Selasa, 31 Mei 2011

MEGA EYEBALL SCS DI TAMAN TASIK TITIWANGSA

 Sabtu : 28 Mei 2011


Sabtu baru nie , kami sekeluarga telah menghadiri mega Eyeball SCS di Taman Tasik Titiwangsa. Hubby aku and the geng radionya berkumpul ala-ala family day besar cam tuh lah lebih kurangnya....Seronok?? hubby aku seronok lah sebab dapat jumpa kawan-kawan dia  yang sebelum ini hanya kenal suara jer.. aku?? seronok gak tapi al maklumlah aku niekan kurang peramah orangnya..so duk layan anak-anak jer...


Sesiapa berminat nak jadi ahli kelab Radio SCS nie boleh layari laman web www.scs.net.my ... Banyak kelebihan jadi ahli SCS nie.. selain menambah rakan kenalan , ianya juga berguna sebagai bantuan komunikasi ketika kita dalam kesusahan.. contohnya sesat jalan ke.. nak mohon bantuan ker... memang berguna sangat... 


Mula-mula dulu aku tak berapa suka sangat hubby aku join SCS nie sebabnya  bila dia dah layan radio nie , dengan aku pun dia dah kurang cakap.. yelah asyik berborak dengan kawan-kawan radio jer.. mana tak hangin kan.. tapi lama-lama ok , aku dah dapat sesuaikan diri dengan alat perhubungan ini..cuma kadang-kadang tuh aku sound tepat jer...nie nak cakap dengan Na ke dengan Radio tuh?? hehehe.. garang tak??.. tapi ada masanya aku tertido , radio nielah peneman dia semasa memandu malam-malam..so dua-dua kena fahamlah kan.. baru rumahtangga aman.. hehehe


tengok tuh ... dah jumpa kawan-kawan , aku panggil pun dia tak layan..siap kena telefon baru datang.. geram betul masa tuh.. sabar-sabar...
 Ini ucapan dari Dato' Leck Yusoff time nie kita orang baru sampai..

Aina masuk pertandingan mewarna. Alia yang sedih sangat sebab beriya-iya nak masuk tapi kena reject sebab umur dah lebihi syarat.. kesian dia.. nak buat macam mana kan.. akim?? mula-mula macam nak masuk.. tapi bila tengok ramai-ramai budak-budak berkumpul , terus tak nak.. sabar jela...ada anak teruna yang penyegan macam akim tuh.. tak sama cam ayah yer yang peramah tuh..musykil-musykil...


Mula asalnya aku ingat nak balik awal jer.. coz aku kang tengah toing..toing ..toing nie.. tak larat duk lama-lama kat situ.. tapi Aina larang kita orang balik awal.. katanya dia nak ambil hadiah dulu.. Confident tuh dia akan menang.. siap cakap "Tengoklah Aina Menang..No 1 yer"..  kita orang pun tak boleh nak cakap apa..sebab ke confidentnya yang tahap gaban tuh buat kita orang tak sampai hati nak blah macam tuh jer.. Fuhh nasib menang.. memang betul pun dia dapat No 1.. hehehe.. Aina..Aina.. 



 jeng-jeng.. tuh gambar aku time makan... heheh kali pertama dalam blog aku nie aku masukkan gambar aku kan.. hehhee.. takper-takper buat tatapan para blogger ... 

 ini lukisan yang aina  warna.. baru siap separuh...


sebab tengok alia beriya-iya sangat nak mewarna , hubby aku gie mintak lukisan kat urusetia.. warna untuk main-main jerlah.. tapi baru skit dia warna , akim dah rampas.. tengok tuh dia warna.. terpaksa kak longnya mengalah lagi.. cian jadi kakak nie..


Aina Johan mewarna kanak-kanak umur 4-6 tahun .. yang sebelah tuh anak salah seorang kelab radio suami aku.. kemain ramah... dah jadi geng dengan Aina dah.. Puteri Balqis namanya dapat no 2...


 Akim merajuk sebab tak dapat hadiah.. dia kata dia pun menang jugak.. sebab tak tahan dengan merajuknya , aina pun mengalah bagi pinjam beg hadiahnya pada akim... cuba tgk lukisan yang dia warna tuh ..ada ke kaki warna merah gak heheh..sabo-sabo


Nie baru tiga.. tungguuuu baby lagi satu nie nak kuar ye..heheh

Isnin, 23 Mei 2011

Makan..Makan dan Makan Lagi...


Sabtu dan Ahad lepas adalah aktiviti Makan aku dan keluarga aku heheh.. mana taknya dua hari yang penuh dengan makanan jer.. jika ditimbang berat badan pasti semua geleng kepala lah...

Sabtu : kenduri arwah postpone pada hari ahad..so sabtu adik lelaki aku no 3 buat bakar-bakar sempena ulangtahun perkahwinan dia.. aktiviti berlangsung kat umah mak aku.. aku sponsor kerang dengan ketam jer.. sedap wooo ..cuma terlebih bakar skit jer.. adik aku bawa ayam dan ikan.. yang no 5 sponsor sate.. memang seronok gilerlah..cuma awal-awal tuh jer ada kalut sikit..mana taknya hubby aku cakap nak bakar kat mana nie??? takkan nak guna pembakar otak-otak?? nasib baiklah hubby aku nie teror orangnya..tup tap jap jer dah jadilah tempat permbakar nie hehehe... akhirnya dapatlah di bakar ketam , kerang , sate dan ikan-ikan tuh...  Malam tuh memang kenyang giler lah perut.. aduhai nasib perut ada isi..kalau tak mahu aku menangis nak turunkan berat badan nie hehe ..



 opss.. tuh bukan nak bakar tangan yer.. hehehe
kamera hp aku nie tak berapa cantiklah kalau tangkap gambar waktu malam.. tak puas hati betul.. kalau ikutkan banyak gambar aku nak share gan korang.. tapi .. 

Ahad : Kenduri Arwah untuk nenek aku ... menu nasi ayam jer.. sekali dengan melenggang perut untuk isteri adik aku yang no 3. Mengandung sulong..kalau ikut adat kena buat  melenggang perut nie.. time aku dulu pun aku buat... tak banyak gambar nak share dengan korang sebab gambar semua guna kamera adik aku....


adik aku dengan isterinya kena mandi bunga ... habis jer dia orang mandi..anak-anak dara aku pulak yang hendak mandi.. bidan tu kata ..siapa nak cepat jodoh boleh mandi air lebihan bunga tuh.. perghh anak-anak aku dah teruja.. terus mandi.. tak tahulah teruja sebab tengok bunga ker sebab nak cepat dapat jodoh.. hehehe naya aku.. Alia & Aina.. apa-apapun belajar bagi habis dulu yer sayang... 

Lepas jer habis acara mandi bunga , adik ipar aku disarungkan kain batik 7 kali bergilir-gilir sampai habis 7 helai kain tuh... tuh jerlah acara yer.. adik ipar aku nie orang jawa.. dia kata sebenarnya ada lagi bidan tuh tak buat..bidan tuh buat yang mana wajib jer.. kalau ikutkan ada guna kelapa.... takperlah janji wajib buat .. tul tak.. semoga selamat bersalin yer dik..

dan jeng-jeng untuk pengetahuan korang semua aku  disahkan HAMIL...(aku yang sendiri sahkan yer) :D... ..semoga aku dikurniakan dengan baby boy untuk ditemankan dengan akim.. Insya-Allah..apa-apapun janji selamat... ..doakan yer semua..

Konvoi Amal TAVAC ke JKM Kuala Selangor

Gambar sekitar aktiviti Konvoi amal TAVAC di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Selangor sempena Karnival Pembangunan Komuniti 2011 yang telah diadakan pada 21 Mei 2011.



Tue kereta avanza warna hitam milik aku dan suami hehehe.. mengancam tak?.. Hitam kan menawan...

Ini di rumah salah seorang ahli TAVAC di Kampung Sg YU..

Nak citer lebih-lebih tak boleh sebab aku tak join sekali konvoi nie.. hubby jer yang pergi..time nie aku duk berkampung kat kedai mak aku... yang pastinya ada pameran daripada agensi-agensi Kerajaan , Bank-Bank , Upin dan Ipin pun ada memeriahkan majlis..banyak jugaklah aktivitinya ..cuma maaf hamba tak turut serta so susah nak citer di sini .. ..:D

Tengahari tue, hubby aku terus ke KG Sungai Yu untuk melawat salah seorang ibu kepada ahli tavac yang sakit dan diteruskan dengan mesyuarat untuk ke Konvoi Amal Tavac yang seterusnya iaitu di Kelantan... ini aku join sekali hehee.. bab-bab jalan jauh nie tak boleh tinggal tau hehehe... Insya-Allah kalau tiada aral 4-7 Jun kita orang akan berkampung di sana..sana....Jumpa di sana orang-orang kelantan.. salah satu target aku nak gie umah SUS .. nak beli barang untuk jahitan felt aku hehe.. dan yang pastinya untuk hubby aku , dia tak sabar nak jumpa Nik Aziz kat sana.. so semoga impian dulena tercapai hendaknya.. amin..

Khamis, 19 Mei 2011

Cerpen : Sebuah Pengorbanan

Duk belek-belek , renung-renung folder peribadi aku nie.. terjumpalah aku dengan cerpen nie... heheh nie cerpen aku karang masa aku kat UiTM dulu. masa tu kan jiwang karat... tuh yang berjiwang sakan.....so.. LAYANNNNNnnnnnn hehehe


SEBUAH PENGORBANAN


Imran menongkat dagu. Sesekali tangannya bermain dengan pena. Dihadapkan mukanya ke frem gambar. Di renungnya puas-puas. Cuba menilai gambar yang terisi didalamnya. Dia cuba mencari kelemahan pada diri gadis yang sedang tersenyum di hadapannya. Ternyata sia-sia.
Pantas tangannya mencapai dairi yang terletak di sudut meja. Di selak helai demi helai dan jarinya terhenti pada sekeping gambar yang masih lagi baru. Di renungnya gadis yang tertera di dalam gambar itu . Cuba mencari kelebihan yang ada pada gadis itu. Dia mengeluh panjang.
“Sofi Suraya Bte Saiful.” Nama yang tertera di belakang gambar itu di baca perlahan.
“Emm..secantik dan sebaik orangnya,” puji Imran sambil menyimpan semula gambar di tempat asal.
“Suhada pun apa kurangnya. Malah kalau hendak dibandingkan kecantikkan mereka berdua, ternyata Suhada lebih cantik dan bergaya.” Imran cuba mencari kelemahan Suhada, tetapi setiap kali dia mencari kelemahan di situlah ada kelebihan. Suhada ada segala-galanya. Cantik, bergaya, baik hati, lemah-lembut. Walaupun begitu, masih terdapat banyak kekurangan pada diri Suhada. Namun cinta dan sayangnya terhadap Suhada menjadikannya buta. Dia tak kisah kalau Suhada banyak kekurangan kerana yang penting Suhada telah berjaya menawan hatinya. Baginya segala-galanya adalah Suhada.
Tetapi kehadiran Sofi Suraya, menjadikannya seorang yang celik. Dia terpaksa mencari setiap inci kelemahan Suhada, semata-mata untuk menerima kehadiran Sofi di dalam hidupnya. Ternyata Sofi lebih baik daripada Suhada malah terlalu baik. Sofi gadis yang penyabar, rajin, lemah-lembut, dan yang paling penting Sofi alim, taat pada perintah Tuhan. Tetapi kerana cintanya pada Suhada , kebaikan yanag ada pada diri Sofi masih lagi tidak mencukupi untuk menawan hatinya, baginya Sofi masih lagi kurang.

* * * *

“Imran..kau jangan nak mengada-gada. Nanti apa pulak mak si Sofi tu kata bila tahu kau nak putuskan pertunangan tu.!,” tegas kata-kata yang lahir dari Faridah.
“Mak.. Tolonglah Im. Kalau Im pilih Sofi, Suhada tu macam mana?. Kami dah kawan hampir empat tahun.”
“Itulah kau...kawan diam-diam!. Sofi tu baik orangnya, rugi kalau kau lepaskan dia.” Imran diam. Memang Sofi tu baik tapi hati ini sudah sayang pada Suhada seorang. Habis nak buat macam mana. Keluh Imran di dalam hati.
“Sudah dekat setahun kami bertunang , baru emak bagi tau Im yang Im sudah ditunangkan dengan Sofi. Kenapa emak tak nak Tanya Im dulu?,” soal Imran kecewa dengan tindakan ibunya.
“Kau juga yang suruh emak carikan dulu. Kau pun satu telefon rumah nie kat berbulan-bulan ada sekali dua., dah tu bukannya lama-lama, asyik nak cepat jer. Macamlah mahal sangat duit telefon tu,” leter Faridah tak puas hati dengan sikap anak sulungnya itu. Setahun adalah dua, tiga kali balik ke kampung. Alasannya sibuk bekerja. Entahlah kadang-kadang dia rasa seolah-olah tidak mempunyai anak. Zarina pun dah lama tak balik ke kampung. Raya tahu lalu balik ke rumah emak mertuanya. Rasa sedih mula membelenggu jiwanya. Nasib baik Sofi selalu datang ke rumahnya. Kehadiran Sofi bagaikan cahaya yang menyinari hidupnya yang sepi.
“Maafkan Im mak. Bukan Im nak kecewakan mak tapi…’” katanya terhenti. Seolah-olah ada benda yang tersekat di kerongkongnya.
“Kalau kau tak suka si Sofi tu, kenapa kau tak bagi tahu emak awal-awal lagi. Kenapa hari ini baru nak bagi tahu. Padahal emak dah bagi tahu lima bulan lepas.”
“Im…”
“Emak tak tahu nak cakap apa lagi. Im fikirlah sendiri. Kalau Im nak putuskan juga, Im cakaplah sendiri dengan Sofi. Im harus ingat, hanya tinggal dua minggu lagi hari perkahwinan korang berdua. Kesian kat si Sofi tu.” Faridah akhirnya mengalah. Tak mahu memaksa Imran lagi. Walaupun hatinya kecewa tapi apakan daya dia untuk memaksa Imran kerana perkahwinan adalah hak Imran sendiri. Dia yang berhak memilih siapa yang bakal menjadi isterinya.

* * * *

Imran menggaru kepalanya yang tidak berapa gatal. Fikirannya kusut bila memikirkan hari perkahwinannya yang semakin hampir. Sudah seminggu dia tidak menelefon Suhada. Dia tidak sanggup mendengar suara manja Suhada meminta kepastian darinya. Dia tak mampu untuk membuat keputusan ketika itu. Antara Suhada dan Sofi kedua-duanya cantik, baik. Terlalu payah untuk dia membuat keputusan. Lebih-lebih lagi keputusan yang akan diambilnya nanti pasti akan melibatkan hati ibunya.
“Ring..ring..ring.” Telefon di sudut mejanya berbunyi nyaring. Dengan langkah malas dia menuju ke arah telefon
“Hello, assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam…Im ke tu ?. nie Adah nie,” suara Suhada bergema di telefon.
“Ya. Im bercakap nie. Adah apa khabar?,” soal Imran sebaik saja mendengar suara manja Adah di corong telefon.
“Baik. Im sihat tak?. Errr macam mana dengan ibu Im?.”
“Sihat. Macam mana apa tu?,” soal Imran pura-pura hairan. Walaupun dia tahu maksud sebenar Suhada menelefon. Tak lain dan tak bukan untuk meminta kepastian. Kepastian yang akan menentukan setakat mana perhubungan mereka.
“Alah! Buat-buat tak tahu pulak. Tunang macam mana?.”
“Errr..tunang sihat. Emak pun sihat.”
“Bukan itulah. Tunang setuju ker tidak?.”
“Im.. tak tanya lagi,” jawab Imran acuh tak acuh.
“Habis tu bila nak tanya?. Kalau Im tak suka kat Adah cakap awal-awal. Jangan buat Adah macam nie. Sakit hati Adah tau,” luah Suhada sayu tapi tegas.
“Adah , emm..Im tak dapat nak buat keputusan sekarang. Tetapi ketahuailah hanya Adah yang bertahta di hati ini.” Imran cuba menenangkan hati Suhada. Dia tahu Suhada tertekan.
“Biarlah Adah undur diri. Im dengarlah cakap ibu Im. Jangan kecewakan dia.” Imran diam. Rasa bersalah mula menghantui dirinya. Siapa yang akan kecewa?. Aku atau Ibu?. Suhada atau Sofi?. Akukah yang bersalah, kerana berdiam diri bila mendapat tahu pertunanganku dengan Sofi dulu?. Bukan maksud aku untuk berdiam diri, tapi aku lakukan itu kerana tak mahu ibu kecewa. Selama ini segala apa yang ku ingini telah tercapai kerana ibu. Tak akan impian ibu yang satu ini juga tak mampu aku tunaikan. Keluh Imran.
“Im..Im! Im dengar tak apa yang Adah cakap nie?,” soal Suhada bila menyedari Imran tiba-tiba berdiam diri.
“Im dengar.”
“Tipu!. Malaslah Adah nak cakap lagi!.” Suhada meletak gagang telefon sekuat hatinya. Rasa sakit hatinya bertambah dengan sikap Imran itu. Tanpa di sedari, air mata mula mengalir deras di pipinya. Kesangsian mula menghantui jiwanya. Sangsi pada janji-janji manis yang pernah diungkap oleh Imran satu ketika dulu. Sangsi pada cinta Imran. Sangsi pada dirinya sendiri.
Perlukah aku mengundur diri ketika ini. Di saat cintaku terlalu tinggi pada Imran, hadir orang ke tiga. Salah siapa? Adakah aku masih lagi kurang untuk memiliki Imran. Tak cukupkah kasih sayang yang telah aku berikan padanya? Mungkin takdir. Tetapi patutkah aku memaksa Imran untuk menyarung cincin di jari manisku atau perlukah aku mengundur diri. Membiarkan hati terluka dan kecewa.

* * * *

Imran duduk bertelaku di jendela. Matanya merewang ke langit biru, melihat bintang-bintang yang berkerdipan.
“Susah-susah sangat, aku kahwin dua ! Habis cerita,” bisik Imran di dalam hatinya sambil tersenyum. Lelaki kan boleh kahwin empat. Seminggu lagi aku akan berkahwin dengan Sofi, lepas itu seminggu kemudian aku kahwin pula dengan Suhada. Hah kan settle problem. Tapi mahu ke mereka bermadu?. Suhada awal-awal dah angkat kaki. Susah katanya bermadu. Memang pun susah. Lelaki lagilah susah. Lebih-lebih lagi macam aku nie. Kerja apalah sangat, nak sara dua orang bini. Nanti kalau beranak-pinak aku jugak yang susah. Fikir Imran sambil mengerut dahinya.
Hari rabu nie aku dah janji nak berjumpa dengan Sofi. Aku perlu berterus-terang dengan dia. Tak akan selama-lamanya aku perlu rahsiakan padanya. Dia terlalu baik bagi aku. Kadang-kadang aku rasa tak sepadan dengannya.
“Kalau jadi jumpa, maksudnya dah empat kali aku keluar berdua dengan Sofi,” Imran mencongak-congak hari. Dia rasa tenang bila keluar dengan Sofi. Baginya Sofi adalah gadis yang sempurna dalam serba-serbi. Sofi hanya layak di nikahi oleh lelaki yang benar-benar baik, bukan seperti dirinya. Jahil tentang ilmu agama. Kadang-kadang dia rasa malu dengan dirinya. Malu dengan Sofi. Gadis yang masih suci padahal dia!. Dia pernah menyentuh dan membelai Suhada dan gadis lain sebelum Suhada. Tetapi dengan Sofi, tak pernah sekalipun dia menyentuh tangan Sofi semenjak dia mengenali Sofi dari dulu lagi.

* * * *

“Sofi minta maaf. Sofi tak sangka kehadiran Sofi selama ini menganggu perjalanan hidup abang,” keluh Sofi sebaik saja Imran menerangkan perkara sebenar.
“Sofi tak bersalah. Abang yang mengheret Sofi ke dalam masalah ini,” nafi Imran cuba menghilangkan rasa bersalah di hati Sofi.
“Biarlah Sofi undur diri. Abang pilihlah kak Adah. Sofi tak mahu dituduh perampas, kerana Sofi tak sekejam itu,” kata Sofi lemah. Pandangannya dilemparkan ke tengah laut. Matanya liar memandang bot-bot kecil di tengah laut di tiup angin terumbang-ambing. Tak ubah seperti dirinya tika itu. Harapannya untuk menjadi isteri Imran dalam masa tiga hari lagi akan hancur. Hancur begitu saja.
Imran mengeluh panjang. Dia mencuri pandang ke wajah Sofi. Ternyata wajah Sofi sugul. Mana tidaknya, tinggal tiga hari lagi hari perkahwinan mereka. Semua persiapan dah dibuat. Hanya menunggu ijab-kabul. Tiba-tiba impian itu hancur. Penantian Sofi selama setahun itu sia-sia belaka.
“Abang bukan bermaksud begitu. Abang tak mahu melukakan hati Sofi mahupun kak Adah. Tapi yang paling penting abang tak mahu mengecewakan hati ibu. Ibu amat berharap Sofi menjadi ratu di hati abang, tetapi hati abang sudah dimiliki oleh kak Adah.”
“Habis itu abang nak Sofi buat apa lagi?. Tak akan Sofi nak pujuk hati makcik padahal hati Sofi pun Sofi tak boleh nak pujuk. Kalau boleh pun, pasti Sofi tak sampai hati nak tengok makcik bersedih,” soal Sofi tak tahu untuk menyelesaikan masalah yang membelenggunya tika itu. Tudung biru yang di pakainya di tiup angin kencang. Sekencang tamparan Imran terhadap dirinya tika itu.
Imran diam membisu. Soalan Sofi terawang-awang tanpa jawapan.

* * * *

Orang ramai yang berpusu-pusu mulai pulang ke rumah masing-masing. Rumah Faridah yang riuh-rendah jadi sepi. Tiada lagi bunyi pinggan mangkuk atau suara orang di luar rumah. Tiada suara anak-anak kecil berlarian di luar. Bunyi kenderaan mulai sepi.
Imran menjenguk kepalanya ke luar tingkap. Memerhati bintang-bintang yang berkerdipan di awan biru. Tak sangka hari ini adalah hari yang bersejarah di dalam hidup aku. Hari yang ku nanti-nantikan dalam seumur hidupku. Akhirnya aku terpaksa mengecewakan hati orang yang amat ku sayangi.
“Inilah pengorbanan Adah pada Im. Adah harap Im tak hampakan pengorbanan Adah nie,” kata-kata Suhada petang semalam masih tergiang-giang di telinganya. Walaupun dia kecewa dengan sikap Suhada tapi dia terpaksa menerimanya.
“Abang ingat dekat kak Adah yer?,” soal Sofi yang tiba-tiba muncul di sisi Imran. Imran menoleh sambil tersenyum. Wajah Sofi di renungnya dalam-dalam. Kecantikkan Sofi terserlah malam itu. Inilah kali pertama dia melihat rambut ikal Sofi yang panjang melepasi bahu. Dalam diam dia mengakui, dia adalah lelaki yang paling beruntung kerana telah berjaya memilik Sofi.
“Sofi marah ke?,” duga Imran.
“Taklah. Cuma cemburu jer. Lagipun siapalah Sofi nie, bukannya ratu di hati abang. Sofi cuma alat untuk mengembirakan hati ibu abang dan sekaligus menyelesaikan masalah abang,” luah Sofi segala yang terbuku di lubuk hatinya.
“Abang tak pernah anggap Sofi alat. Kini Sofi adalah isteri abang yang sah. Memanglah hati ini sudah dimiliki oleh orang lain tapi abang akan cuba meletakkan nama Sofi di tempat hati abang. Abang harap Sofi faham,” pujuk Imran sambil menghampiri Sofi yang tunduk di bucu katil.
“Sofi minta maaf. Bukan niat Sofi nak sakiti hati abang. Cuma Sofi mengeluh pada takdir hidup Sofi. Sofi tak harap apa-apa dari abang, Cuma Sofi harap abang akan jaga Sofi untuk selama-lamanya dan kalau abang nak menikahi kak Adah, dengan rela hati Sofi benarkan.” Imran terharu mendengar kata-kata Sofi.
“Abang tak mahu apa-apa lagi. Cuma abang harap kita akan hidup kekal selama-lamanya sebab abang tak mahu pengorbanan yang Suhada berikan pada kita akan sia-sia.” Harap Imran sambil meramas-ramas tangan Sofi lembut. Sofi diam membisu.
“Abang akan cuba mencintai dan menyayangi diri Sofi, tapi ianya perlukan masa. Abang harap Sofi faham.” Sofi mengangguk. Mengharapkan kata-kata yang lahir dari mulut Imran itu akan tertunai. Dalam diam Imran berdoa pada Tuhan, mengharapkan rumahtangganya kekal untuk selama-lamanya. Dia berjanji akan memupuk perasaan cinta dan sayangnya pada Sofi. Perlahan-lahan Imran mengucup mesra dahi Sofi dengan penuh kasih sayang. Terima kasih Suhada.

Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Hari Guru...

Selamat Hari Guru pada semua guru-guru dan cikgu-cikgu seluruh dunia...
Tanpa kamu , tidaklah kami mencapai kejayaan hingga ke hari ini...
Jasamu tidak terbalas oleh kami..terima kasih cikgu!..

Citer pasal hari guru, cuti baru-baru nie , aku menyiapkan projek brooch bunga untuk dihadiahkan kepada guru-guru anak-anak aku... nasib baik guru kesayangan dia orang tak banyak heheh so bolehlah aku menyiapkan yer...Aina dah bagi hari isnin baru-baru nie.. Alia je baru bawa pagi tadi sebab isnin lepas sekolah dia cuti... Tapi malam tadi Aina sibuk suruh aku buatkan kotak lagi untuk letakkan kad dia pulak..tapi dek kemalasan aku malam tadi..aku bagi plastik je kat dia hehehe... suruh dia masukkan kad tuh dalam plastik tuh.. plastik yang letak keychain tuh.. oklah tuh kan... ada 5 kad.. kakak dia yang buat..sabo jerlah aku...

So untuk semua guru-guru Selamat Hari Guru!...

Ahad, 15 Mei 2011

Kepulangan.....dan sebuah permulaan perjalanan.....

Tajuk jer korang mesti dah tak sabar nak baca entrinya kan..kan..kan heheh perasan aku....hubbyku dah pulang...ye ye.. dah tak de sedih-sedih lagi...semuanya bergembira..anak-anak aku dan lebih-lebih lagi aku... kul 2.00 pagi suami aku sampai rumah.. alhamdulillah.. kepulangan yang dinanti-nantikan ...dan berakhirlah sebuah penantian che wah..Sedang aku bergembira.. Mak aku lak bersedih.. bersedih sebab adik aku (pak utih) nak ke khidmat Negara...kul 9.00 pagi aku dan anak-anak dah sampai ke tempat menunggu bus stand baru k.selangor. mak dan ayah aku , adik-adik semua pun baru sampai... tengok muka mak aku pun dah lain macam.. nampak sangat terpamer kesedihan seorang ibu yang berat melepaskan anaknya pergi... aku yang memang lemah bila tengok orang nangis.. pun dah nak menitis air mata... sabo jerlah..

Adik aku terpilih untuk Program Khidmat Negara di Kuala Kangsar.. 3 bulan kat sana... mak aku risau sebab adik aku nie tak pernah berjauhan dengan keluarga lagi.. ini kali pertama dia gie jauh-jauh...dahlah pendiam...tak pandai berkawan.. tuh yang mak aku risau , boleh ker dia berdikari di sana...biasalah semua ibu akan rasa sedih kalau berpisah dengan anak-anak kan...

Akhirnya kul 11 pagi bas pun bertolak..membawa adik aku ke destinasi yang baru... untuk sebuah permulaan perjalanannya yang baru..semuanya baru...Harapan aku ..semoga adik aku akan berjaya dalam permulaan perjalanan kehidupannya ini... semoga dia pulang dengan membawa sikap-sikap yang positif dan berjaya menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat... Lambaian mak ayah , kakak dan abang-abang.. serta anak -anak aku.. membuat aku rasa cam kembali masa aku mula-mula melangkah meninggalkan keluarga ...masa tuh aku nak masuk U... banjir jugaklah UiTM tuh dek air mata aku dan keluargaku... masa tuh aku rapat giler dgn zaki..tuhlaha dik kesayanganku..yelah aku yang menjaganya dari kecik..malam tak tido lah asyik membuainya..mak aku masa tuh tengah beranak kecik si zaid (pak itam)heheh kini ianya berulang lagi tapi bertukar orang lak..aku yang melambai adik aku... selamat jalan dik..semoga selamat pulang yer....Kita orang semua sayangkan kamu....sedihnya....

Isnin, 9 Mei 2011

Sedetik Lebih......

Lagu nie khas buat suamiku....Sendu di hati bila dengar lagu anuar zain nie... ishhh aku memang teruja sangat kalau dengar lagu-lagu anuar zain nie.. lirik yer menusuk ke kalbu... dan melodinya meresap ke jiwa nie.. teringat zaman bercinta dulu....hehehe....

rindunya yer kat hubby... telefon tadi , hubby cakap rindu kat anak-anak.. ishkkk tak romantik tul hehehee.... Aina hari-hari duk mengira hari bila ayah nak balik.. akim asyik tanya ayah.. alia jer cool... aku??? Biarlah rahsia hehehehe...

~SEDETIK LEBIH~

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Ahad, 8 Mei 2011

BUAT IBU..SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu didunia ini. Tanpa Ibu siapalah aku dan kita semua.. tul tak??.. Aina ari khamis lagi dah bagi kad hari ibu , kat sekolah dia buat... terharu dapat dari dia.. Alia?.. dia kata ari ni nak bagi sebab tertinggal kat kelas dia...siap suruh aku teka apa dia... dan ada pilihan a , b dan c... so tekaan aku tuh tepat...dia nak bagi bunga dengan anak patung.. ishh tul ke tak.. tgklah petang nie kalau dia tak lupa bawa balik...:D

Untuk ibuku, aku wish jer.. belum sempat nak beli apa-apa lagi.. lagi satu tak tahu nak fikir nak belikan apa.. sebab budget ciput... heheh dan budget yang ciput nie yang membataskan idea nak beli barang..

Ayah aku belanja kita orang makan malam semalam.. sempena Hari Ibu.. heheh sebenarnya ayah aku segan nak cakap sempena hari ibu..so dia kata sebab anak beranak semua ada.. so dia belanja makan lah... hehehe ayah aku nie kedekut sikit tau.. so bila dengar dia nak belanja apa lagi semua puluh air buah ..cucu-cucu dia pun hehehe... kita orang makan kat seafood.. adik aku dari kedah balik bercuti so kira semua ada lah kecuali suami aku dan adik aku yang no 5 nie.. asyik sibuk dengan makwenya..call -call x jawab.. melampau betul..








Suami aku?? dia wish jer... ari jumaat petang tuh dia suruh dengan sinar FM ada lagu dari sharifah Aini Mawar Putih untuk Mama..dia tujukan lagu tuh untuk aku.. kalau tak silap lah aku tajuknya..

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

"Selamat Hari Ibu kepada ibuku yang tersayang.. Pn Rasidah binti Mahidin dan tak lupa juga pada Ibu mertuaku Pn. Mardinah bte Mat Sari..dan juga kepada semua ibu-ibu di Dunia ini...SELAMAT HARI IBU."

Sabtu, 7 Mei 2011

family day di desa waterpark

akhirnya selesai sudah family day ofis aku. Seronok ada tak seronok pun ada. Seronoknya sebab tgk anak2 yg x puas mandi kecuali akim, langsung x mandi...tak seronok sebab suami aku takde. Kalau hubby ada lagi seronok....

Aku langsung tak dapat jejak kaki kat dalam kolam air tuh..sebabnya akim langsung tak nak main air.. jangan kata main air, duk tepi kolam tuh pun dia tak nak... aku yang beriya-iya ajak dia main air..siap dukung lagi , ingat nak bawa dia lari dalam kolam tuh.. alih-alih dia gigit pipi aku..aduhai sabo jerlah..

Nasib baik ada pak itam nya yang nak menjaganya.. tuh kalau pak itam takde memang lagi harulah.. pertama nak menunggu masuk ke dalam jer dah makan jam.. aina dah tarik muka masam napa tak masuk-masuk lagi.. akim nak air milo.. mana nak cari kat situ pepagi buta macam tuh.. nasib pak itam yer ada.. aku dah sibuk dgn urusetia pendaftaran..berpeluh-peluh....

Hadiah misteri aku dapat multi cooker cornell hehehe ok lah tuh kan.. walaupun tak bertuah sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah.. aku selalunya jarang dapat cabutan bertuah nie.. tak pernah bertuah lagi setakat nie.. nak kata apa...

apa-apapun memang seronok lah walaupun dalam keseronokkan itu ada kesedihan di sudut hati nie... hmmm faham-faham jerlah yer..





Khamis, 5 Mei 2011

Sedihnya hati ini....

Sedih sungguh hati ini, kalau disingkap , diterjah, mesti korang boleh nampak betapa sedihnya hatiku ini....aduhaiii... sebenarnya aku sedih sangat hari ini sebabnya hubby ku akan ke terengganu malam ini .. kena bawa budak-budak futsal ofisnya untuk perlawanan di sana... aduhai kalau sehari semalam aku masih boleh control lagi sedih nie.. tapi nie 8 hari beb... wuarghhhhhhhhh 8 hari nak kena tinggal .. apa lagi meraung aaa... tapi dalam hati jer.. kalau depan dia sehabis daya aku cuba untuk jangan menangis.. tapi bila sebut jer nak pergi..cepat2 air mata nie nak mengalir...

Mesti korang kata apalah dah ada anak 3 pun , nak nangis lagi kena tinggal... bukan pasal anak 3 ke 9 ker... tapi nie sebab memang jiwa aku cam nie... tolonglahh dah 4 tahun lebih tak pernah kena tinggal... nie kena tinggal sedihlah... wuarghhh... dulu masa hubby aku askar , memang dah biasa kena tinggal , ingat lagi masa mengandung alia , 2 bulan kena tinggal , 2.3 minggu sekali baru balik...tiap kali dia telefon mesti aku menangis.. sampaikan adik aku sound, apalah itu pun nak nangis.. bukan gie mana pun... ishhh maybe aku nie dalam golongan orang yang cepat sedih kot...

hubby aku pun risau nak tinggalkan aku nie , sebabnya selama ini pagi-pagi dia yang uruskan anak-anak , siapkan gie sekolah , mandikan akim.. (hubby aku seorang yang cukup rajin :D) aku lak sibuk sediakan bekal dan uruskan rumah... so bila suami aku tak de nie.. mmg akan terasalah sikit.. opss bukan sikit tapi banyak... tapi takper... kena bangun lagi awallah cam nie.. atau bekal beli siap jerlah hehehe..
Anak-anak?? Alia dan Aina cam tak kisah jer.. sebabnya dia dapat tidur bilik aku ..sabo jerlah... tapi akim nie aku tak pasti sikit coz... semenjak baik deman nie.. kemain ligat sket.. asyik nak ikut ayahnya...pantang ayahnya keluar mesti dia nak ikut... sabo jerlah...

Esok ada family day opis aku.. lagilah tak best , hubby takde..mula ingat nak cancel jer tak nak join , tapi memikirkan tanggungjawab yang telah diberikan , takkan aku nak lari macam tuh jer kan.. kerja kena bagi abis.. separuh-separuh jalan orang marah nanti.. so nak tak nak akan ku angkut jua anak-anak aku.. mandi manda lah kita..cian ayah tak bleh nak join kan hehhee...

Apa-apapun... hati-hati suamiku.. hati-hati di dalam perjalanan.. semoga selamat sampai dan selamat pulang ke sisi kita orang semula hehehe... peringatan yer.. jangan nakal-nakal kat sana yer hehehehe.... I LOVE U So much Hubby...

Selasa, 3 Mei 2011

AKHIRNYA....

Akhirnya.. apa yang telah dijadualkan berjalan dengan lancar..alhamdulillah..Aina telah selamat bersukan, walaupun tak menjadi juara tapi takper semangat juang yang ditunjukkan tuh yang penting hehhe.. mana taknya kul 5.00 pagi lagi aku dah kejutkan aina dan aina boleh cakap "terima kasih ibu kerana kejutkan aina"... terharu aku masa tuh hehehe.. Sediakan bekal untuk aina..kul 5.30 kita orang dah keluar rumah , almaklumlah kata kul 5.30 berkumpul di sekolah Aina.. Tapi sampai kat sekolah baru ada 2 ,3 orang jer dengan cikgu-cikgunya.. bayangkan dari 5.30 menunggu nak kat kul 7 pagi baru bergerak.. nie yang aku geram sangat tuh.. ada yang mak bapak terhengeh-hengeh lagi datang..ada yang tertinggal bas , kat ijok kena berhenti ambil anak dia orang.. melampau kan???? memang melampau patutnya mak bapak kenalah datang awal.. ikut seperti yang dijadualkan..kesianlah orang yang datang on time... iskh..iskh.. memang hangin 1 badan lah aku..

Hari kedua , gie nilai.. takde apa yang best pun kat nilai... ronda punya ronda yang mak aku beli adalah kain langsir dan periuk nasi besar tuh.. atie kata nak beli kain, tapi tak menarik mana lah... lagipun pergi dengan puteri dan putera ku.. lagilah payah nak memilih...asyik nak ikut jer.. lepas tuh main sorok2 kat belakang kain.. terjerit-jerit lah aku memanggil.. takut hilang.. sabor jerlah..

hari ketiga cuti , seperti yang direncanakan aktiviti mengemas bilik akim dijalankan.. alhamdulillah seronok dan puashati sebab dapat bersihkan bilik untuk akim.. lepas nie akim dah ada port sendiri kat kedai neneknya..senang dia nak tidor nak main ker... tinggal nak letakkan tv jer kat bilik tuh, tv lama rosak kena diperbaiki dulu..harapnya siap sebelum adik lelaki aku pergi ke khidmat negara...

Malam tuh, aku dapat berita.. isteri adik suami aku dah selamat bersalin. Tapi kali nie dia bersalin tak normal , kena bedah.. anaknya degil sangat nak keluar gak ikut tingkap hehe.. apa-apapun alhamdulillah dapat baby boy..so dia dapat sepasang dah.. aku jer nie tengah dalam usaha untuk menambah zuriat nie hehhehee... harap-harap kali ini dapat hero bagi geng untuk akim... hehhee..