aku saja-saja je tu.”
“Ooo..ye ke? Aku tak tanya pun.” Dan serentak itu mereka ketawa.
“Semalam aku nampak bidadari tu lagi,” beritahu Hariz sebaik saja ketawa mereka reda.
“Penipu!!. Kau biar betul Riz. Kau ingat aku boleh termakan dengan kelentong kau untuk kali kedua. Ini yang nak gaduh nie..,” jerkah Ajed tak percaya dengan kata-kata Hariz.
“Aku dah agak dah, kau mesti tak percaya,” kata Hariz tenang seakan-akan sudah tahu reaksi Ajed dari awal-awal lagi.
“Orang bodoh saja yang percaya kata-kata kau untuk kali kedua.”
“Ooo..habis tu, emak aku pun bodohlah?.”
“Maksud kau?,” soal Ajed tak faham.”
“Kalau kau nak tahu, bidadari itu sememangnya wujud. Orang kampung ini juga. Kau pun kenal orang tu. Mula-mula aku pun tak percaya, tapi bila emak aku terangkan dan aku lihat sendiri dengan mata kepala aku, baru aku percaya,” terang Hariz satu persatu.
Ajed terdiam. Hendak percaya atau tidak. Kalaulah bidadari itu tak wujud, macam mana?. Tidak ke aku kena tipu hidup-hidup. Hariz nie mana boleh percaya. Pandai berlakon. Kali ini entah watak apa yang dilakonnya. Aku pun tak boleh nak agak.
“Kalau kau tak percaya, jom jumpa emak aku. Aku tak tipu,” akuai Hariz seolah-olah tahu yang Ajed masih tidak mempercayainya.
“Siapa bidadari itu?.” Akhirnya Ajed bersuara. Ada riak-riak percaya dari wajahnya walaupun tak seberapa.
“Atiqah,” pantas saja nama itu keluar dari mulut Hariz. Ajed diam. Matanya melirik ke wajah Hariz. Ada bunga-bunga ke riangan di wajah Hariz. Mungkin kerana Hariz sudah kenal siapa bidadari yang selama ini di igaunya dan mungkin juga Hariz sudah jatuh cinta pada bidadari itu. Atiqah..emm siapa Atiqah?.

Aina dah pulang....

Aina dah pulang dah hehe.. dah 4 hari tak jumpa aina..rindu rasa di hati... hubby aku siap deman2 lah ... sabar jerlah. Dah 4 hari Aina duk umah Mak Eton.. sempena cuti sekolah nie.. Hari Ahad lepas Mak Eton telefon cakap dengan Aina.. terus Aina tanya aku, "Ibu, Aina nak gie umah Mak Eton 14 hari boleh?" dia tak tanya Ayah dia sebab dah tentu-tentu kena reject.. tapi aku kan seorang ibu tak sampai hati , sekurang-kurangnya aku tak reject dulu ... timbang tolak akhirnya aku luluskan 4 hari jer... kalau tak 5 ari tapi sebab ada temujanji Maharaja Lawak malam nie.. so petang semalam abis kerja terus gie ambil Aina... senang kata hubby.. yelah senang sebab nak tengok maharaja lawak kan...hehe..lagipun senang kat aku gak sebab nak mengemas barang untuk ke kelantan esok pagi...


Akim paling happy sebab dapat jumpa Aina.. "Akim rindu Aina" itu aja Akim cakap..siap tidur dgn Aina masa balik tuh..yelah ibarat bila jauh dimata rindu..bila depan mata asyik nak bergaduh jer...adik beradik.. bergaduh cam nak rak tapi akhirnya berbaik semula.. :D..

Rabu, 1 Jun 2011

Cerpen : Bidadari (Part 1)

Ini cerpen panjang aku yang paling aku suka heheh.... masa nie niat dihati berkobar-kobar nak jadi penulis..tapi sekarang tak kesampaian lagilah... cerpen ini aku buat time aku cuti sem  masa di UiTM dulu... ok untuk korang semua layannnnnnnnn....


BIDADARI

“Bidadari?!!.” Bagai nak rak Ajed ketawa. Kata-kata Hariz tak masuk akal. Bidadari?. Zaman moden macam sekarang  mana ada bidadari. Lainlah zaman fairly tales.
“Aku cakap betul. Aku berani bersumpah. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Takkan kau tak percaya pada aku?.” Hariz cuba mempertahankan kata-katanya. Buat apa dia nak menipu dalam hal-hal karut macam ni. Buang masa saja.
Dia nampak sendiri , bagaimana ayunya bidadari itu berbaju kurung dan berselendang putih. Gerak-gerinya, lengang-lenggoknya tak ubah seperti puteri kayangan yang pernah diceritakan oleh arwah datuknya dulu. Senyuman bidadari itu mampu membuatkan dirinya tak tidur lena. Senyuman yang mampu mencairkan egonya. Senyuman yang seolah-olah sudah sebati dengan hidupnya. Seolah-olah dia mempunyai pertalian rapat dengan bidadari itu sebelum ini.
“Sorrylah Riz. Bukan aku tak nak percaya, tapi cuba kau ikut logik akal. Mana ada bidadari pakai baju kurung!. Setahu akulah, kat tv tu semuanya pakai gaun labuh, dressing punyalah cantik mengalahkan ratu-ratu cantik yang ada di dunia nie. Lagipun malam-malam buta dia muncul, tak ke pelik!. Aku rasa kau bermimpi kot?,” duga Ajed masih tetap tak percaya .
“Alah itu bidadari dekat barat, dekat bandar. Ini bidadari dekat kampung, mestilah pakai baju kurung!. Percayalah Ajed, aku tak tipu,” akui Hariz bersungguh-sungguh.
“Emm…mungkin orang biasa jer tu. Mungkin orang kampung sini jugak. Aku rasalah, baik kau siasat dulu. Apa macam?.” Ajed memberi cadangan. Hariz termenung sejenak dan akhirnya mengangguk setuju.
“Mungkin juga. Hah.. apa kata kalau aku siasat malam ini. Okey tak?,” soal Hariz meminta pendapat Ajed.
“Emm..okeylah tu. Aku doakan semoga kau berjaya. Amin.” Sokong Ajed dengan senyum sinis. Malas lagi dia nak bersoal-jawab dengan Hariz. Biarlah Hariz dengan bidadari igauannya dan aku dengan Arissa. Getus Ajed di dalam hati sambil mengumpul rumput-rumput kering yang baru disabitnya sebentar tadi ke sisi Arissa.
“Tapi, tak akan aku nak pergi sorang-sorang?.” Hariz bersuara mengharapkan sesuatu. Ajed memandang tepat ke wajah Hariz. Hariz sengih kambing. Tak ubah seperti kerang busuk.
“Tak akan aku?!!,” soal Ajed seakan-akan faham dengan maksud Hariz. Hariz angguk. Ajed mengeluh panjang. Cis! Aku jugak yang kena.
“Aku! emm..sorry Riz. Aku ada err..err.”
“Kau ada dating ke?. Dengan siapa?. Tak sangka baru berapa tahun jer aku pergi belajar dekat KL, kau dah ada berpunya. Tak apalah. Aku malas nak kacau daun, nanti apa pulak dia kata…”
“Woi! woi Riz!…apa nie!?. Cis memalukan kaum lelaki jer. Aku ada kelaslah!. Ish lecehlah cakap dengan kau nie!,” jerit Ajed sambil melepaskan keluhan panjang dengan sikap Hariz. Dia nie kalau tak menyusahkan aku tak sah.
Hariz senyum malu. Alamak teroverlah pulak. Cis menjatuhkan maruah aku sabagai seorang lelaki. Tapi inilah peluang aku. Peluang untuk aku mencuri hati ‘bidadari’ yang telah sekian lama bertahta di hati ini. Bidadari?. Emmm.
Kan senang kalau kau cakap awal-awal ada kelas. Taklah aku buat andaian salah. Haaa kelas apa?.”
“Err…errr..adalah,” jawab Ajed gugup tanpa memandang wajah Hariz. Nak kelentong apa nie?. Takkan nak berterus-terang?. Gila!. Kalau Hariz dapat tahu aku pergi ke kelas Fardu Ain, alamat kiamatlah dunia dengan gelak tawanya yang tak ubah macam gergasi. Lagipun jatuhlah maruah aku!. Malu beb!. Seorang mafia yang paling brutal di abad ini pergi ke kelas Fardu Ain dan yang paling memalukan, baru sekarang nie nak belajar. Dah tua-tua bangka baru nak ingat Tuhan. Tapi itu kira okeylah, baru 23 tahun, muda lagi. Kira masih tak terlewat lagi kan?. Biasalah orang kampung, benda-benda macam inilah yang nak dihebohkan. Nak tunjuk kebodohan dan kelemahan orang lain. Sebab ini jugalah, masih berlambak-lambak lagi manusia yang separuh abad tak tahu apa benda pun pasal ilmu Fardu Ain. Mana tidaknya, bila tersedar dan insaf, bila nak tergerak berbuat baik dan belajar yang baik-baik terutama ilmu akhirat ini, orang lain  mulalah mengutuk, menghina, mencemuh dan macam-macam lagilah. Hingga niat yang baik itu terkubur semula. Tapi aku tahu, Hariz tak seperti itu. Paling kurang pun kalau dia tahu perkara itu, tentu dia ketawa macam setan, lepas itu berkhutbah panjang berjela menyokong niat aku tu. Gerenti punya.
“Woi!!. menunglah pulak. Soalan aku tak berjawab lagi. Kelas apa?!,” sergah Hariz bila melihat Ajed terdiam seketika. Ajed senyum malu.
“Emm..adalah!. yang kau sibuk sangat apasal?!. Ini tidak berkaitan dengan yang hidup atau mati dan terutama pada kau!. Faham ?!.”
“Eleh! Itupun nak berahsia dengan aku. Kau pontenglah kelas tu demi aku…”
“Ewah-ewah sedapnya bercakap. Demi dia konon. Nenek aku tu mana kau nak campak?. Cit poorah!.” Hariz ketawa panjang. Ajed tarik muka masam tetapi jauh di sudut hatinya, dia terusik dengan kata-kata Hariz.

bersambung.... jeng...jeng..jeng..:D